AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday 30 September 2016

ANDA SUKAR TIDUR? MAKANLAH PISANG.. | Aafiyat Lifestyle


KEPADA YANG SUKAR TIDUR MALAM..
Ini rawatan untuk anda.. CUBALAH DULU!!!
PISANG?
Kenapa PISANG? Ini kerana pisang kaya dengan Tryptophan yang mampu membantu gejala INSOMNIA iaitu kesukaran tidur...

TAHUKAH ANDA! JUS NENAS MAMPU MEMBANTU MELEGAKAN BATUK ANDA | Aafiyat Lifestyle


Jus Nenas berkesan 500% kali ganda untuk mereka yang batuk berbanding ubat batuk.

CUBALAH AMALKAN BERMULA SEKARANG!

‘Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House’



*HOTLINE 013-461 9694*
Instagram: asysyakirin_olivehouse

Thursday 29 September 2016

RAIKAN HARI JANTUNG SEDUNIA BERSAMA OLIVE HOUSE | Aafiyat Lifestyle


SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA 29 SEPTEMBER 2016

RAIKAN HARI JANTUNG SEDUNIA BERSAMA OLIVE HOUSE!!

SELFIE bersama mana-mana produk Olive House dengan tema ‘Sayangi Jantung Anda’

Selfie paling kreatif akan memenangi hadiah menarik dari Olive House!!

WHATSAPP SELFIE ANDA KE 013-5000 157 / 013-5200 157
SEBELUM 12 tengahari 30 SEPT 2016

Terbuka kepada semua PELANGGAN Olive House sahaja!!!
Pemenang yang bertuah akan dihubungi segera!!!


‘Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House’

HOTLINE OLIVE HOUSE : 013-5000 157 013-5200 157

Wednesday 28 September 2016

WORLD HEART DAY 2016 'SAYANGI JANTUNG ANDA' | Aafiyat Lifestyle

PERADUAN SEMPENA HARI JANTUNG SEDUNIA ESOK!:📸:calli

RAIKAN HARI JANTUNG SEDUNIA ESOK BERSAMA OLIVE HOUSE!!
:heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::h

SELFIE bersama Produk OLIVE HOUSE bertemakan ‘SAYANGI JANTUNG ANDA’!!


3 Selfie paling kreatif akan memenangi hadiah menarik dari Olive House!!


WHATSAPP SELFIE ANDA KE
013-5200 157/013-5000 157


MASA DAN TARIKH TUTUP: SEBELUM
12 TENGAHARI 30 SEPT 2016


Terbuka kepada semua pelanggan Olive House sahaja!

Pemenang yang bertuah akan dihubungi!!


_‘Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House'_

houseofquranicfoods.blogspot.com

Tuesday 27 September 2016

Slot Assalamu'alaikum di TV AlHijrah | Aafiyat Lifestyle



SAKSIKAN RAKAMAN LEPAS!

Slot Assalamu'alaikum di TV AlHijrah, 24-Sept-2016 : Aafiyat Lifestyle bersama produk berkualiti tinggi dari OLIVE HOUSE

Perkongsian ILMU yang sangat menarik!

houseofquranicfoods.blogspot.com
www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil

*HOTLINE 013-461 9694*
Instagram: asysyakirin_olivehouse

RAHSIA CEYLON CINNAMON & MADU GUNUNG KYRGYZSTAN



Nak tau tak apa RAHSIA BESAR yang company ubat sembunyikan?
.
Formula hebat yang boleh membantu merawat hampir semua jenis penyakit?
.
Hidup sihat tanpa ubat?
.
.
INILAH!! Hanya KAYU MANIS dan MADU. Kajian Sains buktikan yang campuran kayu manis dan madu boleh sembuhkan hampir semua jenis penyakit. Kajian juga tunjukkan yang kayu manis ini ada yang asli, ada yang tiruan. Yang asli dan terkenal sebagai UBAT AJAIB adalah KAYU MANIS CEYLON CINNAMON(KMCC). Orang barat panggil 'true cinnamon'. KMCC ini digunakan dengan meluas untuk tujuan perubatan sebab kadar coumarin nya (bahan kimia semulajadi) amat rendah iaitu 0.017gm/kg berbanding dengan kayu manis cassia; 0.31-6.97gm/kg
.
.
[AMARAN] Pengambilan coumarin yang berlebihan boleh meningkatkan risiko KEROSAKAN HATI !!
.
.
"ALAMAK!! KAYU MANIS BIASA YANG KAT DAPUR TU KENA BUANG KE?"
.
.
Sabar!
Sabar..
Baca dulu sampai habis..
.
.
Untuk masak masak takpe.. Tak bahaya pun sbb kita mkn sikit jek.Tapiiii.. kalau nak berubat, kita mkn kayu manis tu lebih dari kadar biasa. Satu hari 1 sudu teh. Tu yg bahaya! Batu pun kalau hari hari kena air menitis boleh lekuk.. Ini hati kita beb!
.
.
"WAH!! BAHAYA UTK JANGKA PJG NI!! TAPI CUBA CITER DULU KHASIAT KAYU MANIS NGAN MADU"
.
.
================
Antara penyakit yang boleh dirawat dengan Kayu Manis & Madu
=================

1. Penyakit Jantung
Sapu madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan. Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung. Bagi yang pernah diserang serangan jantung, amalan ini boleh menjauhkan pesakit dari serangan seterusnya. Ia juga memperbetulkan sistem pernafasan dan menguatkan jantung.

2. Radang sendi (arthritis)
Campur 2 sudu teh madu dan satu sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 cawan air. Minum setiap pagi secara tetap setiap hari. Kajian yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mendapati bahawa dari 73 dari 200 pesakit arthritis yang diberikan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan, hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

3. Jangkitan Pundi Kencing
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi kencing.

4. Kolesterol
Campuran dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis didalam 16 auns air teh telah menurunkan 10% kandungan kolesterol di dlm badan pesakit dalam masa 2 jam. Pengambilan sebanyak 3 kali sehari pula boleh menyembuhkan penyakit kolesterol tahap kronik.

4. Selesema
Ambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk, demam dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

4. Perut Bermasalah
Bancuh 1 sudu madu dan 1 sudu teh Kayu manis di dalam 1 gelas air suam. Minum bila perlu.

5. Kembung (gas)
Kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

6. Imun Sistem
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria.

7. Tak Hadam
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

8. Influenza
Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu dan kayu manis mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

9. Memanjangkan jangka hayat(umur) dengan izin Allah
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis, bila diambil secara tetap boleh mengelakkan kerosakan sel sel tubuh disebabkan bertambahnya usia. Ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 gelas air panas untuk membuat teh. Bila suam, masukkan 4 sudu teh madu. Minum 1/4 gelas, 4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - InsyaAllah , umur kita akan panjang)

10. Jerawat
Ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis.Jadikan seperti pes. Sapukan pes ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya ketika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

11. Jangkitan Kulit
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan, akan menyembuhkan ekzema, dan semua jenis jangkitan kulit.

12. Hilangkan Berat Badan
Bancuh 1 sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 gelas air panas. Bila air menjadi suam, campur 1 sudu madu. Minum sekurang kurangnya 30min sebelum sarapan pagi ketika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur. Jika minum secara tetap, ia tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

13. Lemah
Amalan mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama menjadikan kita lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini mengatakan bahawa separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

14. Sukar Bernafas
Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

15. Kurang @ hilang pendengaran
Madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

16. Ulser
Amalkan minum 1 sudu madu dan sejemput serbuk kayu manis, minum 30min sebelum makan. Ramuan ini akan mengurangkan keasidan dan merawat ulser.

17. Rawatan kesuburan
Selama berabad-abad, wanita di China, Jepun dan negara timur tengah yg belum hamil dan mempunyai masalah rahim yg lemah mengamalkan resepi ini; ambil sejemput serbuk kayu manis dan setengah sudu madu. Sapukan digusi sekerap yg boleh dalam sehari. Secara perlahan-lahan ia bercampur dengan air liur dan masuk ke dalam tubuh.

Selain itu, pengambilan kayu manis sahaja secara persendirian juga mempunyai khasiat-khasiat tersendiri;

1. Awet Muda & memberi tenaga
Kunyah stick kayu manis seperti gula-gula setiap hari, sekurang-kurangnya 1cm.

2. Kencing manis
Rendam batang kayu manis di dalam air panas dan minum setelah suam. Boleh juga amalkan menabur 1sdt Serbuk Kayu manis ke atas makanan @ minuman setiap hari. Kajian mendapati amalan makan kayu manis amat berkesan menurunkan kadar gula bagi pengidap diabetes tahap 2.

3. Insomnia (sukar tidur malam)
Campuran 1 sudu teh kayu manis didalam segelas susu dan di minum sebelum tidur akan telah membantu ramai pesakit insomnia menangani masalah mereka.

4. PMS (premenstrual syndrome)
Rendam sebatang Kayu manis didalam segelas air panas, dan minum bila perlu. Kayu manis mengandungi calcium, fiber, iron, dan magnesium yang membantu melegakan kekejangan perut.
.
.
"Bagaimana nak kenal Kayu Manis Ceylon Cinnamon?"
.
Mudah je! Ciri-ciri Kayu Manis Ceylon adalah seperti berikut;
- bergulung nipis seperti kertas
- berwarna coklat (bukan coklat kemerahan)
- bau yang lembut dan tak berempah
- mudah dipatahkan
.
.
Ok. Sekarang dah tau khasiat KMCC ni kan? Macam mana nak order?
>> WHATSAPP 013-461 9694
>> WHATSAPP 013-461 9694
>> WHATSAPP 013-461 9694
.
.
LIKE, SHARE & TAG rakan rakan jika anda rasa post ini boleh membantu anda dan mereka!


Sumber: Casadiab Kayu Manis Ceylon
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Monday 26 September 2016

Apa Yang Masyarakat TIDAK DIBERITAHU?


Apa yang masyarakat tahu:
Masyarakat digalakkan makan pelbagai makanan bijirin yang terdapat di pasaran kerana bijirin adalah sumber khasiat semulajadi yang baik untuk tubuh. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan makanan bijirin yang terjual di pasaran terutama jenama popular kebanyakannya terdiri dari bijirin dari benih yang dihasilkan melalui teknologi kejuruteraan genetik (GMO) dan ia bukan makanan yang asli. 

Apa yang masyarakat tahu:
Farmasi menyediakan pelbagai jenis ubat-ubat dadah over-the-counter dimana ia boleh didapati oleh sesiapa saja yang tidak mahu berjumpa doktor atau mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Pelbagai jenis ubat-ubat dadah yang diambil bersama tanpa pemerhatian doktor atau pakar kesihatan boleh menimbulkan kesan interaksi di antara mereka membuatkan pemakan mendapat kesan sampingan yang serius dan boleh membawa maut

Apa yang masyarakat tahu:
Dengan makan junk food, kononnya mereka dapat menikmati makanan yang 'sedap' disamping boleh mengurangkan pengambilan makanan tinggi lemak seperti daging dan menurunkan berat badan. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Makanan junk food tinggi kalori dan garam boleh mengakibatkan obesiti - iaitu berat badan semakin bertambah dan kandungan garam yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah.

Apa yang masyarakat tahu:
Jus buah-buahan mengandungi jus buah sebenar dan lebih terang warnanya lebih banyak kandungan jus buah sebenar di dalamnya.
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan jus buah-buahan di pasaran hampir tidak mengandungi perahan buah-buahan sebenar sebaliknya menggunakan pewarna, perisa tiruan, gula dan pengawet. 

Apa yang masyarakat tahu:
Minuman tenaga membekalkan tenaga untuk melakukan pekerjaan seharian baik untuk mereka yang kerja berat atau kerja-kerja pejabat. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Minuman tenaga sebenarnya hanya sesuai untuk ahli sukan sebagai menggantikan semula apa yang telah digunakan semasa bersukan iaitu kehilangan banyak air, elektrolit dan tenaga. Air untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, elektrolit untuk menggantikan garam yang telah hilang melalui peluh dan gula untuk memberi tenaga setelah keletihan. Mereka yang tidak melakukan aktiviti sepenuh tenaga tidak perlukan minuman tenaga. 

Apa yang masyarakat tahu:
Sarapan bijirin adalah baik dan menyihatkan. 
Apa yang masyarakat tidak tahu:
Kebanyakan bijirin sarapan yang diproses (jenama popular) adalah tidak menyihatkan. Ia sarat dengan gula dan karbohidrat ditapis. Pengeluar menambah vitamin sintetik dan meletakkan sejumlah kecil bijirin di dalam campuran, dan memasarkan produk mereka sebagai sihat.


Jangan mudah terpedaya dengan label "rendah lemak", "bebas lemak", "gandum penuh" dan lain-lain. Semak senarai bahan pada bungkusan produk, ia biasanya sarat dengan gula.Memulakan hari dengan bijirin tinggi gula hanya akan menyebabkan anda kelaparan di penghujung hari.



Sumber: TSM

Friday 23 September 2016

KHASIAT BUAH-BUAHAN | Aafiyat Lifestyle

KHASIAT BUAH TIADA TANDINGAN!

Admin kongsikan khasiat buah dan kebaikannya untuk manusia. Subhanallah!

HOTLINE 013-461 9694











Thursday 22 September 2016

HOME REMEDIES MEMBANTU MASALAH DISFUNGSI SEKSUAL | Aafiyat Lifestyle


Rendam sebiji Buah Teen Separa Segar semalaman di dalam Pati Minyak Zaitun Extra Virgin atau Olivie Plus 30x dan makan keesokannya. Amalkan setiap hari!!!

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House

HOTLINE OLIVE HOUSE : 013-461 9694 / 013-407 9445


Instagram: asysyakirin_olivehouse

Wednesday 21 September 2016

MASYARAKAT WAJIB HADAM INI | Aafiyat Lifestyle

Rantaian penyebab penyakit kronik harus bermula dgn mengelakkan berat bahan berlebihan.

Sumber: Public Health Malaysia

Monday 19 September 2016

PROMOSI PRODUK OLIVE HOUSE | SEPTEMBER 2016

PROMOSI SWEET SEPTEMBER


Pembelian DUA BOTOL Olivie 30x Plus dengan harga RM239.80 melayakkan anda mendapat diskaun 15% sama ada Sari Cuka Teen ATAU Jus Delima 200ml.

Harga selepas diskaun: 

SARI CUKA TEEN
RM 21.20 

JUS DELIMA 200ml
RM 20.30

Dapatkan segera! Tawaran sah sehingga 30hb September 2016 ini sahaja

HOTLINE 013-461 9694


BAHAYA MINUMAN 3 IN 1 | Tamatkan Konspirasi Gula


Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat SEDIKIT.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi GULA yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof.Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.


Sumber: FB PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Thursday 15 September 2016

TIDAK BOLEH KAWAL SELERA MAKAN?

Tahukah Anda Cuka Buah mengandungi ASID ASETIK yang dapat mengawal selera makan anda dan secara tidak langsung dapat menurunkan berat badan.

Cubalah Hari ini!! Cuka Buah Teen Olive House

HOTLINE OLIVE HOUSE Bukit Mertajam
013-461 9694
013-407 9445

Wednesday 14 September 2016

Masalah Sumbing Atau Klef


Soalan Dari Pelanggan (Masalah Sumbing Atau Klef):

Assalamu’alaikum doktor. Soalan saya, bagaimanakah kaedah atau rawatan terbaik untuk memastikan masalah sumbing atau klef ini? Ia rekahan atau celahan pada struktur bibir atau lelangit yang kebiasaannya terjadi pada bayi atau kanak-kanak. Apakah punca terjadi masalah ini juga doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah sumbing bibir dan lelangit berlaku akibat kegagalan persambungan lelangit kiri dan kanan semasa di dalam kandungan. Tiada punca khusus bagi masalah tersebut. Kebiasaannya, kanak-kanak ini akan mengalami masalah penelanan makanan dan pendengaran kerana air akan naik ke bahagian hidung dan telinga. Oleh itu rawatan perlu di mulakan seawal mungkin dengan merujuk kepada pakar bedah plastik dan pakar ENT supaya pembedahan dapat di lakukan bagi membetulkan semula masalah sumbing ini secara berperingkat bermula seawal 6 bulan bagi sumbing bibir dan 2 tahun bagi sumbing lelangit.

Sumber: Olive House Medic & Business.


Marilah Mengamalkan Gaya Hidup Aafiyat Bersama Olive House
#AafiyatLifestyle #OliveHouse
houseofquranicfoods.blogspot.com
*HOTLINE 013-461 9694*