AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Pengamalan Terbaik Quranic Food Semasa Berpuasa. Show all posts
Showing posts with label Pengamalan Terbaik Quranic Food Semasa Berpuasa. Show all posts

Sunday, 11 June 2017

PENGAMALAN TERBAIK QURANIC FOOD SEMASA BERPUASA | Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pelanggan (Pengamalan Terbaik Quranic Food Semasa Berpuasa):

Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa Ramadhan. Mohon penjelasan dan nasihat doktor, bagaimanakah cara pengamalan makanan yang terbaik untuk MZ, SCT, Olivie Plus 30x, Buah Teen, Kurma dan lain-lain di bulan Ramadhan yang mulia ini? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pengambilan Quranic Food di bulan Ramadhan yang terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Bersahur dan berbuka dengan kurma, minyak zaitun dan cuka dicurahkan dalam makanan, buah teen boleh diambil bersama kurma atau selepas tarawih. Olivie Plus 30x bolehlah diambil sebelum tidur. Wallahu A'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Quranic Food berdasarkan produk yang sedia ada terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu PMZ yang berfungsi untuk mengekalkan kesihatan sel serta SCT yang berfungsi menyingkirkan bahan perkumuhan sel keluar dari tubuh badan. Puasa dan bersenam mengeluarkan toksin dari sel ke dalam darah dan proses ini menyebabkan sel mengalami proses inflamasi serta keadaan yang berasid yang tidak sesuai untuk sel. PMZ yang elok diambil ketika bersahur memberikan tenaga kepada sel dan mengurangkan proses inflamasi ini seterusnya SCT yang elok diambil ketika berbuka puasa akan memberikan potassium yang secukupnya kepada sel serta meneutralkan asid ini bagi membantu proses pembuangan toksin melalui najis.


Sumber: Olive House Medic & Business.