AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Sunday 16 December 2018

MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle


MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah G6PD-Kekurangan Enzim)

Assalamualaikum doktor. Boleh bagi pencerahan tentang G6PD tak? Bolehkah amal MZ, SCT atau Buah Teen dan bagaimana cara pengambilan yang sesuai untuk bayi hingga kategori dewasa.? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah G6PD deficiency boleh amalkan MZ, SCT & BT dan bayi eloklah diberi susu ibu sahaja. Selepas 2 tahun, bolehlah diberi MZ sebagai supplement harian dengan sesudu kecil memadai.

Untuk Sari Cuka Teen(SCT) boleh dimasukkan dalam minuman dengan sesudu kecil memadai untuk 200ml air. SCT juga boleh dimasukkan dalam makanan menggantikan asam jawa atau asam limau.

Manakala, untuk Buah Teen(BT) bolehlah diberi sekiranya anak sudah pandai mengunyah. Jika belum pandai, bolehlah diletakkan dalam bubur(dipotong kecil2 dan dimasak lama dengan api kecil atau guna slow cooker).



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Punca utama kepada berlakunya masalah kekurangan enzim G6PD ialah mutasi di dalam gen G6PD. Sekiranya mutasi di dalam gen G6PD mengurangkan kuantiti enzim G6PD atau menukarkan strukturnya, enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai pelindung sel darah merah sekaligus menyebabkan pengumpulan molekul oksigen reaktif yang membawa kerosakan kepada sel darah merah.

Pesakit dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol. Tiada kontraindikasi untuk mengamalkan MZ atau SCT,malah sifat anti-inflamasinya menstabilkan dinding sel darah merah dan menghalang pemecahan sel yang membawa kepada anemia.

MASALAH G6PD-KEKURANGAN ENZIM | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my