Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Limfoma)
Assalammu'alaikum doktor. Mohon doktor perjelaskan masalah pesakit saya. Kanser limfoma. Bagaimanakah cara rawatannya? Apakah punca kanser ini?
Assalammu'alaikum doktor. Mohon doktor perjelaskan masalah pesakit saya. Kanser limfoma. Bagaimanakah cara rawatannya? Apakah punca kanser ini?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Limfoma adalah kanser kelenjar limfa. Kelenjar ini berfungsi dalam sistem imun
untuk menghasilkan tentera imun dan melupuskan bahan-bahan merbahaya. Bagi yang menghidap limfoma, ini
menunjukkan sistem imunnya telah sekian lama bekerja keras menangkis pelbagai
patogen dalam tubuh sehingga sel-sel kelenjar limfa itu sendiri tidak dapat
memperbaharui selnya sendiri dengan baik. Maka, apa yang perlu dilakukan ialah
membantu sistem imun tubuh.
Quranic Food semuanya membantu sistem imun dan pada masa yang
sama kezaliman terhadap tubuh dengan pengambilan makanan proses haruslah
dihentikan 100%. Herba juga harus diambil sebagai ubat contohnya, kunyit,
lengkuas, neem leaves(daun semambu)
dan pelbagai lagi. Wallahu a'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Limfoma adalah kanser sel darah dari limfosit iaitu sel darah putih yang terbahagi kepada Hodgkin dan Non-Hodgkin. Simptomnya ialah bengkak pada kelenjar leher, ketiak dan celah peha. Puncanya dikatakan dari jangkitan virus, auto-imun (reaksi peningkatan sel darah putih untuk menyerang tubuh sendiri), racun serangga dan pemakanan daging yang banyak. Penyakit ini di diagnose melalui biopsy iaitu pengambilan sampel kelenjar yang bengkak untuk kajian sel. Rawatannya ialah kemoterapi/radioterapi bagi membunuh sel kanser darah yang menyerang organ tubuh badan dan respon jenis Hodgkin lebih baik dari jenis Non-Hodgkin. Quranic Food terutamanya olive oil mampu meningkatkan immunity secara umum seterusnya merendahkan risiko bagi penyakit auto-imun. Sifat anti-virus juga mampu memerangkap virus dari menyerang sel badan seterusnya melemahkan kesannya kepada tubuh. Radikal bebas dari racun serangga yang terdapat pada makanan komersial dapat dihalang dengan sifat anti-oksidanya yang tinggi.
Sumber: Olive House
Medic & Business.
UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my