Minyak Zaitun
& Cyst Ovari
(Dr. Hafizah
Amanulla)
Bagi mereka yang mempunyai
masalah cyst di ovary, kebanyakan cyst (kecuali dermoid cyst/teratoma) adalah
akibat ketidakseimbangan paras hormon. Hormon wanita bukanlah berada pada paras
yang tetap setiap masa. Mengikut kitaran haid, paras hormon-hormon seperti
estrogen, progestrogen, follicular stimulating hormon(FSH), luteinizing hormon
(LH) juga berubah-ubah. Paras hormon ini sepatutnya berada dalam keseimbangan
yang dikawal oleh otak (central control). Ketidakseimbangan hormon terjadi hari
ini terutamanya akibat kehadiran xenoestrogen dari persekitaran kita. Bahan
dari racun rumpai, racun perosak, bahan kimia dalam shampo seperti phalates,
BPA and pelbagai bahan dalam kosmetik bertindak umpama estrogen apabila
memasuki badan kita. Estrogen palsu ini akan menyebabkan otak menyangka paras
estrogen sudah tinggi dan menghalang ovari merembeskan estrogen. Namun di
peringkat sel, estrogen palsu ini walaupun mengikat di reseptor estrogen namun
gagal bertindak umpama estrogen. Ini akan merangsang tisu lemak untuk
menghasilkan estrogen setempat dan seterusnya lapisan lemak akan menebal dan
menyebabkan kegemukan dan pelbagai masalah lain.
Minyak zaitun membantu menyeimbangkan paras hormon dan membantu menyingkirkan xenoestrogen ini. Pada masa yang sama, kemasukan xenoestrogen hendaklah dihentikan. Amalkan aktiviti menanam sayur sendiri tanpa menggunakan racun dan baja kimia, dan amalkan buah-buahan organik. Bagi menggantikan shampoo yang toksik, anda bolehlah belajar membuat shampoo dan juga sabun sendiri dari bahan-bahan alami melalui pelbagai blog di internet terutamanya blog-blog masyarakat Australia, Amerika dan Canada yang sedang sangat aktif melakukan revolusi menukarkan bahan kimia kepada bahan semulajadi demi kesihatan yang lebih sempurna. Selain itu elakkan penggunaan plastik untuk meletakkan bahan makanan yang panas kerana ia boleh menyebabkan bahan kimia berbahaya terbebas ke dalam makanan.Apabila paras hormon mula stabil, maka anda akan dapati berat badan menurun, cyst akan hilang dan kesuburan pun meningkat. Insya Allah.