AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 12 March 2015

Minyak Zaitun & Sakit Lutut (Dr. Hafizah Amanulla)




Masalah sakit lutut adalah masalah yang sering membelenggu terutamanya golongan veteran dan tidak kurang juga orang muda pada zaman ini dan diterukkan dengan faktor obesiti dan cara hidup sendiri. Dalam kes osteoarthritis misalnya, kemusnahan berterusan berlaku pada struktur sendi menyebabkan proses inflamasi sentiasa berlaku dan menyebabkan kesakitan. Pengambilan pil tahan sakit hanya mampu meredakan rasa sakit buat sementara waktu tanpa sedikit pun merawat punca.



Bagi sakit lutut yang disebabkan kemalangan semasa sukan atau berkenderaan, biasanya punca dikenalpasti dengan memasukkan alat kamera untuk melihat sama ada terdapat serpihan di dalam sendi yang mencetus inflamasi dan serpihan ini akan dikeluarkan semasa proses ini(artroskopi). Bagi mereka yang mengalami masalah obesiti, berat badan hendaklah diturunkan dengan mengamalkan pemakanan semulajadi dan seimbang disamping gaya hidup aktif.



Menurut "free radical theory of ageing", penghasilan radikal bebas yang berterusan dalam aliran darah dan persekitaran sel menyebabkan sel dan DNA sel musnah dan sel-sel yang musnah ini akan sentiasa cuba ditindakkan oleh sel inflamatori. Keadaan ini merupakan suatu kitaran yang tidak putus selagi mana radikal bebas terus dihasilkan dan tiada pertolongan dari bahan yang boleh meneutralkannya. 



Pengambilan minyak zaitun yang merupakan bahan antioksidan yang kuat oleh molekul polyphenolnya terutama hydroxytyrosol sangat membantu menyelesaikan proses inflamasi dengan berkesan dan mencetus tindakbalas pemulihan(healing). Penghasilan radikal bebas pula haruslah dihentikan dengan menghentikan makanan proses, berfikiran positif, berkasih sayang dan mengamalkan cara hidup aktif.



No comments:

Post a Comment