Soalan Dari Pelanggan (Masalah Otak-Meningitis):
Assalamualaikum doktor. Boleh cadangkan gabungan makanan sunnah dan rawatan yang sesuai untuk anak saya, berumur 1 tahun dan mengalami kecederaan di otak setelah menghidap meningitis;
1) telinga kanan tidak dapat mendengar, telinga kiri perlu alat bantuan pendengaran,
2) mata tidak pasti status, tidak berkelip bila dihala lampu suluh,
3) growth delay, sudah setahun tapi masih terbaring dan leher pun masih lembik/terkulai.
Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa'alaikumsalam. Kanak-kanak yang mengalami meningitis/jangkitan kuman ke dalam otak biasanya akan mengalami kerosakan otak yang teruk dan memberi kesan kepada organ-organ penting seperti pendengaran, penglihatan, perkembangan saiz tubuh serta pergerakan otot. Setiap organ perlukan terapi & rehabilitasi yang berbeza dan tiada yang dapat pulih seperti asal tetapi sekurang-kurangnya melalui terapi yang berterusan mengelakkan dari ketidakfungsian organ secara total. Untuk pendengarannya, pastikan dia mendapat stimulasi bunyi melalui pemakaian alat bantu pendengaran dan dapatkan konsultasi pakar ENT. Jika ia tidak respon kepada alat bantu dengar, mungkin dia dapat dibantu dengan pembedahan implan koklea. Begitu juga stimulasi matanya kepada cahaya dan dunia sekeliling. Sentiasalah merangsang deria serta gerakkan sendinya agar tidak mengeras. Pastikan zat dan nutrisi lebih-lebih lagi pemakanan Quranic Food yang membantu perkembangannya secara holistik.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Pemakanan untuk anak yang mengalami kecederaan otak selepas meningitis.
Susu ibu adalah makanan terbaik dan hendaklah ibunya menjaga pemakanan semasa menyusukan bayi. Bagi meningkatkan perkembangan otak, bolehlah diberi minyak zaitun ke dalam makanan hariannya. Minyak kelapa dara juga membantu perkembangan sel-sel otak. Elakkan makanan ringan dan makanan proses kerana walaupun sedikit sahaja yang dimakan ia akan memberikan kesan kepada otak kerana otak dan usus mempunyai hubungan yang kuat. Elakkan juga memakan ayam bandar dan daging proses atau daging import yang diragui. Makanan lain yang membantu adalah kunyit, pegaga dan ginkgo biloba, elok diambil bersama madu. Bekam di kawasan kepala sebulan sekali dengan istiqamah. Lakukan urutan dengan penuh kasih sayang setiap hari di seluruh tubuh. Wujudkan suasana harmoni dan penuh kasih sayang di rumah. Teruskan usaha murni tuan dan sesungguhnya inilah amalan yang akan menjejakkan kaki tuan ke syurga Allah S.W.T. Insya Allah.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Selamat datang ke teratak khidmat pemakanan dalam al-Quran untuk kesihatan kita. Blog ini hanyalah perkongsian ilmu, maklum balas, sahabat, teman dan kawan-kawan yang telah menggunakan dan mengamalkan produk OLIVE HOUSE. In shaa Allah, boleh kita berkongsi bersama juga mengenai gaya hidup Aafiyat Lifestyle, pemakanan sihat, natural, alami dan organik serta petua-petua perubatan yang mampu membantu pencegahan penyakit dan sebagainya. Selamat datang ke laman maya, "HOUSE of AAFIYAT LIFESTYLE"
Showing posts with label Otak-Meningitis. Show all posts
Showing posts with label Otak-Meningitis. Show all posts
Monday, 22 June 2015
Masalah Otak-Meningitis
Subscribe to:
Posts (Atom)