AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label KENAPA LELAKI LEBIH MUDAH TERKENA WABAK COVID-19? | Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label KENAPA LELAKI LEBIH MUDAH TERKENA WABAK COVID-19? | Aafiyat Olive House. Show all posts

Wednesday 30 December 2020

KENAPA LELAKI LEBIH MUDAH TERKENA WABAK COVID-19? | Aafiyat Olive House

 


KENAPA LELAKI LEBIH MUDAH TERKENA WABAK COVID-19?

BBC Indonesia melaporkan, Philip Goulder, seorang profesor imunologi di Universiti Oxford berkata, salah satu teori adalah imuniti perempuan terhadap virus lebih kuat. Beliau dilaporkan berkata, tindak balas imunisasi seorang perempuan terhadap vaksin dan jangkitan biasanya lebih agresif dan lebih efektif dibandingkan lelaki.

BUKAN rahsia lagi, sejak sekian lama dan hampir di seluruh dunia statistik mendapati secara purata lelaki lebih pendek umur daripada wanita. Selain itu, lelaki juga paling tinggi terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

Koronavirus atau SARS-CoV-2 seolah-olah turut mengikuti corak yang sama. Statistik di kebanyakan negara di dunia mendapati jumlah lelaki mendapat wabak virus pembunuh itu adalah lebih tinggi berbanding kaum Hawa. Malah, kadar kematian kaum Adam angkara Covid-19 rata-rata juga lebih sekali ganda tinggi berbanding wanita.

Wnita mempunyai sistem imunisasi yang lebih cekap berbanding kaum lelaki. Hormon estrogen iaitu salah satu hormon utama pada wanita juga membantu memberikan perlindungan daripada jangkitan virus kepada wanita. Selain itu, wanita mempunyai lebih X kromosom berbanding lelaki. Kromosom X ini bertanggungjawab untuk menjana komponen penting dalam sistem imunisasi terhadap jangkitan virus.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat