AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Ibu Ketika Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Ketika Hamil. Show all posts

Wednesday 15 April 2015

Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital



Soalan Dari Pelanggan(Cara Terbaik Amalan Minyak Zaitun Untuk Ibu Ketika Hamil, Selepas Bersalin, Kanak-Kanak Dan Pengamal Ubatan Hospital):

Assalamu'alaikum doktor. 

1) Berapakah dos minyak zaitun yang boleh diamalkan kepada ibu yang mengandung, ibu yang baru bersalin dan anak yang mula umur 2,3,4 tahun?

2) Bagaimana pula kepada pengamal yang ada makan pelbagai ubat dari hospital, seperti ubat darah tinggi, jantung, dan lain-lain?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

1) Secara umum, Minyak Zaitun(MZ), Sari Cuka Teen(SCT) atau segala makanan sunnah adalah makanan dan bukannya ubat. Namun disebabkan badan manusia hari ini kekurangan khasiat maka apabila khasiat ini diberikan semula maka sakitnya automatik sembuh.

Maka soal dos adalah tidak penting kerana ia adalah lebih bergantung kepada cara pemakanan seharian individu itu. Kalau memang pemakanannya sihat maka, 2 sudu besar adalah mencukupi bagi MZ tetapi kalau seharian hanya makan processed food maka wajib dosnya diperbanyakkan.

Namun secara umum,
1) Ibu mangandung: 2 sudu besar pagi dan malam.
2) Ibu menyusu: 2 sudu besar 3x sehari.
3) Kanak-kanak: Sebagai daily supplementation 1 sudu kecil setiap pagi dan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

2) Bagi pengamal dadah tegar, haruslah dinasihatkan memilih rawatan mana yang hendak dicuba. Saya tidak mengalakkan percampuran ubatan kimia sintetik dan makanan sunnah yang suci lagi mulia kerana apabila berlaku tidak balas, makanan sunnah selalu dipersalahkan dan ini menyebabkan dosa dan bersangka buruk dengan ciptaan Allah S.W.T. Hendaklah kita mengetahui bahawa doktor tidak pernah belajar ilmu pemakanan secara detail dan doktor juga tidak belajar ilmu tumbuh-tumbuhan.

Malah doktor diajar yang tumbuhan mempunyai bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati maka atas apa-apa jua yang akan terjadi pastilah doktor akan menyalahkan apa-apa jua ubatan lain yang diambil oleh pesakitnya dan menutup mata kepada kemudaratan dari dadah.

Jadi, kesimpulannya elakkanlah percampuran ubatan kimia sintetik dan produk kita.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. 

Olive oil dan fig vinegar untuk wanita mengandung.

Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan kedua-dua bahan ini berbahaya kepada wanita mengandung mahupun bayi yang dikandung. Senarai bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung oleh American Pregnancy Association tidak menyenaraikan kedua-dua bahan ini sebagai berbahaya.

Olive oil & fig vinegar sangat membantu menghilangkan loya (morning sickness) dan sembelit yang sering dialami oleh wanita bersalin.


Sumber: Olive House Medic & Business.