AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label APA ITU ANTIOKSIDAN DALAM MADU? | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label APA ITU ANTIOKSIDAN DALAM MADU? | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Thursday 3 November 2016

APA ITU ANTIOKSIDAN DALAM MADU? | Aafiyat Lifestyle

Oleh: Dato Azrul Syahrizan
Sumber: Olive House JDT

Selalu kita baca madu boleh mencegah dan membantu merawat penyakit kerana ia mengandungi *antioksidan* yang Tinggi.

Persoalannya sekarang...apa itu antioksidan?

Enzim ke?
Vitamin ke?

Jika kita mengedarkan madu, kita harus tahu apa itu antioksidan dan faham
bagaimana ia bertindak untuk menangani penyakit.


“Anti” bermaksud lawan/tentang.

“Oksidan” ialah sesuatu yang menyebabkan kehilangannya elektron pada sesuatu molekul yang lain.

Antioksidan merupakan molekul yang mampu melambatkan atau mencegah proses pengoksidaan molekul lain. - wikipedia

Contohnya, apabila kita letak buah epal di udara, lama kelamaan buah epal itu
akan bertukar warna. Satu lagi contoh ialah apabila besi menjadi karat. Ini
adalah proses yang serupa apabila badan kita teroksida. Sel-sel badan kita yang
teroksida boleh menghasilkan radikal bebas (free radical) yang akan menyebabkan mendatangkan penyakit.

Dalam konteks tubuh manusia, molekul yang kehilangan elektron dikenali sebagai radikal bebas. Ia merupakan oksidan yang akan mengambil elektron dari molekul yang sihat dan seterusnya merosakkan sel, tisu, organ dan sistem tubuh.

Antara unsur dan faktor terbentuknya molekul radikal bebas dalam tubuh adalah
pencemaran udara, asap rokok, toksin dan kimia, kurang oksigen, lebihan gula
dan lemak dalam pemakanan. Jika kurang antioksidan dalam badan, sel tubuh akancepat rosak dan menua, dan keadaan ini dikenali sebagai "oxidative stress".


Antioksidan seperti asid fenolik dalam madu gunung akan bertindak memberi
elektron kepada molekul radikal bebas tadi dan meneutralkannya semula, atau sel
itu akan dinyahkan dengan proses tertentu. Apabila molekul mendapat elektronnya kembali, ia akan membentuk sel yang normal dan sihat.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House
#OliveHouse
#OliveHouseBukitMertajam
#AsySyakirinOliveHouse
#AafiyatLifestyle
HOTLINE 013-461 9694
Instagram: asysyakirin_oliveoil