AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label BAHAYA MSG (MONOSODIUM GLUTAMAT) | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label BAHAYA MSG (MONOSODIUM GLUTAMAT) | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

BAHAYA MSG (MONOSODIUM GLUTAMAT) | Aafiyat Lifestyle



"SEDAAAP..., SEDAAAAAAP...., SEDAAAAAAAAAAP...."
Pernahkah Kita Terfikir, Mengapa Kita Berkata Demikian??


"Soal kata, lidah boleh bohong, soal rasa, lidah tak boleh bohong...."


Begitulah dialog dalam sebuah iklan mee segera dengan adegan yang agak melucukan. Memang, kalau kita rasa makanan itu sedap, kadang-kadang kita sendiri yang memberitahu dengan ikhlas kepada kawan-kawan kita. Kita rasa bersalah kalau berbohong.

Tapi dalam dunia hari ini, bukan sukar untuk membuat makanan menjadi sedap. Anda hanya perlu tambahkan MSG sebanyak-banyaknya. MSG atau monosodium glutamat (mononatrium glutamat) adalah bahan kimia perasa yang merangsang deria lidah kita lalu mentafsirkan makanan itu sebagai 'sedap'.

Untuk menguji adakah benar mee tersebut ditambah dengan MSG sebanyak-banyaknya, saya membeli sebungkus mee tersebut, menuangkan serbuk perencahnya ke dalam piring kecil lalu saya tambahkan sedikit air. Piring tersebut saya letakkan di dalam peti sejuk semalaman. Keesokannya, saya buka peti sejuk tersebut. Sebaik membuka peti sejuk, anda akan dapati bau yang kurang menyenangkan. Bau yang terlalu tajam menusuk hidung, itulah bau MSG. Saya tidak tahan baunya, lalu membuang kandungan piring tersebut. Sehingga 2 hari selepas itu, bau MSG masih kuat apabila saya membuka peti sejuk walaupun ianya telah dikeluarkan dari peti sejuk.

Oleh itu, saya pasti kenapa mee tersebut 'sedap' sangat (walaupun saya tidak pernah mencubanya!). Ia ditambah dengan kandungan MSG yang tidak terkawal. Mungkin 80 hingga 90 peratus kandungan serbuk perencahnya adalah MSG. Bayangkan anda memakan ajinomoto sebanyak itu dengan menggaulnya dengan mee tersebut.

Beginilah senario pengusaha makanan hari ini. Kerana MSG merupakan bahan yang 'dibenarkan', mereka tidak peduli sehingga sanggup menggunakannya sebanyak mungkin supaya produk makanan mereka menjadi sedap lalu mengaut keuntungan tanpa memperdulikan bahaya dan kesan kesihatan kepada pengguna. Saya sebagai pengguna yang cerewet sarankan supaya pembaca semua memboikot/meneliti/mengambil berat produk sebegini. Jangan beli makanan dari pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Begitu banyak penulisan para ilmuan tentang bahaya MSG, anda boleh baca dan cubalah memanfaatkannya.


Sumber: TSM
Nukilan Semula: http://houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil



"MARI BERSAMA KAMI MENGAMALKAN GAYA HIDUP AAFIYAT"