Assalamu'alaikum doktor Salman. Anak saya telah disahkan positif H1N1 iaitu penyakit bawaan virus Influenza A(H1N1) di mana ia sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Saya telah pergi berjumpa doktor dan doktor ada cakap jangkitan ini berlaku di sekolah mungkin atau di tempat-tempat luar. Tetapi, saya tersedar anak saya mengalami batuk tidak baik-baik lagi sampai petang kelmarin. Apabila membuat pemeriksaan hingus, anak saya disahkan positif H1N1. Sebelum anak saya mula batuk ini, anak saya demam turun naik dan yang terbaru, batuk dia telah jadi teruk tidak henti-henti batuk itu. Rupanya juga, bronkitis dia telah diserang virus tersebut. Bagaimanakah rawatan untuk masalah ini doktor? Bolehkah pengamalan Quranic Food dapat membantu? Terima kasih.
Jawapan Doktor Salman:
H1N1 ialah jenis virus influenza A yang boleh menjangkiti sel di saluran pernafasan seterusnya menyebabkan simptom seperti selsema yang jika merebak akan menyebabkan kegagalan sistem pernafasan. Masalah bagi penyakit yang berpunca dari virus ini ialah tiada rawatan khusus dan ubatan antivirus (seperti oseltamivir dan zanamivir)yang dilakukan percubaan menunjukkan rintangan dan tiada hasil yang positif.
Maka langkah terbaik adalah mengelakkan dari pergi ke negara yang mengalami penularan virus H1N1 ini seperti Amerika Utara dan jika mengalami tanda-tanda awal seperti selsema yang tidak sembuh dengan ubatan biasa, perlu terus merujuk kepada hospital yang mempunyai kepakaran Respiratori.
No comments:
Post a Comment