AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Masalah Panau-Kulit. Show all posts
Showing posts with label Masalah Panau-Kulit. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Masalah Panau-Kulit




Soalan Dari Pengguna(Masalah Panau-Kulit): Assalammu’alaikum doktor. Saya ingin bertanya untuk kes macam ini, apa perskipsi Minyak Zaitun & Cuka Teen yang sesuai? Sakit kulit, macam panau dan kelompok-kelompok putih. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Bagi masalah panau, ia adalah jangkitan kulat yang dinamakan tinea. Sapukan cuka Teen ke tempat yang bermasalah pada siang hari ataupun boleh buat mandian menggunakan cuka ditambah dengan air. Tidak perlu guna sabun sampailah panau sembuh. Yang paling penting pencegahan. Kulit sepatutnya ada sistem pertahanannya sendiri. Apabila seseorang dijangkiti panau, ini bermakna sistem itu bermasalah dan cara atasinya: 1. Jangan gunakan sabun antibakteria kerana ini bukan sahaja membunuh bakteria baik malah sesetengah bahan seperti alcohol dan triclosan merosakkan lapisan epidermis. 2) Elakkan pakai pakaian yang sama berulang kali terutamanya bila tidak cukup kering. 3) Amalkan menyapu minyak zaitun ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi dengan sapuan yang sangat nipis. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. Masalah jerawat/kulit panau, sifat asid Sari Cuka Teen mampu memecahkan peluh yang berkumpul di dalam liang roma dan sifat antimicrobial mampu membunuh kuman yang berkumpul di dalam peluh tersebut serta kulat/fungus yang menjadi penyebab panau. Sumber: Olive House Medic & Business.