AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Minyak Zaitun & Jantung. Show all posts
Showing posts with label Minyak Zaitun & Jantung. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Dua Sudu Minyak Zaitun Untuk Jantung Anda Sihat




DUA SUDU MINYAK ZAITUN BERKUALITI TINGGI SETIAP HARI MEMBANTU MELINDUNGI JANTUNG


Minyak zaitun sememangnya dikenali sebagai salah satu sumber terbaik asid lemak monotaktepu, iaitu sejenis lemak yang telah terbukti dapat meningkatkan tahap kolesterol dalam darah. Ianya telah disahkan bahawa sifat-sifat pelindung minyak zaitun terjadi disebabkan oleh kehadiran asid lemak monotaktepu. Akan tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa kandungan antioksidan juga memainkan peranan yang penting. Menurut data terbaru yang disiarkan dalam Clinical Nutrition, dos harian minyak zaitun yang kaya dengan polifenol (sejenis antioksidan) boleh melindungi daripada aterosklerosis (pengerasan arteri).

Hasil kajian data terbaru itu adalah berdasarkan EurOlive Study yang melibatkan penyelidik dari universiti-universiti di lima negara-negara Eropah, dimana kajian tersebut adalah bertujuan untuk meneliti faedah minyak zaitun ke atas kesihatan manusia. Para penyelidik merekrut 200 orang lelaki yang sihat tubuh badan dan secara rawak mengkategorikan mereka kepada tiga kumpulan di mana salah satu kumpulan diberikan 25 ml minyak zaitun untuk diminum pada setiap hari dengan jumlah yang berbeza polifenol.


Minyak zaitun tersebut adalah terdiri daripada minyak zaitun yang halus di mana ia mempunyai kandungan polifenol yang rendah. Selain itu juga terdapat minyak zaitun biasa yang mempunyai kandungan polifenol sederhana, masih muda, dan mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan polifenol akan meningkatkan tahap antibodi dan seterusnya mengurangkan tahap kolesterol LDL teroksida (kolesterol tidak sihat) dan dianggap sebagai faktor risiko bagi pengerasan arteri dan penyakit jantung.

Ini bukan kali pertama polifenol dalam minyak zaitun telah didapati memberi kesan perlindungan terhadap kerosakan oksidatif. Kajian sebelum ini juga telah menunjukkan kesan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada dos sebenar minyak zaitun boleh mencapai kesan tersebut dan sama ada minyak zaitun yang digunakan benar-benar mempunyai kandungan polifenol yang tinggi.

Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai subjek yang mengambil kira-kira 2 sudu besar minyak zaitun pada setiap hari di mana ia merupakan jumlah yang cukup bagi penduduk di  negara-negara bukan Mediterranean. Pengambilan minyak zaitun oleh penduduk di negara-negara Mediterranean  sememangnya lebih tinggi. Sebagai contoh orang-orang Yunani merupakan pengguna yang mencapai pengambilan  minyak zaitun tertinggi di dunia dimana setiap orang mengambil kira-kira 70 ml sehari, manakala Sepanyol dan Itali adalah kira-kira 35 ml sehari.

Antara isu lain adalah kandungan polifenol. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak zaitun extra virgin mempunyai lebih banyak polifenol daripada minyak zaitun lain yang diproses. Keadaan penyimpanan juga memainkan peranan yang penting. Minyak yang disimpan di dalam tempat gelap, sejuk dan di dalam bekas yang gelap akan mengekalkan lebih antioksidan. Masa penyimpanan yang lama akan mengurangkan kandungan antioksidan dimana akan hilang.

Sumber: www.oliveoiltimes.com

Thursday, 27 August 2015

Minyak Zaitun & Jantung


DUA SUDU MINYAK ZAITUN BERKUALITI TINGGI SETIAP HARI MEMBANTU MELINDUNGI JANTUNG

  •  24-08-2015
  •  
  •  Elena Paravantes

    Minyak zaitun sememangnya dikenali sebagai salah satu sumber terbaik asid lemak monotaktepu, iaitu sejenis lemak yang telah terbukti dapat meningkatkan tahap kolesterol dalam darah. Ianya telah disahkan bahawa sifat-sifat pelindung minyak zaitun terjadi disebabkan oleh kehadiran asid lemak monotaktepu. Akan tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa kandungan antioksidan juga memainkan peranan yang penting. Menurut data terbaru yang disiarkan dalam Clinical Nutrition, dos harian minyak zaitun yang kaya dengan polifenol (sejenis antioksidan) boleh melindungi daripada aterosklerosis (pengerasan arteri).

    Hasil kajian data terbaru itu adalah berdasarkan EurOlive Study yang melibatkan penyelidik dari universiti-universiti di lima negara-negara Eropah, dimana kajian tersebut adalah bertujuan untuk meneliti faedah minyak zaitun ke atas kesihatan manusia. Para penyelidik merekrut 200 orang lelaki yang sihat tubuh badan dan secara rawak mengkategorikan mereka kepada tiga kumpulan di mana salah satu kumpulan diberikan 25ml minyak zaitun untuk diminum pada setiap hari dengan jumlah yang berbeza polifenol.

    Minyak zaitun tersebut adalah terdiri daripada minyak zaitun yang halus di mana ia mempunyai kandungan polifenol yang rendah. Selain itu juga terdapat minyak zaitun biasa yang mempunyai kandungan polifenol sederhana, masih muda, dan mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan polifenol akan meningkatkan tahap antibodi dan seterusnya mengurangkan tahap kolesterol LDL teroksida (kolesterol tidak sihat), dan dianggap sebagai faktor risiko bagi pengerasan arteri dan penyakit jantung.


    Ini bukan kali pertama polifenol dalam minyak zaitun telah didapati memberi kesan perlindungan terhadap kerosakan oksidatif. Kajian sebelum ini juga telah menunjukkan kesan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada dos sebenar minyak zaitun boleh mencapai kesan tersebut dan sama ada minyak zaitun yang digunakan benar-benar mempunyai kandungan polifenol yang tinggi.

    Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai subjek yang mengambil kira-kira 2 sudu besar minyak zaitun pada setiap hari di mana ia merupakan jumlah yang cukup bagi penduduk di negara-negara bukan Mediterranean. Pengambilan minyak zaitun oleh penduduk di negara-negara Mediterranean sememangnya lebih tinggi. Sebagai contoh orang-orang Yunani merupakan pengguna yang mencapai pengambilan  minyak zaitun tertinggi di dunia dimana setiap orang mengambil kira-kira 70ml sehari, manakala Sepanyol dan Itali adalah kira-kira 35ml sehari.

    Antara isu lain adalah kandungan polifenol. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak zaitun extra virgin mempunyai lebih banyak polifenol daripada minyak zaitun lain yang diproses. Keadaan penyimpanan juga memainkan peranan yang penting. Minyak yang disimpan di dalam tempat gelap, sejuk dan di dalam bekas yang gelap(kotak) akan mengekalkan lebih antioksidan. Masa penyimpanan yang lama akan mengurangkan kandungan antioksidan di mana akan hilang.