AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday 21 January 2015

BUAH TEEN SEPARA SEGAR/NATURAL DRIED FIGS


BUAH TEEN
Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang.Dari dulu sehingga kini, buah teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang. Buah teen merupakan buah dari syuraga dan mempunyai kepentingan yang cukup besar kepada manusia sejagat. Fakta ini bersumberkan kitab-kitab suci.

SIDDARTA GUATAMA berkata beliau membina asas ajaran Buddha ketika beliau duduk di bawah pohon teen. Ini sebagai tanda pohon ini memberi inspirasi kepada beliau.
Di dalam BIBLE juga disebutkan buah teen adalah buah yang tumbuh di dalam syurga dan ia dikategorikan sebagai buah yang suci. Oleh sebab itu menjadi makanan penting ketika sambutan tahun baru.
Di sebutkan juga oleh Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Jika aku boleh katakan ada buah yang turun daripada syurga , akan kukatakan ianya buah Teen"


OLIVEHOUSE DRIED FIGS


 Penanaman dan pengeringan buah teen terletak di Buyuk ve Kucuk Sungai Menderes Basins di daerah Aegean Turki

 Berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan buah teen berkualiti sejak tahun 1943
 Buah teen Olive House akan dihantar ke tempat penyimpanan setelah melalui proses diinfeksi oleh pakar menggunakan teknik karbon dioksida
 Buah Teen Olive House akan melalui proses flatoxin sebanyak dua kali di bawah sinaran lampu UV. Melalui proses ini buah teen yang berkulat boleh diasingkan
 Anugerah TS-EN ISO 22000:2005 Sijil Keselamatan dan Kualiti Makanan
 Anugerah TS-EN ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
 Anugerah Organic oleh Ecosert Control and Certification Company sejak tahun 1992
 BRC & HELAL

BUAH TEEN & KESIHATAN


1. FIBER
Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.

2. ANTIOKSIDA
Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.

3. ASID LEMAK
Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular.

4. MINERAL DAN VITAMIN PENTING
Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.











DAPATKAN SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI !!!

whatsApp/sms/call untuk tempahan ke 013-4619694/013-4079445

Monday 19 January 2015

PATI MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN 100% ASLI & ORGANIK TANPA CAMPURAN

NUTRISI UTAMA EVOO OLIVE HOUSE:


1. Vitamin E
2. Quarcetin
3. Linoelic Acid (Omega 3, 6 & 9)
4. Antioxidants5. Poliphenols6. Carotens7. Chlorophilis8. Antocyanin


MEMBANTU ORGAN DAN SISTEM TUBUH:

 Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System) 
 Sistem endokrin tubuh (Endocrine System) 
 Sistem peredaran tubuh (Circulatory System) 
 Sistem penghadaman (Digestive System) 
 Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder) 
 Sistem Pernafasan (Respiratory System) 
 Organ dan sistem mata 
 Sistem imunisasi 
 Menghalang pembetukan tumor 
 Mengurangkan kesakitan kanser 
 Menghalang pembentukan kanser 
 Menyerap kalsium 
 Mengelakkan keradangan (Inflammation)



BAGAIMANA MENGETAHUI MINYAK ZAITUN ITU ASLI ?
1. Ujian Minyak- Pati minyak Zaitun yang asli tanpa campuran, apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk(bukan di bahagian beku) selama 24 jam, ia akan bertukar menjadi seumpama gel. Manakala minyak Zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran lain akan kekal cair.
2. Pembungkusan- Pastikan pati minyak Zaitun di dalam botol kaca yang gelap atau di dalam kotak serta jauh dari suhu panas. Pati Minyak zaitun akan hilang khasiat apabila berada di dalam botol plastik atau terdedah kepada cahaya dan kepanasan.

KENAPA BERLAKU TINDAKBALAS ?
Berubat dengan sumber alami seumpama minyak Zaitun akan mempunyai TINDAK BALAS PEMULIHAN. Tindak balas pemulihan seumpama berasa kehilangan tenaga sementara, tidur lebih lama di waktu malam, gatal atau sakit pada bahagian tertentu anggota badan, sistem penghadaman terganggu seumpama berangin, cirit atau sembelit dan lain-lain. Tindak balas berlaku disebabkan badan cuba mengeluarkan toksid yang berada di dalam sel badan
Robert Kosh (Penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Ubat-Ubatan): "Lebih teruk kesihatan seseorang (banyak toksik di dalam badan), lebih kuat tindakbalas pemulihan kepadanya". Tindak balas pemulihan akan berkurangan dan hilang apabila tubuh sudah semakin sihat. Perubahan dengan cara alami adalah kesembuhan secara hakiki.

DAPATKAN SEKARANG!! (SMS/WhatsApp: 013-4619694/013-4079445)















Friday 16 January 2015

PATI SARI CUKA BUAH TEEN



1. Apakah Sari Cuka Teen Semulajadi?

Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen(SCT) semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair cokelat pekat terdedah kepada cahaya.
2. Apakah Sifat Asas 'Mother'?
'Mother' adalah gelap, di mana mempunyai kesan keruh di dalam pembuatan Sari Cuka Teen secara semulajadi yang melibatkan sebatian di dalam buah dan kesan Teen - 'Mother' muncul sebagai molekul protein yang bercantum. Kemunculam 'mother' menunjukkan bahawa bahagian terbaik bagi Teen tidak dimusnahkan. Cuka mengandungi 'mother' juga mengandungi enzim dan mineral yang mana mungkin cuka lain tiada disebabkan oleh proses yang berlebihan, penapisan dan pemanasan yang berlebihan.

3. Kenapa Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan?

Pasturasi adalah proses pemanasan yang bertujuan untuk menghapuskan bakteria punca masalah kepada cecair yang boleh diminum seperti susu, jus dan sebagainya. Walaupun begitu, proses ini juga akan memusnahkan nutrisi-nutrisi kecil dan enzim yang mungkin menjadi bahagian utama itu berguna untuk dimakan.Bagi kes Sari Cuka Teen Olive House, proses pasturasi boleh memusnahkan 'mother' yang merupakan penyumbang faktor kesihatan utama kepada cuka kami.
4. Bolehkah 'Mother' Dimakan/Diminum?

"Mother' adalah bahagian yang paling berkhasiat yang terdapat di dalam Sari Cuka Teen dan sangat bagus untuk dihadam. Selalunya 'mother' akan berada di bahagian bawah botol. Kami menyarankan agar goncang botol perlahan-lahan untuk sebatikan mother sebelum dimakan/diminum.

5. Memandangkan Sari Cuka Teen Tidak Dipasturkan, Adakah ia Terlindung dari Bakteria E.coli?
Sari Cuka Teen Olive House tidak mengandungi bakteria E.Coli kerana kandungan asid di dalam cuka berkesan membunuh 0-157 ancaman bakteria E.Coli.

6. Perlukah Sari Cuka Teen Olive House Disejukkan?

Sari Cuka Teen tidak perlu disejukkan. Kami menyarankan agar menyimpannya di tempat yang jauh dari sinaran cahaya matahari secara terus dan di tempat yang dingin.

7. Berapa Lamakah Jangka Hayat Sari Cuka Teen?
FDA Menyatakan bahawa jangka hayat Sari Cuka Teen Adalah diantara 3 hingga 5 tahun selepas daripada tarikh pembotolan (tarikh seperti tertera di botol). Walau bagaimanapun, berdasarkan daripada pengalaman, Sari Cuka Teen adalah produk yang selamat, boleh digunakan dan berkesan pada satu jangka masa selagi tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara terus.

8. Adakah Sari Cuka Teen Selamat Dimakan Ketika Mengandung ?
Sari Cuka Teen Olive House selamat dimakan ketika dan selepas mengandung untuk menyingkirkan toksik di dalam badan malah boleh membantu dengan komplikasi yang hadir ketika mengandung. Ia membantu keseimbangan dalam badan dan penghadaman. Terbaik dapatkan nasihat pakar.

9. Bolehkan Jika Sari Cuka Teen Diambil Terlalu Banyak?
Tidak ada satu sukatan yang jelas sebanyak mana seseorang itu boleh/perlu ambil Sari Cuka Teen. Walaubagaimana pun, kita perlu ingat bahawa di dalam kehidupan kita perlu besederhana. Untuk sukatan yang ideal di rumah, tempat kerja, bersukan dan gym. Untuk membuat minuman kesihatan, kacau 1-2 sudu teh Cuka Teen Olive House di dalam 220ml air putih dan untuk perasa (ikut selera masing-masing) kacau 1 ke 2 Madu Asli atau 4 titik herba Stevia.

10. Adakah Perlu Untuk Memasukkan Madu Ke Dalam Sari Cuka Teen?
Tidak menjadi kemestian untuk memasukkan madu kedalam koktel Sari Cuka Teen Olive House, hanya gunakan Sari Cuka Teen bersama air yang ditapis. Madu dicadangkan kerana ia telah terbukti agen bioaktif yang mengandungi vitamin dan enzim yang berguna untuk penghadaman dan metabolisma. Ia juga menambahkan kebaikan kesihatan kepada Sari Cuka Teen koktel dan untungnya, Sari Cuka Teen sendiri juga mempunyai kebaikan kesihatan walaupun tanpa madu.

11. Adakah Sari Cuka Teen Boleh Dimakan Secara Terus?

Dicadangkan agar mengambil Sari Cuka Teen dicampur bersama air atau jus. Ini kerana Sari Cuka Teen bertindak seperti span, bertindak terus ke tisu badan yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa jika dimakan secara terus dengan menggunakan sudu sahaja.

12. Apakah Sebenarnya Khasiat Dalaman Dan Luaran Yang Terdapat Di Dalam Sari Cuka Teen?
Sari Cuka Teen kaya dengan pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Teen yang segar digunakan untuk membuat Sari Cuka Teen yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi. Selain menjadi stimulasi semulajadi untuk ketahanan badan, Sari Cuka Teen juga membersih dan mengisi semula khasiat ke dalam badan agar badan dapat sembuh sendiri. Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan, Membantu mengembalikan keremajaan badan, Membantu meningkatkan sistem imun yang sihat, Membantu mengekalkan kulit yang sihat, Membantu mengawal berat badan, Membantu penghadaman dan asimilasi, Menyembuhkan rasa ketegangan dan sakit di bahagian anggota badan disebabkan senaman dan Menyembuhkan radang kulit.

13. Adakah Sari Cuka Teen Bebas Daripada Gluten?
Ya. Sari Cuka Teen secara semulajadinya bebas daripada Gluten.