AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Wednesday 10 October 2018

BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle


BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle
Soalan Dari Pelanggan 

Soalan 1: Minyak zaitun boleh penawar untuk keracunan makanan tak?

Soalan 2: Untuk pengidap ulser dan radang usus, bolehkah minum cuka teen dan bagaimana caranya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Jawapan 1:
MZ memang boleh digunakan utk food poisoning kerana ia akan membantu melindungi lapisan usus dan kawal dari toksin daripada memasuki salur darah cuma cirit tidaklah akan berhenti terus kerana dalam kes food poisoning, racun-racun harus dikeluarkan dari usus. Jadi, MZ menolong proses ini berlaku dengan berkesan. Banyakkan minum air dan boleh campur cuka teen sikit-sikit dalam air minuman bagi menggantikan elektrolit yang hilang. Boleh kemam gula merah dan garam bukit/laut. Ini membekalkan glukosa dan elektrolit untuk tenaga tanpa membebankan perut.

Jawapan 2: 
Bagi kes ulser dan radang perut, boleh diambil cuka teen. Pengambilan haruslah selepas makan. Dos dimulai dengan 1 sudu kecil dalam 200mg air. MZ juga harus diambil ketika perut kosong. Amalkan sunnah makan Rasulullah S.A.W. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Kunyah lama-lama. Ulser dan radang di perut lama-lama akan sembuh.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

Buah Pinggang:
Fig vinegar bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).
Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.

Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potassium di dalam fig vinegar adalah tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potassium seperti pisang, bayam,   kentang, yogurt dan aprikot.

Gastritis:
Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan.Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.
Olive oil membantu membentuk selaput  pada lapisan perut yang terlibat  seterusnya menghalang hakisan.Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.
Fig vinegar-Acetic acid yg terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami,amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

BOLEHKAH MZ & SCT ATASI KERACUNAN MAKANAN-ULSER-RADANG USUS? JOM BACA ! I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my