AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label TANGAN BERPELUH |Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label TANGAN BERPELUH |Aafiyat Olive House. Show all posts

Wednesday 23 December 2020

TANGAN BERPELUH |Aafiyat Olive House


 INFO KESIHATAN DR. ZUBAIDI HJ. AHMAD : TANGAN BERPELUH

Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai Hyperhidrosis. Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.

Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.

Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.

Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasaan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.

Apakah punca masalah tangan berpeluh?

Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti :

1. Demam
2. Kanser
3. Lemah jantung
4. Masalah kerisauan (Anxiety problem)
5. Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout
6. Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi
7. Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat