AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday 6 December 2019

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHIM DAN KANSER OVARI? | Aafiyat Olive House

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHEM DAN KANSER OVARI?

Tuala wanita adalah bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj.
.
Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah pengguna tuala wanita ini bukanlah baru. Beribu tahun dahulu, para wanita bangsawan menggunakan kain yang khas, manakala wanita dari golongan yang miskin menggunakan sebarang kain untuk menyerap darah haid mereka. Kain yang digunakan kemudian, dicuci dan digunakan semula.
.
Tuala wanita dijual secara komersial pada tahun 1896 di Amerika Syarikat oleh Johnson & Johnson dan diberikan jenama Lister's Towels menggunakan kain biasa. Tetapi Kotex menggunakan bahan pulpa kayu yang yang dialas dan dibalut dengan kain dan dijual secara komersial pada tahun 1921. Pulpa kayu digunakan kerana ia mudah didapati, murah dan dapat menyerap darah dengan banyak.
.
Namun begitu pasaran tuala wanita yang dijual secara komersial masih lagi terhad dan ramai wanita pada masa dahulu menggunakan kain yang lebih murah, boleh digunakan semula dan lebih murah.
.
Masalah yang timbul dengan penggunaan tuala wanita yang komersial ini ialah bentuknya terlalu besar sehingga setebal 2cm. Ini menyebabkan tuala wanita itu tidak berkesan menampung darah yang diserap kerana darah haid akan keluar dan bocor. Maka pengeluar memperkenalkan bentuk baru yang mempunyai “sayap”dan mengurangkan ketebalan tuala wanita ini dengan menggunakan bahan seperti sphagnum dan polyacrylate iaitu penyerap cecair yang sangat berkesan diperbuat dari industri perhutanan dan petroleum.
.
Sphagnum adalah tumbuhan yang berkebolehan menyerap cecair dengan banyak. Dalam teknologi moden, pulpa dari tumbuhan ia dilunturkan dengan bahan kimia klorin, dengan ini saiz tuala wanita itu tidak menjadi terlalu tebal. Selain itu gel polyacrylate dicampurkan untuk menyerap darah dengan cepat. Polypropylene juga digunakan sebagai pelapis luar pada tuala wanita ini agar ia tidak bocor.
.
Namun begitu terdapat dakwaan oleh badan yang memperjuangkan hak pengguna, yang mengatakan bahawa tuala wanita yang komersial ini, juga diperbuat dari bahan-bahan yang lebih berbahaya.
.
1. Dioksin : Proses pelunturan menggunakan bahan-bahan dioksin adalah lebih berbahaya. Walaupun kandungan bahan ini pada tuala wanita adalah rendah, ia masih berbahaya kerana kesan pengumpulan dioksin pada kulit ( di bahagian kemaluan) dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormone yang tidak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.
.
2. Rayon : Selain daripada shapnum dan kapas, rayon juga merupakan satu lagi polimer sintetik yang ditambah kepada tuala ini untuk meningkatkan keupayaan menyerap darah. Rayon juga mempunyai dioksin di dalamnya.
.
3. Racun perosak dan Racun Rumpai : Racun-racun ini disemburkan dan kekal berada pada tanaman kapas. Antara bahan-bahan yang berbahaya dan diharamkan yang didakwa ditemui dalam tuala wanita ialah octachlorinated dioksin (OCDD), hexachlorodibenzofuran (HxCDF) dan chlorodibenzofuran (OCDF). Ini dikaitkan dengan kesan-kesan seperti ketidaksuburan, gangguan hormon, kerosakan tiroid, diabetes, endometriosis dan kemurungan.
.
Saya secara peribadi tidak yakin bahan-bahan ini boleh memudaratkan kerana setiap pengeluar dan kilang harus mematuhi piawaian pengilangan pada setiap negara.
.
Namun begitu, tuala wanita yang mengandungi bahan-bahan sintetik boleh menyebabkan kawasan kemaluan menjadi lembap kerana ia menghalang peredaran udara di situ sehingga menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria.
.
Menggunakan tuala wanita untuk tempoh yang panjang (melebihi 4 jam) boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria staphylococcus aureus dalam vagina yang menyebabkan pengeluaran toksin beracun ke dalam aliran darah. Bahan toksin ini boleh menyebabkan kejatuhan menyebabkan masalah “Toxic Shock Syndrome”. Tanda-tanda pesakit yang mengalami masalah ini ialah demam, menggigil, pucat, letih, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, pening, dan akhirnya boelh membawa maut.
.
Oleh kerana rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap penggunaan tuala wanita dan mereka kerap menukarkannya, jadi masalah “Toxic Shock Syndrome” ini jarang berlaku. Malah tiada kajian klinikal yang mengesahkan penggunaan tuala wanita ini dengan penyakit-penyakit seperti penyakit radang pelvik, kanser ovari, kerosakan sistem imun, hormon yang tidak stabil, masalah kesuburan, penyakit kencing manis dan penyakit tiroid.

Image may contain: shoes

Bagi wanita yang terlalu bimbang dengan penggunaan tuala wanita moden yang dijual secara komersial, saya mencadangkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada kain. Ia mempunyai ‘sayap”bagi mengelakkan kebocoran pada hari datang darah haid yang banyak.
.
Wallahu a’lam.


Sumber: Dr Zubaidi Ahmad.