AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label MASALAH BUAT PINGGANG | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label MASALAH BUAT PINGGANG | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Wednesday 14 November 2018

MASALAH BUAT PINGGANG | Aafiyat Lifestyle



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Buah Pinggang(Nephrotic Syndrome)):

Assalamu'alaikum doktor. Saya mempunyai anak lelaki yang menghidap penyakit neofrotik sindrom. Mula dikesan sejak berumur 3 tahun dan sekarang berumur 7 tahun. Apakah cara atau alternatif lain yang boleh saya lakukan bagi mengurangkan pengambilan ubat prednisolone. Untuk makluman doktor, anak saya akan relapse apabila penurunan dos kepada 2 1/2 biji. Apakah produk makanan sunnah sesuai untuk sakit anak saya? Terima kasih. 


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam.

Nephrotic syndrome: Keadaan di mana buah pinggang telah menapis keluar protein secara berlebihan menyebabkan protein rendah dalam darah dan ini mengganggu tekanan osmosis menyebabkan bengkak pada wajah dan seluruh tubuh.

Bila steroid digunakan dalam rawatan, kemungkinan besar penyebabnya adalah radang pada sel buah pinggang. Steroid diberikan untuk menghentikan radang ini. Namun, kalau kita berhentikan radang, penyembuhan takkan berlaku kerana radang berlaku biasanya bersebab. Jika radang dihentikan dan sebab tidak dihilangkan, kemusnahan sel buah pinggang akan terus berlaku.

Minyak zaitun akan membantu meningkatkan sistem imun bagi membaiki sel buah pinggang cuma, semasa proses baikpulih, sel ini mungkin akan menyebab terjadinya gejala2 seperti kenaikan tekanan darah, kencing berdarah dan pembengkakkan sementara. Namun, haruslah istiqamah dan kesan ini boleh dikurangkan dengan berbekam.

Antara lain yang boleh diamalkan adalah 1 sudu minyak habbatus sauda asli dicampur 1 sudu madu asli setiap hari. Pastikan makanan dia dimasak rapi menggunakan api kecil. Gorengan menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun. Banyakkan buah-buahan dan sayuran segar, kurma, buah teen dan lain-lain.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Nephrotic syndrome berlaku apabila terdapat radang/inflamasi pada glomerulus(penapis mikro pada buah pinggang) yang menyebabkan kebocoran protein melalui air kencing. Kadar albumin di dalam darah akan berkurangan dan menarik air keluar dari sistem peredaran darah menyebabkan edema/bengkak.
 
Punca nephrotic majoritinya dikaitkan dengan autoimmune iaitu sistem pertahanan badan sendiri menyerang buah pinggang yang tidak diketahui puncanya. Rawatan hospital ialah steroid bagi mengurangkan kadar inflamasi buah pinggang seterusnya menghalang kebocoran protein yang diperlukan oleh tubuh. Jika inflamasi tersebut tidak dirawat maka kerosakan kekal buah pinggang akan berlaku dan memerlukan dialysis seumur hidup.

Saya tidak mencadangkan agar steroid dihentikan secara total di dalam kes yang komplikated ini. Pastikan proteinuria/kebocoran protein ke dalam air kencing berkurangan semasa follow-up, rawatan boleh digabungkan dengan MZ + SCT yang mana kelebihannya mengurangkan inflamasi telah sedia maklum.

MASALAH BUAT PINGGANG | Aafiyat Lifestyle
MASALAH BUAT PINGGANG | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my