Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kemerosotan Saraf Otak)
Assalammu'alaikum doktor. Sahabat saya disahkan menghidapi spinalcerebellar ataxia (SCA). Penyakit ini adalah penyakit yang mengalami kemerosoton fungsi saraf di mana terdapat saraf yang mati pada otak. Ia akan menyerang saraf-saraf yang lain & menyebabkan organ-organ akan tidak berfungsi sedikit demi sedikit. Sekarang telah tamat belajar & sedang berikhtiar menjalani rawatan terapi dari doktor pakar serta darul syifa' untuk penyakitnya. Apakah kaedah perawatannya dengan Quranic Food? Akupuntur dan bekam bagaimana pula?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
Spinalcerebellar ataxia: penyakit
kemerosotan progresif sistem saraf dan penyebab tidak diketahui dan rawatannya
tiada yang berkesan. Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib percaya ada rawatan
untuk setiap penyakit. Saya cadangkan bekam seminggu sekali pada point-point berlainan.
Quranic Food mestilah dijadikan amalan harian seperti biasa. Makan
kunyit sebagai ulam atau boleh direbus airnya untuk diminum 2 kali sehari. Pegaga
juga herba yang bagus unttk otak. Kacang walnut juga bagus. Yang penting,
elakkan bahan kimia sintetik dalam kegunaan seharian atau makanan. Gula putih
dan gandum harus dihentikan serta merta. Semoga tabah dan berjaya berjuang
dengan penyakit ini. Wallahua'lam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Ataxia (ketidakseimbangan) berpunca dari apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan cerebellum iaitu pangkal otak yang mengawal keseimbangan tubuh secara umum. Ianya mungkin disebabkan ketumbuhan, nanah atau strok yang melibatkan bahagian tersebut. Sila rujuk pakar neurologi (otak dan saraf). Teruskan pengambilan Quranic Food bagi mengurangkan radang serta bengkak edema di bahagian pangkal otak tersebut.
Sumber: Olive House
Medic & Business.
Hotline 013-4619694