Minyak Zaitun & Ekzema
(Dr. Hafizah Amanulla)
Penggunaan sabun dan shampoo komersil harus dielakkan lebih-lebih lagi yang bersifat antibakteria sintetik kerana bahan ini mengganggu keseimbangan bacteria baik pada kulit. Keseimbangan bacteria baik adalah sangat penting untuk kekuatan sistem imun secara keseluruhan.
Ekzema adalah keadaan di mana kulit mencetuskan respon inflamasi yang teruk dan kronik akibat reaksi alergi dengan bahan-bahan tertentu. Keadaan kulit yang kering, merah dan gatal menyebabkan ianya sangat menyiksakan. Menggaru kesan ekzema juga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan pendarahan dan jangkitan bakteria lalu mencetuskan pembentukan nanah.
Kandungan sqalene dan oleocanthal dalam minyak zaitun yang bersifat anti-inflamatori atau anti radang akan dapat mengurangkan lesi ekzema pada kulit apabila disapu secara terus. Minyak zaitun juga kaya dengan vitamin E yang secara universalnya adalah bahan nutrisi penting untuk kulit.
Penggunaan sabun dan shampoo komersil harus dielakkan lebih-lebih lagi yang bersifat antibakteria sintetik kerana bahan ini mengganggu keseimbangan bacteria baik pada kulit. Keseimbangan bacteria baik adalah sangat penting untuk kekuatan sistem imun secara keseluruhan.
Dari segi pemakanan, amalkan minyak zaitun bersama salad atau hidangan yang ingin dimakan atau boleh ambil begitu sahaja. Elakkan makanan proses dan jika berkemampuan, haruslah mendapat sinaran cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 20 minit sehari bagi membantu kesembuhan kulit.
No comments:
Post a Comment