AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Jus Buah Delima & Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Jus Buah Delima & Diabetes. Show all posts

Monday, 7 September 2015

Jus Buah Delima & Diabetes

JUS BUAH DELIMA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENYAKIT DIABETES

03-09-2015 | Stephen Daniells

Satu kajian baru dari Israel menunjukkan bahawa jus buah delima dapat memberikan faedah kesihatan kepada pesakit diabetis walaupun jus tersebut yang mengandungi kepekatan gula yang ketara. 

Walaupun hasil kajian tersebut hanya dijalankan terhadap jumlah pengguna yang kecil, akan tetapi ianya menggalakkan pengambilan jus buah delima di United Kingdom di mana jualannya telah melonjak naik pada tahun lepas. Penghargaan diberikan terhadap pihak media yang membuat liputan tentang buah-buahan yang kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan kesihatan jantung. Jus buah delima juga dikatakan dapat melindungi daripada kanser prostat dan melambatkan kehilangan tulang rawan bagi pesakit arthritis.

Satu penemuan mengejutkan, kata ketua penyelidik, Profesor Michael Aviram dari dari Rappaport Family for Research di Rambam Medical Center, Haifa, Israel bahawa gula yang terkandung dalam jus buah delima - walaupun sama dalam kandungan yang sama boleh ditemui dalam jus buah-buahan lain – ianya tidak memburukkan penyakit diabetes (termasuk tahap gula dalam darah) pada pesakit, malahan sebenarnya mengurangkan risiko aterosklerosis.

'Dalam kebanyakan jus, gula hadir dengan sendirinya – dan ianya dalam bentuk berbahaya’ jelas Aviram. Akan tetapi gula dalam jus buah delima mempunyai antioksidan yang unik yang menjadikan gula tersebut pelindung terhadap aterosklerosis'

Menurut British CharityDiabetis UK, paras glukosa yang sentiasa tinggi akan meningkatkan pembentukan selaput dan pengerasan saluran darah (aterosklerosis) yang membawa kepada penyakit jantung dan strok.

Penyelidikan terbaru yang diterbitkan dalam Jurnal Atherosclerosis isu bulan Ogos jurnal (Vol 187 muka surat 363-371) melaporkan bahawa subjek yang mengambil 50ml jus buah delima (yang mengandungi 1.5 millimoles polifenol) pada setiap hari untuk tiga bulan mengalami pengurangan risiko untuk penyakit aterosklerosis

10 orang pesakit diabetis tahap dua dan 10 orang yang dikawal kesihatannya direkrut untuk tujuan kajian. Selepas tiga bulan daripada pengambilan suplemen, penyelidik mendapati bahawa pengambilan jus buah delima bukan sahaja tidak memberikan kesan kepada paras glukosa dalam darah, malahan kolestrol dan trigliserida mengurangkan serum lipid peroksida dan tahap TBARS sebanyak 56 dan 28 peratus.

Asid Tiobarniturik Bahan Reaktif (TBARS) adalah ukuran bagi pengoksidaan kolesterol LDL, yang telah dilaporkan sebagai sebahagian besar kepada patogenesis aterosklerosis dan seterusnya menjadi penyebab penyakit jantung.

Ia juga dilaporkan oleh Aviram dan rakan penyelidik bahawa apa yang dikenali sebagai sel-sel makrofaj dalam pesakit diabetis mempunyai pengambilan pengoksidaan LDL lebih cepat berbanding pengawalan yang sihat (37 peratus lebih cepat). Akan tetapi suplemen bersama dengan jus buah delima mengakibatkan penurunan yang  ketara sebanyak 39 peratus.

‘Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pengambilan jus buah delima oleh para pesakit diabetis tidak memburukkan lagi penyakit diabetis malahan memberi kesan anti-oksidaan pada serum dan makrofaj yang dapat menyumbang kepada pengecilan pembangunan aterosklerosis kepada para pesakit’