AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Detoxification / Detoksifikasi |Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label Detoxification / Detoksifikasi |Aafiyat Olive House. Show all posts

Saturday 26 December 2020

Detoxification / Detoksifikasi |Aafiyat Olive House


 Detoxification’ / Detoksifikasi ialah proses pengeluaran bakteria merbahaya, bahan kimia (daripada Alatan Mandian, Alatan Make Up dan Penjagaan Diri lain), bahan pengawet dalam makanan, bahan pencemaran, logam berat juga sisa akhir ubat-ubatan daripada tubuh badan yang berlaku secara semulajadi melalui :

- Kulit

- Paru-Paru

- Usus

- Buah Pinggang 

- Hati

Detoksifikasi Ini banyak percanggahan pendapat Daripada Pelbagai Bidang pengajian.

Untuk Bidang Nutrition, Kita menggalakkan usaha lakukan Detoksifikasi Ini dan Boleh guna kan beberapa pendekatan :

1. Tidur yang ideal pada Waktu Malam (Tidak semestinya 8 Jam, Hakikatnya 4 Jam Sudah memadai dan bangun Ketika sepertiga Malam Untuk Ibadah Sunat bagi Yang beragama Islam. Itu Terapi kesihatan yang sangat Baik & telah Cuba dilakukan Oleh beberapa Hospital Di luar Negara). Elakkan Tidur lewat Daripada Jam 12 Malam.

2. Pengurusan Emosi Yang Baik

3. Luangkan masa Untuk Aktiviti Mengeluarkan Peluh (Setiap Hari).

4. Pemakanan Harian yang membantu kelancaran Detoksifikasi.

Disarankan :

• mengurangkan Pengambilan Makanan Jenis Berdaging 

• mengurangkan Pengambilan Minuman Caffeine 

• Kerapkan Pengambilan Air Masak / Putih

• Pengambilan Lemak Sihat seperti Minyak Zaitun akan bantu ‘melancarkan’ pengeluaran toksin.

Minyak Habbatussauda juga Boleh diambil.

• Medium seperti Cuka Buah Asli akan bantu memecahkan / melembutkan toksin Yang Mengeras (seperti Batu Hempedu) dan berperanan ‘flush out’ kotoran tersebut Daripada Tubuh Badan Melalui Usus & Buah Pinggang.

• Nutrien seperti Vitamin & Mineral akan melengkapkan lagi tahap kesihatan.

• Makanan Daripada Kategori Rempah Ratus seperti Kayu Manis akan Meningkatkan Metabolisma Tubuh Badan dan menggalakkan Proses Pencernaan berlaku dengan lebih cekap.