AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label MAKANAN BERNUTRISI KEPADA ANAK-ANAK ADALAH AMANAH & TANGGUNGJAWAB KITA!. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN BERNUTRISI KEPADA ANAK-ANAK ADALAH AMANAH & TANGGUNGJAWAB KITA!. Show all posts

Wednesday, 7 September 2016

MAKANAN BERNUTRISI KEPADA ANAK-ANAK ADALAH AMANAH & TANGGUNGJAWAB KITA!


Memberikan makanan yang bernutrisi kepada anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab. Ia merupakan sebahagian amanah dan tanggungjawab kita apabila kita dikurniakan cahaya mata. Selain memberikan nama yang baik pada anak-anak kita, memastikan mereka mendapat ilmu yang secukupnya, kita juga perlu menjalankan amanah untuk memastikan mereka diberikan makanan yang halal dan bernutrisi.

Setiap amanah dan tanggungjawab selalunya mempunyai cabaran tersendiri. Cabaran pertama adalah datangnya dari diri kita sendiri. Ramai ibu bapa yang tidak mempunyai informasi yang betul mengenai pemakanan. Jadi mereka tidak mempunyai perasaan bersalah apabila memberikan kek, donat, air berkarbonat dan makanan segera yang lain kepada anak-anak mereka.

Mereka menyangka makanan yang banyak ‘refined carbohydrate’ atau ‘karbo ringkas’ adalah makanan yang baik dan selamat pada anak mereka. Pada hal banyak kajian menunjukkan pemberian makanan berasaskan ‘karbohidrate ringkas’ ini dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan anak-anak kita mengalami masalah kegemukan, lembam dalam pembelajaran, dan menjadi aktif secara keterlaluan (hyperactive). Ia juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit diabetes, penyakit tekanan darah tinggi, kanser, sakit jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain dalam masa 10-15 tahun.

Oleh itu tidak hairanlah, melalui pengalaman klinikal, ada di kalangan pesakit saya yang mempunyai tekanan darah tinggi atau kandungan gula yang tinggi, pada hal baru berusia pertengahan 20an dan berbadan kurus. Ramai juga kanak-kanak lelaki yang berbadan obese sehingga sukar untuk dikhatankan.

Antara punca yang menyebabkan semakin banyak penyakit kronik ini di kalangan orang muda adalah disebabkan oleh pemakanan yang mereka amalkan semenjak peringkat kanak-kanak lagi.