AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Quranic Food. Show all posts
Showing posts with label Quranic Food. Show all posts

Tuesday, 13 January 2015

Makanan Yang Disebut Dalam Al-Quran

Bismillah. Alhamdulillah. Blog ini adalah khas diwujudkan kepada penggemar pemakanan sihat sunnah dan organik dalam kehidupan harian kita dan umum kepada semua. Jika kita lihat, trend sekarang ramai yang ingin mengamalkan:


  • "Pemakanan Sunnah"
  • Makanan semulajadi (Bukan yang diproses) 
  • Makanan organik

Betulkan?

Baguslah jika telah ada kesedaran di kalangan masyarakat kita akan bahaya makanan siap proses atau makanan yang ditanam menggunakan baja buatan. Kalau diikutkan trend masyarakat di negara barat, telah lama bertukar kepada makanan organik dan makanan semulajadi ini. Kita sahaja yang baru hendak "sedar"...

Baiklah, hari ini admin hendak kongsikan beberapa jenis makanan dan buah-buahan yang ada disebutkan dalam Al-Quran. Sumber di bawah admin ambil dari buku:

  • Allah Doktorku - Wahyu Ubat Penyakitku (Terbitan Telaga Biru)
  • Majalah Al-Ustaz - Isu no 22 (Fiqah Kulinari), (Terbitan Telaga Biru)

Antara makanan yang disebut dalam Al-Quran ialah:

  • Kurma
    Maksudnya "Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akna menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. (Surah Maryam:25)
  • Tin
    Maksudnya "Demi buah Tin dan Buah Zaitun. (Surah Tin:1)
  • Klorofil (Didapati daripada sayuran terutama yang berwarna kehijauan), Maksudnya "Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air hujan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Kemudian kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijaukan. (Surah al-An'am:99)
  • Halia (Zanjabil)
    Maksudnya: Dan mereka di dalam syurga itu diberi minuman sejenis minuman yang campurannya daripada Zanjabil. (Surah al-Insan:17)
  • Cuka (Khal)
    Maksudnya: Sebaik-baik penyedap rasa atau lauk ialah cuka. (Riwayat Ibnu Majah No. 3316)
  • Beras
  • Tembikai (Bittikh)
  • Mentimun (Qitstsa')
    Maksudnya "Dan ingatlah ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah" . (Surah al-Baqarah:61)
  • Utruj (Sejenis Citron)
  • Labu
    Maksudnya "Kemudian Kami tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis labu". (Surah al-Saffat:146)
  • Bawang Putih
    Maksudnya "Dan ingatlah ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah ". (Surah al-Baqarah:61)
  • Bawang Merah
    Maksudnya " Dan ingatlah ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah ". (Surah al-Baqarah:61)
  • Mentega
  • Pisang
    Maksudnya "Pohon-pohon pisang yang bersusun buahnya". (Surah al-Waqi' ah:29)
  • Anggur
    Maksudnya "Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur. Dan Kami pencarkan padanya beberapa mata air". (Surah Yassin:34)
  • Delima
    Maksudnya "Didalam kedua-dua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima. (Surah al-Rahman:68)
  • Zaitun
    Maksudnya "Demi buah Tin dan Buah Zaitun. (Surah Tin:1)
  • Ikan
    Maksudnya " Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya). (Surah al-Ma'idah:96)
  • Kacang Adas
    Maksudnya "Dan ingatlah ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya makan sejenis makanan sahaja. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia Memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi seperti sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah". (Surah al-Baqarah:61)

**Like Page FB: Asy-Syakirin Enterprise