AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label OLIVE HOUSE PENGELUAR PRODUK ORGANIK DI MALAYSIA | Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label OLIVE HOUSE PENGELUAR PRODUK ORGANIK DI MALAYSIA | Aafiyat Olive House. Show all posts

Tuesday 4 August 2020

OLIVE HOUSE PENGELUAR PRODUK ORGANIK DI MALAYSIA | Aafiyat Olive House


TAHNIAH KEPADA OLIVE HOUSE DIATAS PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN MAKANAN ORGANIK MALAYSIA

Pada 16 Julai 2020 Olive House telah menempa sejarahnya kerana menjadi Syarikat SME Bumiputera pertama di Kedah yang menerima Pensijilan Makanan Organik Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBhg Dr Hj Mohd Fikri Ujang kepada Olive House diwakili Ketua Eksekutif Olive House, YBhg Ustaz Aidil Azwal Zainudin.

Pensijilan Makanan Organik Malaysia memberi pengiktirafan kepada 5 produk iaitu

1. Minyak Zaitun Extra Virgin Olivie 30x Plus
2. PMZ iaitu Pati Minyak Zaitun
3. Olivie Power Up
4. Jus Delima
5. Jus Delima Pekat



Proses permohonan dan dokumentasi Skim Pensijilan dibawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah bermula sejak tahun 2019 lagi dimana Olive House telah melalui pelbagai peringkat garis panduan pensijilan dan wakil kementerian telah hadir ke ibu pejabat Olive House untuk verifikasi premis dan produk akhir. Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai pemeriksaan yang ketat dan verifikasi susulan, Olive House berjaya mendapat Pensijilan Makanan Organik Malaysia pada tahun 2020.

Semoga dengan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia ini akan meningkatkan kepercayaan dan tahap keyakinan pengguna terhadap kualiti produk Olive House yang sentiasa kita titikberatkan setiap masa.


Terima Kasih diatas segala sokongan dan keprihatinan Tuan-Puan yang sentiasa menyokong jenama Olive House.

Olive House
We Begin With Nature
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat