AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday 31 July 2015

TEKNOLOGI PEMPROSESAN BUAH ZAITUN MEMBERI KESAN KEPADA KUALITI MINYAK ZAITUN



TEKNOLOGI PEMPROSESAN BUAH ZAITUN MEMBERI KESAN KEPADA KUALITI: 30-07-2015 , Amzari


Buah zaitun terbahagi kepada 3 bahagian asas: kulit (epikarpa), pulpa (mesokarpa) dan biji (endokarpa). Ia mengandungi 70% cecair (air dan minyak) 40-60% air dan 10-30% minyak. Buah zaitun mengandungi 30% isi mampat apabila dalam keadaan kering.  Isi buah zaitun mengandungi 12-25% biji pepejal, 1-3% biji atau benih zaitun, 8-10% kulit dan pulpa pepejal, 3% gula, 2% protein dan 2% komponen lain seperti asid, vitamin, mineral dan pektin. 


Dalam keadaan kering, kulit buah zaitun hanya mewakili 3% dari berat buah zaitun dan mengandungi 3% minyak. Biji buah zaitun pula mewakili 23% berat buah zaitun dan mempunyai 1% minyak. Kebanyakan minyak diperolehi daripada pulpa yang mewakili 75% berat buah zaitun dimana 50% daripadanya adalah minyak. Tidak semua minyak boleh diekstrak daripada isi pepejal hanya dengan melalui proses fizikal. Ini adalah kerana kebiasaanya, isi pepejal mengandungi 6-10% minyak zaitun bergantung kepada  jenis dan kematangan buah serta proses pengekstrakan yang cekap. Isi pepejal mengandungi 25-70% kelembapan bergantung kepada sistem pemprosesan yang digunakan.


Sumber: Olive House
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Thursday 30 July 2015

Masalah Mata+Glaucoma



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata+Glaucoma):

Assalamualaikum doktor yang dikasihi. Mengenai masalah Glaucoma, adakah penyakit ini berbahaya? Saya ingin bertanya mengenai rawatan untuk penyakit ini dan bagaimanakah Quranic Food melalui MZ/SCT dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Glaucoma berlaku apabila tekanan bebola mata meningkat akibat masalah dari penghasilan serta ketidakserapan cecair di dalam bebola mata. Keadaan ini menyebabkan mata menjadi merah, sakit dan jika dibiarkan boleh menyebabkan kebutaan. Sila rujuk pakar mata (ophthalmology) bagi masalah ini. PMZ mampu mengurangkan keradangan pada saraf mata tetapi ubat titis mata khusus yang dipreskribsi oleh pakar mata perlu digunakan untuk meningkatkan kadar serapan cecair bebola mata tersebut.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit glaukoma adalah penyakit kerosakan pada saraf mata dan ada diantaranya menyebabkan tekanan di dalam bola mata menjadi tinggi. Saraf mata akan musnah sedikit demi sedikit dan penglihatan (visual field) akan menjadi sempit sedikit sehinggalah menyababkan kebutaan jika tidak dirawat. Sebagai seorang Islam, kita wajiblah mengambil sesuatu penyakit itu sebagai teguran dari Allah dan tidak hanya fokus kepada ubatan fizikal sahaja. Banyakkan beristighfar atas segala dosa-dosa dan bersyukur atas nikmat kasih sayang Allah atas pemberian penyakit. Jaga pandangan mata dari melihat yang haram terutamanya dari televisyen dan gadget lain. Pastikan sentiasa dalam berwudhuk dan minta perlindungan Allah dalam setiap perbuatan. Hidupkan hati dengan zikrullah. Ini semua adalah ubat.

Untuk ubat titis mata, boleh dibuat air madu atau titisan minyak zaitun. Digalakkan memakai celak dari ithmid asli (antimoni) setiap hari, ambil jus buah-buahan seperti lobak merah atau beri(berry). Elakkan makanan proses 100%. Lakukan bekam di bahagian kepala sebulan sekali. Insya Allah, kembalikan semuanya kepada Allah dan jaga semua hukum Allah, maka pasti dianugerahkanNya kesembuhan. Wallahu A'lam.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 29 July 2015

BAHAYA FLORIDA Turunkan IQ



Kajian terbaru terus menyediakan bukti florida yang digunakan dalam bekalan air terawat di negara-negara membangun termasuk  Malaysia lebih banyak mendatangkan keburukan dari faedah.

Dalam kenyataan media kumpulan Fluoride Action Network, penemuan terbaru mendapati florida berkait dengan tahap IQ yang rendah.

Sebanyak 34 kajian dijalankan dan hasilnya melibatkan tahap IQ yang rendah manusia dari segi memori dan pembelajaran, kerosakan otak dan perubahan paras hormon tiroid.

"Penggubal undang-undang yang membenarkan penggunaan florida  dalam bekalan air domestik tanpa mengambil kira penyelidikan yang dijalankan sebenarnya tidak memberikan khidmat dan kebaikan kepada kesihatan orang ramai," kata peguam Fluoride Action Network, Michael Connett.

Sebanyak 8 negara membangun di dunia yang meletakkan florida dalam lebih 50% jumlah bekalan air iaitu Amerika, Israel, Ireland, Malaysia, Singapura dan beberapa lagi.
Florida boleh ditemui secara semulajadi dalam bentuk mineral dari muka bumi tetapi florida yang digunakan untuk bekalan air domestik dan ubat gigi bukanlah florida yang didapati secara semulajadi. Ramai yang membuat tanggapan yang silap dalam hal ini.  

Florida itu berasal produk sampingan industri aluminium dan fertilizer. Ia bahan yang terhasil dari pemprosesan bahan yang lain. Demi mengelakkan dari bahan ini dibebaskan ke atmosfera dan mencemar alam, sebaliknya ia dijual pula kepada pengguna sebagai bahan dalam bekalan air dan ubat gigi. Sekali lagi pengguna membayar dan menyokong industri yang menghasilkan bahan yang merosakkan tubuh badan pengguna. 

Kebanyakan negara-negara Eropah menolak penggunaan florida kerana ia didapati tidak selamat. Sebuah komuniti ujian yang dibekalkan di Eropah mendapati tiada apa-apa faedah yang diperolehi sebaliknya ia terbukti ia bertoksik. Belanda mengharamkan penggunaan florida selepas menjalankan kajian selama 23 tahun. Jerman pula tidak menerima alasan walaupun penggunaan dos yang terlalu sedikit, ia boleh mendatangkan risiko kesihatan dalam jangka masa panjang. Sebahagian kawasan di Amerika seperti Los Angeles, New Jersey dan Massachusetts juga tidak menggunakan florida atas desakan orang ramai. 


Kalsium florida, natrium florida, hidroflorida, semuanya sama. Kini negara China sudah mengambil bahagian pengeksport florida dan merupakan antara pembekal florida terbesar di dunia. 

Memandangkan terdapat begitu banyak penemuan dari kajian florida yang dilakukan hari ini, adalah lebih selamat untuk mengelak dari menggunakan semua produk yang mengandungi florida.

Bagi mereka yang tiada sistem penapisan air di rumah, anda boleh didihkan air selama 15 minit kemudian simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum meminumnya.  Adalah berbaloi untuk berbelanja sebahagian dari wang anda membeli sistem penapisan di rumah kerana anda akan mendapat bekalan air yang selamat sepanjang hayat. 


Dewasa ini, kita telah digemparkan dengan ubat gigi boleh membunuh dan merencatkan proses tumbesaran kanak-kanak. Ubat gigi yang kerap kita gunakan untuk memutih dan menguatkan kesihatan gigi mempunyai perspektif dan kesan yang berbeza kepada kanak-kanak. Hasil daripada kajian para saintis, mereka mendapati ubat gigi yang mengandungi fluorida tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Selain itu, Food and Drug Administration (FDA) telah menetapkan supaya jenis ubat gigi ini sepatutnya diletakkan label tertentu agar para pembeli sedar dan awas kepada bahaya fluorida. Namun, ramai di kalangan ibu bapa masih tidak sedar. Mereka hanya diajar yang fluorida penting untuk menguatkan kesihatan gigi.

Memang benar fluorida perlu untuk menguatkan kesihatan gigi. Namun kandungan fluorida yang terdapat di dalam ubat gigi boleh mengakibatkan seseorang kanak-kanak mengalami keracunan fluoride atau fluorosis. Ini menjadi lebih ketara dan berbahaya sekiranya seseorang budak itu mudah menelan ubat gigi.


Dental fluorosis
Dental fluorosis
Fluoride atau fluorida sekiranya berlebihan di dalam badan, ianya boleh menyebabkan:

  1. Penyakit jantung. Seseorang kanak-kanak yang menelan fluorida daripada ubat gigi dengan jumlah 0.3mg - 0.5mg per kilogram berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat atherosklerosis dan serangan jantung pada usia muda.
  2. Fluorosis gigi atau dental fluorosis. Ia akan mengakibatkan gigi berwarna hitam kecoklatan dan kekuatan gigi menjadi rapuh disebabkan oleh fluorida yang melemahkan bahagian enamel pada gigi.
  3. Kanser. Fluorida boleh mengakibatkan seseorang menghidap kanser sel squamous pada mulut (oral squamous cell cancer), kanser tulang iaitu osteosarcoma, kanser kelenjar tiroid (thyroid) dan kanser hati.
  4. Merencatkan tumbesaran otak. Fluorida yang berlebihan di dalam badan boleh mengakibatkan kerosakan pada sel-sel neuron pada otak dan mengakibatkan seseorang kanak-kanak mempunyai IQ yang rendah dan cepat menghidap penyakit nyanyuk atau dementia.
  5. Merencatkan metabolisme glukosa di dalam darah. Fluorida boleh merosakkan pancreas dan mengurangkan rembesan insulin di dalam darah. Akibatnya, paras gula di dalam darah akan meningkat dan menyebabkan kencing manis.
  6. Alahan kulit. Fluorida boleh menyebabkan pembentukan ruam eczema pada permukaan kulit.
  7. Merosakkan buah pinggang. Fluorida boleh merosakkan proses penurasan pada ginjal dan menyebabkan air kencing menjadi sedikit dan pekat. Kesan jangka panjang buah pinggang akan mengecut dan rosak.
Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa dinasihatkan supaya memilih ubat gigi yang tidak mengandungi fluorida(*Ubat Gigi Halagel/Olive House/Herba HPA). Tambahan lagi, fluorida boleh diperolehi daripada beberapa jenis makanan seperti bayam, carrot, buah-buahan, biji bunga matahari dan bawang putih, yang mana kandungannya tidak membahayakan kesihatan. Cuba contohi orang Yahudi, mereka dari dahulu lagi telah menyedari akan bahaya fluorida dan tidak membenarkan anak-anak mereka menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida. Tambahan lagi, cuba renungkan sendiri kenapa Nabi Muhammad S.A.W hanya bersugi sahaja untuk membersihkan gigi.

*Cuba cari dan selidiki.


Sumber: The Secret Medicine & Health Massa
Nukilan semula: Abu Syakirin Az-Zaituni

Tuesday 28 July 2015

Masalah Carpal Tunnel Syndrome



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Carpal Tunnel Syndrome):

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai rawatan untuk penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Bagaimanakah Quranic Food dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Carpal tunnel syndrome berpunca apabila saraf median yang melalui pergelangan tangan tersepit disebabkan oleh aktiviti yang banyak melibatkan kawasan tersebut. Antara simptomnya ialah rasa kebas, sakit dan bengkak pada tangan yang terlibat sehingga boleh mengganggu aktiviti harian. Rawatan awalnya ialah merehatkan pergelangan tangan dengan penggunaan splint, merendam dengan ais bagi mengurangkan radang di kawasan tersebut serta pengambilan ubat penahan sakit sebelum rawatan melalui pembedahan dilakukan. PMZ yang bersifat anti-radang mampu mengurangkan bengkak pada saraf yang terlibat serta sifat analgesic yang setanding dengan describes nonsteroidal anti-inflammatory drugs(NSAID) mampu mengurangkan sakit ketika serangan aktif berlaku.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit carpal tunnel syndrome adalah penyakit kebas dan menyucuk yang dirasakan di jari-jari tangan. Jari yang terlibat adalah ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan sebahagian jari manis. Ini adalah akibat himpitan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan. Mekanisme punca berlakunya penyakit ini belum dapat dikenalpasti namun apa yang boleh saya katakan ia adalah disebabkan inflamasi yang tidak selesai pada tisu-tisu di sekitar saraf tersebut. Apabila inflamasi berlaku pada tubuh, ini adalah sesuatu yang bagus pada mulanya kerana inflamasi adalah mekanisme pertahanan diri oleh seluruh sel yang ada dalam tubuh terhadap ancaman dari patogen. Namun apabila proses ini disekat dengan pengambilan ubat tahan sakit, maka proses ini menjadi defektif, diterukkan lagi dengan bekalan nutrisi yang amat rendah akibat pemakanan yang tidak sihat.

Minyak zaitun amatlah baik untuk membantu inflamasi melakukan tugasnya sehingga selesai. Mungkin pada peringkat pertama, sakit yang dirasai akan berlebihan dari biasa, namun apabila tetap istiqamah dalam pengambilannya, proses inflamasi akan selesai dan tisu akan dibaiki. Syarat yang penting adalah hendaklah dielakkan pengambilan makanan yang memudaratkan yang dipenuhi bahan kimia termasuk gula putih dan susu komersil. Elakkan juga emosi yang negatif dan bersangka buruk. Bekam akan mengurangkan gejala dengan cepat. Insya Allah. Sesunnguhnya Allah yang memberi kesembuhan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday 27 July 2015

Daging Proses Penyebab Kanser



Pakar kanser dunia akhirnya mengisytiharkan apa yang pembaca NaturalNews.com ketahui sejak 4 tahun lalu bahawa daging proses menyebabkan kanser, dan setiap orang yang mahu menjauhi kanser harus mengelak dari memakan daging proses seumur hidup mereka.

Beratus-ratus penyelidik kanser mengambil bahagian dalam projek selama 5 tahun meliputi lebih dari 7000 kajian klinikal untuk mendokumentasi kaitan antara pemakanan dan kanser. Kesimpulan mereka, yang disiarkan dalam laporan World Cancer Research Fund (WCRF) , Food, Nutrition, Physical Activity & Prevention of Cancer: Perspektif Global telah mengejutkan dunia kesihatan dengan mengisytiharkan bahawa semua orang harus berhenti membeli dan memakan produk-produk daging proses dan ia harus dijauhi sepanjang hayat!

Dalam laporan tersebut, daging proses sangat merbahaya dimakan oleh manusia. Kenapa? Kerana ia mengandungi bahan kimia aditif yang sudah diketahui begitu berkesan mengundang berbagai jenis penyakit kanser termasuk colorectal cancer, kanser payudara, kanser prostat, leukimia, tumor otak, kanser pankreatik dan banyak lagi. Laporan tersebut yang juga disiarkan di laman web DietAndCancerReport.org juga menyarankan orang ramai melakukan perkara-perkara berikut:

* Jauhkan semua minuman bergas dan bergula
* Senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari
* Dapatkan berat badan yang seimbang
* Hadkan pengambilan semua jenis daging (termasuk daging segar)
* Berikan susu ibu kepada bayi untuk 6 bulan pertamanya dan jauhkan susu formula bayi


Malangnya, WCRF masih tidak mencadangkan pengguna memakan nutrisi suplemen untuk membantu mengelak dari kanser menunjukkan kumpulan tersebut masih memerlukan banyak kajian mengenai perubatan herba dan semulajadi seperti cendawan, rumpai laut dan alga, herba dari negeri China, herba dari hutan-hujan dan ekstrak superfood. Sekurang-²nya kumpulan tersebut telah menasihati orang ramai supaya menjauhkan semua daging proses sebagai satu langkah yang besar kepada dunia pemakanan kesihatan. Ia adalah kali pertama sebuah organisasi kanser yang diiktiraf di antarabangsa menemui kajian bahawa bahan kimia yang ditemui di dalam daging proses adalah sangat merbahaya.

Apakah sebenarnya daging proses?

Mungkin tidak ramai yang mengetahui perbezaan antara daging proses dan daging segar. 
Di sini perbezaannya:

Daging segar hanya mengandungi satu kandungan bahan iaitu daging itu sendiri. Daging segar disejukkan dan tidak boleh tahan lama (biasanya hanya beberapa hari sahaja). Ia dipaketkan dalam bungkusan yang mudah, tanpa apa-apa logo atau warna yang menarik pada bungkusannya. Ia boleh didapati di pasar-pasar segar atau majlis korban di Hari Raya Korban.

Daging proses pula mengandungi berbagai kandungan di dalamnya dan biasanya dipaketkan bertujuan untuk memberi tempoh masa yang yang dapat bertahan lama. Daging proses mengandungi sodium nitrit, sejenis kimia yang menyebabkan kanser. Ia digunakan oleh syarikat pemproses daging sebagai bahan pengawet dan mengekalkan warna merah daging supaya ia sentiasa kelihatan segar walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya. Antara contoh daging proses ialah:
Bacon
* Sosej
* Peperoni
Beef jerky
Deli slices
* Hot dog
sandwich meat (termasuk yang dihidangkan di restoran-²)
* Ham
* daging dalam tin
* daging dalam pizza


Kecuali ia menyatakan bebas nitrit pada bungkusannya, anda boleh jangkakan bahawa ia pasti mengandungi kimia mendatangkan kanser iaitu sodium nitrit. Ia menggunakan kod makanan E-250 dan E-251.

Anda boleh menemui sodium nitrit dengan banyaknya di pasaraya seperti Tesco, Giant, Jusco dan lain-lain. Pergi sahaja ke tempat sejuk-beku makanan sosej, ambil mana-mana bungkusan dan baca kandungan bahan-bahannya. Saya pasti anda akan menemui 9 dari 10 jenama menggunakannya. Yang tidak tertulis bukan kerana mereka tidak menggunakannya tetapi berselindung di sebalik perkataan "bahan pengawet dan kondisioner yang dibenarkan". Tidak kira apa saja jenama malah jenama popular turut menggunakan sodium nitrit sebagai aditif produk daging proses mereka.

Jikalau anda masih tidak berpuas-hati, pergilah ke hospital dan temuramah pesakit-pesakit kanser tentang corak pemakanan mereka, apakah makanan yang sering mereka makan sebelum mendapat kanser. Tentu anda akan menemui jawapannya!!! 

Beginilah amalan pengusaha makanan di Malaysia hari ini. Mereka tidak peduli apa yang mereka letak dalam makanan kita. Ia adalah bahan kimia yang sangat merbahaya, yang telah banyak kali dibuktikan dalam kajian-kajian sebelum ini. Apa yang penting bagi mereka adalah mengaut keuntungan semata-mata. 

Terpulang kepada anda, kerana apa yang masuk ke perut anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Tiada orang yang peduli apa yang anda makan!

Sumber: The Secret Medicine
Nukilan semula: Abu Syakirin Az-Zaituni
Tarikh kemaskini: 27/07/2015

Friday 24 July 2015

Masalah Kolestrol Semakin Tinggi



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kolestrol Semakin Tinggi):

Assalamualaikum. Setelah mengamalkan Olivie Plus 30x + SCT selama 3 bulan. Saya hentikan pengambilan atorvastatin. Namun, blood untuk kolesterol makin meningkat kepada 7.5 dibanding sebelum ini 5.0 semasa makan ubat. Setelah mendapat nasihat, saya tambahkan pengambilan PMZ pada siang hari. Mohon nasihat dan penerangan doktor. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Paras kolesterol yang tinggi bukanlah menandakan yang anda akan kena serangan jantung, ianya cuma menunjukkan terdapat banyak inflamasi pada saluran darah dan ini menyebabkan kolesterol akan meningkat kerana salah satu fungsi kolesterol yang tidak diwar-warkan ialah ia merupakan antioxidant dan anti inflamatori. Jadi, apa yang ia sedang buat adalah membaiki keadaan dalam salur darah anda. Sudah menjadi kebiasaan apabila dadah dihentikan, proses 'rebound' akan berlaku tapi ini adalah untuk sementara sahaja. Apa yang anda patut lakukan adalah terus tenang dan percaya dengan kekuatan makanan dalam al-Quran. Namun, apa yang paling penting adalah mengikut sunnah pemakanan Rasulullah S.A.W yang telah ada dalam hadis, jangan makan berlebihan dan hanya memilih makanan yang halal dan thoiyyibah sahaja. Sesungguhnya hidup ini hanyalah untuk mencari hidayah atau petunjuk dari Allah S.W.T sahaja, bukannya hidup untuk memenuhi nafsu duniawi. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Kolesterol yang tinggi di dalam darah dalam tempoh yang lama ataupun kerosakan pada hati mungkin menyebabkan PMZ tidak mampu menurunkan kadar kolesterol dengan tindakan bersendirian. PMZ perlu digabungkan dengan SCT yang mampu memecahkan molekul kolesterol ini serta bijirin Oat bagi menyerap kolesterol yang dipecahkan tersebut sebelum ia bergabung semula.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 22 July 2015

Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan


Ketupat Plastik Merbahayakan Kesihatan


Bagi umat Islam di negara ini, bulan puasa dah hampir tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Hari raya sudah penuh dengan makanan. Dan bagi orang Melayu, salah satu makanan popular di hari perayaan ini ialah nasi impit dan ketupat. 

Zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan daun palas yang dianyam membentuk 3 atau 4 segi kemudian dibukakan lubang untuk diisi dengan beras pulut atau beras biasa. Anyaman berisi beras ini kemudian dikukus menjadikan ketupat atau nasi impit.

Hari ini, kemajuan teknologi penggunaan plastik telah menggantikan daun palas ini. Plastik ini sudah diisi dengan beras kemudian dimatikan dengan haba supaya memerangkap butir beras itu dari tertumpah keluar. Ia dimasak bersama air sehingga suhu mendidih. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah jenis polyethylene (PET). Plastik inilah juga biasa digunakan sebagai bekas minuman yang dibawa balik dari restoran. 

Plastik kebanyakannya berasal dari bahan petroleum dan campuran bahan-bahan kimia. Apabila ia mengalami suhu panas, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang merbahaya terutama Bisphenol-A yang telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser

Tibalah masanya untuk kita membuat keputusan yang lebih bijak dan baik untuk kesihatan kita dan keluarga. Jangan beli produk beras atau ketupat segera seperti ini lagi menjelang hari raya tidak lama lagi. Adalah lebih baik menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sarung daun palas. Tunjukkan kuasa pengguna hari ini lebih kuat dan pengguna tidak lagi mudah menerima apa saja yang diiklankan  di depan mata. Kita menolak idea menggunakan plastik yang dipanaskan sebagai bekas untuk barang yang kita makan.

Pastikan di hari raya tahun ini atau tahun hadapan, tiada lagi produk sebegini terjual di pasaran.  Kita tidak mahu lihat ia berada di pasaran di masa akan datang. In shaa Allah.

Thursday 9 July 2015

Jenis Ikan & Khasiatnya



JENIS IKAN & KHASIATNYA:

Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protien dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protien seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3:
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. Minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel).
2. Minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel):
Kaya dengan Omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak Omega-3. Bagaimanapun, kandungan lemak Omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon:
Dikatakan spesis kedua kaya dengan Omega-3 selepas Tenggiri. 


Todak (Swordfish):
Meskipun mengandungi Omega-3, ia tidak dapat menandingi kandungan Omega-3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 


Ikan Sebelah (Halibut):
Ikan jenis ini juga mengandungi Omega-3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan. 
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna):
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak Omega-3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber Omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod):
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring):

Mengandungi Omega-3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.

Sardin (Sardine/Pilchard):
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protien, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk Omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish):
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik Omega-3.

Siakap (Barramundi):
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protien dan Omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper):
Juga kaya dengan Omega-3 dan protien.

Ikan Bilis (Anchovies):
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak Omega-3 dan protien yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah:
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.


Sumber: The Secret Medicines (TSM)


Wednesday 8 July 2015

Masalah Santau & Puncanya



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Santau & MZ+SCT):

Assalammu’alaikum doktor. Jika terkena sautau apa puncanya dan sesuaikah digunakan minyak zaitun atau teen?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pengamalan sunnah dalam seluruh aspek kehidupan terutamanya zikir dan doa-doa ma’thur yang warid di waktu pagi dan petang serta pemakanan halal dan thoyyibah mampu menjadi pendinding daripada jin dan syaitan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Santau adalah sihir yang dihantar dengan perantaraan syaitan. Secara umumnya, jiwa kita haruslah dirawat dahulu dengan keyakinan kepada Allah dan tiada kuasa yang boleh mengapa-ngapakan kita tanpa izin Allah. Mungkin dengan santau ini yang dihadapi akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Maka, kembalilah pada Allah.

Minyak zaitun adalah minyak dari pohon yang diberkati. Maka sudah tentulah sepatutnya menghalang kerja-kerja syaitan. Sepatutnya, semua Quranic Food patut diamalkan oleh semua umat Islam apatah lagi insan yang diuji dengan sihir. 

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday 6 July 2015

Masalah Dermoid Cyst




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Dermoid Cyst):

Assalammu'alaikum doktor. Pati Minyak Zaitun Olive House bolehkah membantu untuk rawatan dermoid cyst? Cara penggunaannya bagaimana? Pertengahan bulan 11 ini, saya akan operate buang cyst ini tetapi jika boleh hendak cari alternatif lain untuk elak dari operation.

*Dalam artikel Dr. Hafizah sebelum ini ada tulis boleh merawat cyst (kecuali dermoid) dan mohon penjelasan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Wallahua'lam. Boleh dicuba namun mungkin sangat lambat disebabkan dermoid cyst sudah ada bahan-bahan lain di dalam cyst itu seperti rambut, gigi dan tulang. Kalau kita yakin, bolehlah bersabar dan mendapat pahala yang lebih kerana cyst jenis ini sekiranya tidak besar mana tidak mengganggu kitaran haid. Kemungkinan menjadi kanser juga amat rendah sekiranya mengamalkan Quranic Food.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Dermoid cyst/teratoma ialah ketumbuhan bukan kanser yang berpotensi menjadi kanser jika tidak dibuang. Ianya mengandungi komponen kulit seperti rambut, kelenjar yang tidak bergantung kepada hormon untuk membesar. Bagi ketumbuhan yang bergantung kepada hormon estrogen, MZ dan SCT mampu mengecutkannya dengan menyeimbangkan kadar hormon di dalam darah. Rawatan bagi dermoid cyst ialah pembedahan bagi membuangnya secara total seterusnya mengurangkan risiko barah Rahim.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday 2 July 2015

Masalah Penyakit Kancing Gigi/Tetanus/Sawan



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kancing Gigi):

Assalamu’alaikum. Penyakit kancing gigi, dengan izin Allah boleh mengamalkan MZ @ SCT tak? Mohon pencerahan doktor.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kancing gigi ini adakah sawan atau tetanus? Apa-apa penyakit sekali pun memang boleh amal MZ & SCT.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kancing gigi atau nama lainnya adalah tetanus. Bagi tetanus, ianya disebabkan bakteria clostridium tetani yang mengeluarkan toksin. Makan antitoksin untuk meneutralkan toksin dan antibiotic untuk membunuh kuman diperlukan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 1 July 2015

Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat



Jus🍹🍷🍸 Buah-Buahan🍉🍇🍒🍓🍍🍌🍋🍊 Untuk Diet 💪🏻👍🏻Sihat by Women 💻Online Magazine📚📖 Jus buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan. Pengambilan jus buah-buahan adalah satu cara untuk menguruskan badan. Tetapi, ramai yang gagal menguruskan badan dengan teknik ini disebabkan salah menyusun sebuah menu diet. Pemahaman yang kurang lengkap tentang diet yang betul menyebabkan cara menguruskan badan dengan jus buah-buahan ini gagal. Sudah pasti ada di antara anda yang berpendapat, menahan makan atau ‘mengikat’ perut boleh menurunkan berat badan. Padahal, ia tidak benar sama sekali. Ketika anda berasa sangat lapar, semakin banyak pula kalori yang diperlukan. Akibatnya, tanpa anda sedari anda telah makan secara berlebihan! Namun, meminum jus buah-buahan untuk diet adalah cara paling mudah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. Jus buah-buahan ini juga bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Jus buah-buahan tidak mengandungi lemak, sebaliknya kaya dengan mineral, vitamin serta enzim. Khasiatnya mampu membantu anda mengurangi berat badan secara semulajadi, sihat dan selamat.Perbanyakkan pengambilan jus buah-buahan yang banyak mengandungi kadar air. Ia akan membuatkan perut anda penuh sehingga tidak mudah berasa lapar. 1. Jus Epal🍎🍏 & Jus Tomato🍑🍅 Buah epal ini kaya dengan micronutrients ataupun nutrisi makro. Fungsinya iaitu menekan nafsu makan sehingga membantu program diet anda berjalan dengan lancar. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah serta kadar gula darah. Begitu juga dengan jus tomato yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh. 2. Jus Grapefruit🍇🍒 Target anda tertumpu pada pembakaran lemak. Salah satu caranya adalah dengan meminum jus grapefruit dan pengambilan buah ini sepanjang hari. Grapefruit mengandungi enzim pembakar lemak yang membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat. 3. Jus Oren🍊🍋 Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh. 4. Jus Strawberi🍓🍒 Mengandungi asid alergik yang bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tumbuh, membersihkan sistem penghadaman, mengawal kadar kolesterol serta melambatkan pertumbuhan sel tumor pada paru-paru, payudara dan leher rahim. 5. Jus Jambu🍈🍐 Ternyata banyak manfaat yang terkandung dalam jus jambu. Antaranya dapat mengurangi kolesterol dalam darah dan menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan serta dapat mencegah ulser mulut. 6. Jus Tembikai🍉 & Jus Melon🍈 Keduanya memiliki kandungan air yang banyak, tetapi memiliki kadungan kalori yang rendah. Jika melon banyak mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk tubuh, tembikai juga banyak mengandugi zat besi, sama seperti yang terdapat pada bayam. Sumber: houseofquranicfoods.blogspot.com