AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday 20 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Anemia Dan Fybroid



Maklum Balas Pelanggan: Anemia Dan Fybroid

*Daripada NOORAILIN BINTI SULAIMAN (019-2570463)

"Setelah mengamalkan secara istiqamah pati Minyak Zaitun, penyakit Anemia semakin berkurangan, semakin bertenaga dan semakin ceria. Fybroid jugak semakin mengecil dan doktor tidak jadi melakukan pembedahan."

Thursday 19 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Luka Tersepit Rim Basikal



Maklum Balas Pelanggan: Anak Umur 3 Tahun Terkepit Sendi Kaki Pada Rim Basikal

*Daripada CHE KU ZAILLAH BINTI CHE KU ABDULLAH (Tiada No. Tel)

"Berlaku waktu malam selepas Isyak, terus sapu minyak zaitun dan keesokannya kelihatan sudah kering pada kesan luka. Tapi masih bengkak. Bila jumpa tukang urut, dia kata luka kering elok, kaki pun tak melarat lagi sakitnya. Setiap malam, sapu ke kaki anak. Dalam 2 ke 3 minggu boleh berjalan seperti biasa cuma tidak boleh hendak berlari lagi. Kini, Alhamdulillah sihat."

Maklum Balas Pelanggan: Anak Sembelit



Maklum Balas Pelanggan: Anak Sembelit

*Daripada AMZARI BIN MOHD ROSLAN (013-9080721)

"Anak saya sejak berumur setahun lebih mengalami masalah sembelit. Kini, umurnya genap 3 tahun. Saya dan isteri mencuba pelbagai jenis susu formula dari yang murah hingga paling mahal. Adakala normal tetapi masih kerap berlaku sembelit hingga anak fobia setiap kali ingin membuang air besar kerana najis agak keras. Saya diperkenalkan dengan produk pati Minyak Zaitun Olive House. Setiap kali membuat susu, saya titiskan 3-4 titis minyak zaitun ke dalam susu. Alhamdulillah kini telah hampir 3 bulan masalah sembelit sudah tiada lagi. Alhamdulillah."

Wednesday 18 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Alergik Pada Kaki & Tidak Boleh Menggunakan Sabun



Maklum Balas Pelanggan: Alergik Pada Kaki & Tidak Boleh Menggunakan Sabun

*Daripada MUHAMMAD FAUZI BIN ABDUL KADIR (019-5588571)

"Peringkat awal pengamalan pati Minyak Zaitun sering sakit dan selepas beberapa hari kulit kaki berubah menjadi lembap dan sihat."

Tuesday 17 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Alahan/Alergik



Maklum Balas Pelanggan: Alahan/Alergik

*Daripada NORAINNA BINTI AZMI (No. Tel Tiada)

"Pada mula-mula mengamalkan pati minyak zaitun(Turki), timbul ruam-ruam kecil, namun saya tetap meneruskannya kerana saya dimaklumi bahawa ini tanda penyembuhan(healing crisis) bukannya kesan sampingan.  Alhamdulillah, sekarang penyakit yang saya alami ini sudah tidak ada lagi, bahkan saya boleh memakan pelbagai makanan yang saya anggap sangat bermasalah pada saya sebelum ini. Saya tidak perlu berpantang lagi, bahkan kulit saya menjadi lembab dan tubuh saya makin bertenaga."

Monday 16 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Alergi Kulit(Resdung) & Ovarian Cyst


Masalah Pengguna: Alergi Kulit(Resdung) & Ovarian Cyst

*Daripada SHARIFFAH SHAFINAR BINTI SYED ZAIN (012-4902861)

"Saya mengalami masalah resdung sudah lama, selalu bersin dan selsema tetapi semasa bulan puasa (Julai) saya kena alergi kulit dan gatal-gatal. Setelah sebulan ambil Pati Mintak Zaitun Olivie Plus 30x, kulit alergi telah sembuh. Walaupun saya makan seafood, gatal-gatal itu tidak naik pada kulit. Bersin pun berkurangan, kiranya masih terkawal. Berkenaan dengan ovarian cyst, saya mendapat tahu ada penyakit ini sejak 2010. Saiz kadang-kadang membesar dan mengecut. Tapi pada 27 Oktober 2014 baru-baru ini pergi scan, cyst saya telah tiada. Alhamdulillah.."

Friday 13 March 2015

Maklum Balas Pelanggan: Kutu Rambut & Gatal Kulit Kepala



Masalah Pelanggan: Alami Kutu Rambut Yang Menyebabkan Kegatalan Yang Ketara Di Kulit Kepala


*Daripada FAIRUZ SAFIYYAH BINTI SHAMSUL KAMAL (013-89123216)

"Alhamdulillah gatal dah kurang dan kutu mudah dikeluarkan setelah mengamalkan pati minyak Zaitun Olive House."


Thursday 12 March 2015

Minyak Zaitun & Sakit Lutut (Dr. Hafizah Amanulla)




Masalah sakit lutut adalah masalah yang sering membelenggu terutamanya golongan veteran dan tidak kurang juga orang muda pada zaman ini dan diterukkan dengan faktor obesiti dan cara hidup sendiri. Dalam kes osteoarthritis misalnya, kemusnahan berterusan berlaku pada struktur sendi menyebabkan proses inflamasi sentiasa berlaku dan menyebabkan kesakitan. Pengambilan pil tahan sakit hanya mampu meredakan rasa sakit buat sementara waktu tanpa sedikit pun merawat punca.



Bagi sakit lutut yang disebabkan kemalangan semasa sukan atau berkenderaan, biasanya punca dikenalpasti dengan memasukkan alat kamera untuk melihat sama ada terdapat serpihan di dalam sendi yang mencetus inflamasi dan serpihan ini akan dikeluarkan semasa proses ini(artroskopi). Bagi mereka yang mengalami masalah obesiti, berat badan hendaklah diturunkan dengan mengamalkan pemakanan semulajadi dan seimbang disamping gaya hidup aktif.



Menurut "free radical theory of ageing", penghasilan radikal bebas yang berterusan dalam aliran darah dan persekitaran sel menyebabkan sel dan DNA sel musnah dan sel-sel yang musnah ini akan sentiasa cuba ditindakkan oleh sel inflamatori. Keadaan ini merupakan suatu kitaran yang tidak putus selagi mana radikal bebas terus dihasilkan dan tiada pertolongan dari bahan yang boleh meneutralkannya. 



Pengambilan minyak zaitun yang merupakan bahan antioksidan yang kuat oleh molekul polyphenolnya terutama hydroxytyrosol sangat membantu menyelesaikan proses inflamasi dengan berkesan dan mencetus tindakbalas pemulihan(healing). Penghasilan radikal bebas pula haruslah dihentikan dengan menghentikan makanan proses, berfikiran positif, berkasih sayang dan mengamalkan cara hidup aktif.



Wednesday 11 March 2015

Minyak Zaitun & Kanser Payudara

Minyak Zaitun & Kanser Payudara
(Dr. Hafizah Amanulla)


Kanser payudara adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga aktiviti menyusukan bayi sehingga 2 tahun merupakan faktor yang dapat melindungi wanita dari kanser ini. Minyak zaitun extra virgin telah dikaji sebagai suatu bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Jurnal BioMed Central yang diketuai oleh Javier A. Menendez, PhD, dari Catalan Institute of Oncology di Girona, Spain mendapati bahawa komponen secoiridoids dan lignans di dalamnya telah dikaji berupaya membunuh sel-sel kanser yang mempunyai reseptor Her-2, iaitu reseptor yang diekspresikan pada sesetengah sel kanser payudara. Apa yang paling penting adalah minyak zaitun tersebut haruslah dari perahan sejuk dan tidak ditapis agar kandungan komponen fitokimianya sentiasa wujud dan tidak dirosakkan oleh pemprosesan haba dan penapisan.


Walaupun kebanyakan doktor ortodoks Amerika meragui penemuan ini kerana bagi mereka untuk sel-sel kanser yang tidak mempunyai reseptor Her-2, ianya tidak akan berkesan, namun bagi saya komponen-komponen lain yang hebat di dalam minyak zaitun seperti polyphenol nya yang bersaiz kecil tetap menguatkan sistem imun dan sistem imun yang kuat akan menggerakkan homeostasis tubuh untuk melawan sel asing(kanser). Lagipun sel kanser bertumbuh di dalam badan seseorang yang berimuniti rendah dan tidak mampu bertindakbalas dengan ancaman sekitaran. Sebuah kajian klinikal yang diketuai oleh seorang pakar onkologi, Dr Tejal Patel, sedang dijalankan di Houston Methodist Cancer Centre, Amerika Syarikat. Dalam kajian ini mereka mengkaji kesan pengambilan hydroxytyrosol terhadap tahap densiti payudara pada rajah mamografi. Selama ini diketahui bahawa tahap densiti payudara yang tinggi memberi risiko yang lebih untuk mendapat kanser payudara. Melalui kajian preliminari yang telah dilakukan, mereka mendapati pengambilan hydroxytyrosol(dalam minyak zaitun) mengurangkan tahap densiti payudara.



Sementara itu di Sepanyol, sebuah universiti di Bercelona sudah selesai menjalankan kajian yang menunjukkan penggunaan minyak zaitun dapat merencat aktiviti oncogene p21Ras yang memainkan peranan dalam kanser payudara, menggalakkan kemusnahan sel tumor dan melindungi DNA sel dari musnah. Penemuan-penemuan ini sudah cukup membuktikan yang pengambilan minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser payudara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat.




Monday 9 March 2015

Minyak Zaitun & Diabetes | Aafiyat Lifestyle

Minyak Zaitun & Diabetes
(Dr. Hafizah Amanulla)




Penyakit diabetes atau disebut kencing manis adalah penyakit yang sangat tinggi jumlahnya di Malaysia terutama dalam masyarakat melayu. Disebabkan paras gula yang terlampau tinggi di dalam darah dan tidak dapat diangkut ke dalam sel disebabkan hilangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula terpaksa ditapis keluar melalui buah pinggang lalu akan didapati kehadiran molekul gula dalam air kencing.



Antara puncanya adalah pengambilan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan paras gula naik mendadak apabila dimakan. Dek kerana telah selalu dirangsang oleh paras gula yang tinggi, reseptor insulin yang berada di sel bertambah. Lama-kelamaan, reseptor menjadi resistan kepada insulin dan rembesan insulin akan terganggu dan akhirnya sel beta pankreas akan kurang keupayaan merembeskan insulin. Selain dari faktor makanan tinggi indeks glisemik, kerosakan keseimbangan mukosa usus juga menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah selepas makan.


Sepatutnya usus yang sihat mempunyai sistem imun mukosa yang boleh mengawal penyerapan makanan dan menyeimbangkan kandungan nutrien-nutrien yang diserap. Pengambilan minyak zaitun dalam masalah kencing manis ini haruslah juga disertai dengan amalan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang aktif. Minyak zaitun membaiki saluran dinding usus yang terdiri daripada vilus-vilus halus. Bila pencernaan sempurna, insya Allah tahap kenaikan gula boleh dikawal. Minyak zaitun juga mengurangkan kerentanan reseptor terhadap insulin (insulin resistant) dan ini menyebabkan pengangkutan gula ke dalam sel boleh berlaku dan mengurangkan paras gula dalam darah. Minyak barakah(Minyak Zaitun) ini juga dapat mengurangkan kebuncitan yang disebabkan bertambahnya lemak visceral iaitu lemak yang melapisi usus-usus di abdomen.


Kebuncitan dikaitkan dengan risiko kawalan diabetes yang teruk dan risiko terjadinya komplikasi kardiovaskular akibat sindrom metabolik. Disebabkan itu, body mass index (BMI) bukan lagi menjadi ukuran penentu dalam mengenalpasti risiko tetapi doktor kini menggunakan nisbah ukuran pinggang dan paha(waist hip ratio) di mana nisbah melebihi 0.9 pada lelaki dan lebih dari 0.8 pada wanita menunjukkan risiko yang lebih tinggi.


Minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu telah menyebabkan ianya boleh membesarkan dan membersihkan tubuh kita dari lemak yang tidak elok seperti lemak trans. Lemak trans menyebabkan pembentukan atherosclerosis dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung. Serangan jantung pada pesakit diabetes biasanya berlaku secara senyap atau dipanggil "silent myocardial infarction" di mana pesakit tidak merasa sakit di dada tetapi hanya terdapat simptom berdebar-debar, loya atau kembung perut sahaja.


OLIVIE PLUS 30X RM119.90

MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN RM44.90

SARI CUKA TEEN RM24.90


HOTLINE 013-4619694

Minyak Zaitun & Hyperkolestrolemia

Minyak Zaitun & Hyperkolestrolemia
(Dr. Hafizah Amanulla)



Hiperkolesterolemia adalah keadaan di mana paras kolesterol tinggi di dalam darah. Paras kolesterol yang tinggi dikaitkan dengan serangan jantung mengejut dan juga terjadinya masalah darah tinggi dan menerukkan kencing manis. Namun bukanlah kolesterol sebagai penyebab masalah-masalah tersebut. Kolesterol merupakan suatu nutrisi penting dalam tubuh yang membentuk komponen dinding sel dan juga digunakan sebagai bahan asas untuk tubuh menjalankan sintesis hormon terutamanya hormon seks.


Fungsi kolesterol sebenarnya, ramai yang tidak tahu adalah ianya juga merupakan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ini menunjukkan terdapat banyak inflamasi dalam sistem tubuhnya dan tingginya kadar oksidasi sel akibat penghasilan radikal bebas, yang mana keadaan ini memaksa tubuh menghasilkan kolesterol yang banyak. Radikal bebas yang tinggi juga turut mengoksidakan molekul kolesterol ini dan menyebabkan peningkatan low density lipoprotein(LDL- kolesterol jahat yang telah teroksida) dan seterusnya menggalakkan pembentukan plak sumbatan pada dinding salur darah.


Pati minyak zaitun "extra virgin" mempunyai kadar polyphenol yang tinggi dan berkesan untuk menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas. Apabila kurangnya kadar inflamasi dalam salur darah, maka paras kolesterol akan kembali kepada paras normal. Menurut kajian pengambilan minyak zaitun ini yang terdiri daripada asid lemak monotaktepu menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) tanpa meningkatkan paras trigliserida. Jadi, sekiranya anda dibelenggu masalah tinggi kolesterol, adalah lebih baik anda mengamalkan minyak zaitun "extra virgin" dan lihat sendiri hasilnya. Namun, perlu diingat, pengambilan asid lemak trans haruslah dihentikan dari dalam pemakanan seharian untuk kesan yang berkekalan.





Friday 6 March 2015

Minyak Zaitun & Darah Tinggi

Minyak Zaitun & Darah Tinggi
(Dr. Hafizah Amanulla)


Darah tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam dua bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan. Namun apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon tindakbalas biasa. Cuma, apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan stroke.


Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan, maka aliran darah menjadi lancar dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku. Lama-kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup. Namun, bagi kes darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumor di buah pinggang, masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis atau atriovenous malformation). Bagi kes-kes sebegini, ada rawatan khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan tambahan.


Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, Naples, Italy, yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit. Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari. Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun. Ada juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan mengamalkan minyak zaitun "extra-virgin". Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan komputer dan "gadget" yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.





Monday 2 March 2015

Minyak Zaitun & Ekzema

Minyak Zaitun & Ekzema
(Dr. Hafizah Amanulla)


Ekzema adalah keadaan di mana kulit mencetuskan respon inflamasi yang teruk dan kronik akibat reaksi alergi dengan bahan-bahan tertentu. Keadaan kulit yang kering, merah dan gatal menyebabkan ianya sangat menyiksakan. Menggaru kesan ekzema juga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan bakteria lalu mencetuskan pembentukan nanah.


Kandungan sqalene dan oleocanthal dalam minyak zaitun yang bersifat anti-inflamatori atau anti radang akan dapat mengurangkan lesi ekzema pada kulit apabila disapu secara terus. Minyak zaitun juga kaya dengan vitamin E yang secara universalnya adalah bahan nutrisi penting untuk kulit.
 
Penggunaan sabun dan shampoo komersil harus dielakkan lebih-lebih lagi yang bersifat antibakteria sintetik kerana bahan ini mengganggu keseimbangan bacteria baik pada kulit. Keseimbangan bacteria baik adalah sangat penting untuk kekuatan sistem imun secara keseluruhan.


Dari segi pemakanan, amalkan minyak zaitun bersama salad atau hidangan yang ingin dimakan atau boleh ambil begitu sahaja. Elakkan makanan proses dan jika berkemampuan, haruslah mendapat sinaran cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 20 minit sehari bagi membantu kesembuhan kulit.