AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday 27 February 2019

MASALAH KETUAT ?? BACA NI ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH KETUAT ?? BACA NI ! | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ketuat ‘Human Papilloma-HPV’)

Assalammu'alaikum doktor. Warts atau ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma(HPV) kan doktor? Bagaimana hendak merawat dan mencegah ketuat ini? Apa punca terjadinya ketuat? Adakah MZ/SCT dapat membantu? Mohon penjelasan doktor.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Ketuat di bahagian  kemaluan dan dubur disebabkan kebanyakannya oleh HPV. Ia disebabkan amalan seks yang  tidak selamat dan berdosa. Sari Cuka Teen boleh diletakkan atas kapas dan ditekap pada ketuat dan diplaster. Buat setiap hari sampai mengecut dan minyak zaitun boleh diambil 3 kali sehari. Wallahua'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Ketuat berpunca dari virus HPV yang menyerang sel serta mengawal pertumbuhannya menyebabkan sel tersebut tumbuh secara tidak normal. Bagi ketuat di bahagian tangan dan kaki, rawatan menggunakan salicylic acid dapat menghalang pertumbuhan ketuat. Kaedah terbaru ialah cryosurgery(membekukan ketuat) ataupun laser yang digunakan oleh pakar dermatology (kulit).

MASALAH KETUAT ?? BACA NI ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

Tuesday 26 February 2019

MASALAH MANDUL ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH MANDUL ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kelamin+Mandul)

Assalammu'alaikum doktor. Berkaitan masalah penyakit Gonorrhea & Chlamydia yang disebabkan bakteria itu, bagaimanakah rawatannya dengan MZ/SCT? Jika berlarutan, adakah ia boleh menyebabkan kemandulan? Dan bagaimana rawatan untuk kemandulan? Adakah MZ/SCT juga dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Gonorrhea dan Chlamydia adalah jenis penyakit kelamin. Kami kelaskan dalam STI (sexually transmitted infection), biasanya disebabkan amalan sel yang tidak sihat oleh individu atau pasangan seperti bertukar-tukar pasangan dan sebagainya.
Rawatannya adalah bertaubat sekiranya ada melakukan dosa dengan taubat nasuha dan pohon kesembuhan dari Allah. Berbekamlah 2 minggu sekali dan amalkan pemakanan dalam al-Quran yang halal dan thoyyibah. Habbatussauda  juga boleh diminum dan disapu. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Gonorrhea dan Chlamydia merupakan penyakit berjangkit seksual (Sexual transmitted disease) yang berjangkit melalui pasangan seks. Ianya berkait rapat dengan kemandulan kerana proses penyembuhan menyebabkan radang di bahagian peranakan (pelvic inflammatory disease). Rawatan paling utama ialah pencegahan iaitu mengelakkan seks bebas ataupun elakkan dari mengahwini mereka yang telah dijangkiti mana-mana penyakit di atas. Rawatan di peringkat hospital ialah antibiotic bagi membunuh kuman yang berkaitan. Quranic Food yang bersifat anti-microbial mampu mengawal pembiakan bakteria serta memperbaiki sistem pertahanan badan secara umum.

MASALAH MANDUL ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

Monday 25 February 2019

RAWATAN PESAKIT KOMA | Aafiyat Lifestyle Olive House


RAWATAN PESAKIT KOMA | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Rawatan Pesakit Koma)

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah rawatan untuk pesakit koma lebih setahun disebabkan darah beku di otak. Makanan diberi melalui tiub, bolehkah diberi minyak zaitun kepada pesakit ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah boleh. Jika makanan boleh blend masuk ikut tube, MZ pun boleh dan semuanya boleh. Janji, pesakit masih ada usus.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pesakit stroke tidak dapat mengambil makanan melalui cara biasa kerana kehilangan Gag reflex iaitu reflex yang mengelakkan makanan dari masuk ke dalam salur pernafasan akibat pendarahan pada otak. Pesakit mungkin memerlukan Ryle’s tube untuk tempoh yang lama bagi mengelakkan kekurangan nutrisi pada tubuh. Semua makanan berbentuk cecair termasuk olive oil boleh dimasukkan melalui Ryle’s tube kerana penghujung tiub tersebut ialah di dalam perut di mana makanan cair akan diproses melalui proses penghadaman yang normal.

RAWATAN PESAKIT KOMA | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

Sunday 24 February 2019

KANSER VULVA BAHAYA KEPADA WANITA !! | Aafiyat Lifestyle Olive House


KANSER VULVA BAHAYA KEPADA WANITA !! | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Vulva)

Assalammu'alaikum doktor. Ada seorang kenalan saya didapati menghidap kanser vulva (hasil pemeriksaan CT Scan). Jadi, bagaimanakah rawatan menggunakan produk Olive House dapat membantu? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kanser vulva biasanya jarang berlaku, namun dalam kehidupan moden hari ini semuanya mungkin boleh berlaku. Rawatan kanser biasanya sama sahaja, pemakanan yang baik, akhlak yang baik, motivasi yang mantap. Elakkan pakai pad biasa semasa haid dan kalau boleh tukar cloth pad.
Jenis seluar dalam juga harus diambil berat dan tukarlah kepada 100% cotton atau bamboo. Minyak zaitun boleh campur dengan habbatussauda, dipanaskan sedikit sehingga suam dan diletak pada vulva.
Amalkan pemakanan sunnah dan organic, insyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Jika hilang keyakinan terhadap fakta ini maka itulah yang boleh menjadi penyebab keterukan penyakit. Wallahua'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kanser vulva berlaku di bahagian kemaluan wanita yang biasanya muncul dalam bentuk ulser ataupun ketumbuhan di bahagian tersebut serta sakit semasa kencing dan hubungan seksual. Risiko untuk penyakit ini ialah usia melebihi 50 tahun, jangkitan virus serta kanser servik. Rawatannya bergantung kepada tahap kanser tersebut di kenalpasti. Bagi peringkat awal, pembedahan membuang kanser tersebut dilakukan diikuti radioterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang tidak kelihatan. Olive oil dikenalpasti mempunyai sifat anti-mitotic yang mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser pada peringkat awal (pre-cancerous lesion) dan mengembalikan sel yang rosak tersebut kepada kitaran sel yang normal namun bagi rawatan kanser, kajian lebih berbentuk kajian makmal yang belum disahkan ke atas pesakit. Cadangkan Quranic Food sebagai rawatan tambahan kepada rawatan yang dicadangkan oleh pakar kanser lebih-lebih lagi jika tiada rawatan yang ditawarkan bagi peringkat kanser yang telah merebak ke organ-organ lain (distant metastasis).  

KANSER VULVA BAHAYA KEPADA WANITA !! | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

Friday 22 February 2019

ULU HATI MASUK ANGIN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


ULU HATI MASUK ANGIN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ulu Hati Masuk Angin)

Assalammu'alaikum doktor. Kenapa ulu hati saya sebu selepas minum MZ? 

*Sebu bermaksud seolah-olah masuk angin.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rasa sebu biasanya disebabkan pengumpulan gas-gas tertentu  dalam gaster. Ini mungkin perubahan kimia yang berlaku dalam baik pulih dinding perut. Harap teruskan amal MZ dan bersangka baik.




Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Olive oil bersifat cholagogue iaitu merangsang pembentukan serta pengecutan kelenjar hempedu sebagai respon kepada makanan berlemak yang masuk ke dalam sistem perut. Senak ulu hati menandakan sistem hempedu yang tidak efisien bagi mengeluarkan hempedu sama ada terdapat batu hempedu ataupun pesakit yang telah membuang hempedunya melalui pembedahan. Teruskan mengambil olive oil kerana keadaan tersebut hanya sementara dan tidak membahayakan. Hatta, bagi batu hempedu yang kecil, proses pengecutan tersebut mampu memecahkan serta mengeluarkan batu tersebut melalui pemakanan olive oil yang berterusan.  

ULU HATI MASUK ANGIN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.



Hotline 013-4619694

Thursday 21 February 2019

BATUK ANDA BERPANJANGAN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


BATUK ANDA BERPANJANGAN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Batuk Berpanjangan)

Assalammu'alaikum doktor. Apakah cara rawatan yang terbaik untuk batuk yang berterusan/berpanjangan? Pesakit pernah mengidap asma yang teruk dan setelah mengamalkan olive oil unfiltered selama 3 tahun, asmanya berhenti dalam tempoh tersebut kemudian asma serang kembali dengan cara batuk kering yang berlanjutan. 

*Masih mengamalkan MZ Olive House.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rawatan terbaik untuk setiap individu adalah berbeza. Jangan berhenti mencuba petua-petua alami untuk batuk. Antaranya halia+madu, air limau+madu, asam jawa+madu dan lain-lain lagi. Apa-apa pun, batuk bukanlah penyakit ianya adalah mekanisma pertahanan badan untuk mengeluarkan bahan-bahan toksin dari tubuh. Jaga pemakanan dan akhlak seharian dan elakkan stress. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Asma berlaku akibat radang pada lapisan salur pernafasan yang menyebabkan penyempitan pada saluran tersebut menyebabkan pesakit batuk berterusan, sukar untuk bernafas dan mengalami nafas yang berbunyi (wheezing). Puncanya ialah salur pernafasan yang terlebih sensitive (hypersensitivity) pada perubahan luaran dan biasanya berangkai dengan penyakit resdung (allergic rhinitis) dan penyakit kulit (eczema) yang mana berpunca dari masalah reaksi alergi. Ianya berkaitan dengan genetik dan juga keadaan udara yang akan menentukan pada kekerapan penyakit tersebut berulang. Rawatannya bergantung kepada keseriusan symptom asma kerana ada tahap yang boleh membawa maut jika rawatan tidak optimum. Olive oil mampu mengurangkan kekerapan serangan asma melalui sifat anti-inflamasi dengan mengurangkan tahap keradangan pada salur pernafasan.  

BATUK ANDA BERPANJANGAN ? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.


Hotline 013-4619694

Wednesday 20 February 2019

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

PROMOSI!
PROMOSI!
PROMOSI!

PROMOSI SEMPENA WORLD CANCER DAY 2019

Bersempena dengan World Cancer Day 2019, pihak Olive House mengadakan promosi yang bermula dari 18 Februari 2019 sehingga 3 Mac 2019. 

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
SET COMBO PACK = RM 63.60 
PATI MINYAK ZAITUN 250ML + OLIVIE PLUS 30X(MINI) 50ML DENGAN 15% DISKAUN

Dan,

SET BELI DAN PERCUMA = RM 165.00
BELI MADU KYRGYSTAN (3 BOTOL) DAN PERCUMA 1 KOTAK TEH HERBA DAUN ZAITUN (THDZ)
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Cepattt dapatkan segera set promosi ini dengan kami!!! Boleh pre order serta bayaran terus..


Hotline 013-4619694

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

PROMOSI HARI KANSER SEDUNIA | Aafiyat Lifestyle Olive House

#olivehouse
#worldcancer
#ohbm
#aafiyatlifestyle
#mudahnyaaafiyat

MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Mata Rabun)

Assalammu'alaikum doktor. Adakah pati MZ ini boleh mengubati mata yang rabun? Sebelum ini, power saya 175 dan hari ini saya pergi check terkejut 100 sahaja powernya. Untuk pengetahuan doktor, saya baru amalkan selama 2 minggu pati MZ dan SCT.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Siapa yang pergi kelas saya dan faham tentang inflamasi pasti akan tahu minyak zaitun akan membantu untuk semua penyakit. Begitu juga untuk mata yang rabun kerana asas penyakit sememangnya adalah inflamasi.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kajian berkenaan peranan olive oil kepada kesihatan penglihatan telah di jalankan di Spain oleh penyelidik dari Universiti Jaen. Mereka menggabungkan olive oil dengan lutein yang diekstrak dari rumpai laut untuk dijadikan suplemen bagi penghidap masalah rabun dekat (Hyperopia) atau rabun jauh (Myopia). Lutein adalah bahan pigmen yang terdapat di dalam sayuran hijau, bersifat anti-oksida dan mampu menyerap ke dalam sel mata (macula dan retina). Hasil kajian menunjukkan perubahan positif terutamanya kepada penyakit age-related macular degeneration (rabun akibat tua).  


MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House

MASALAH MATA RABUN & MINYAK ZAITUN ! | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.






HOTLINE 013-46196

Tuesday 19 February 2019

KONSEP AMALAN MINYAK ZAITUN | Aafiyat Lifestyle Olive House

Image result for Konsep Amalan MZ & Olivie+30

Soalan Dari Pelanggan (Konsep Amalan MZ & Olivie+30)

Assalammu'alaikum doktor. Bagi pelanggan yang baru hendak amalkan suppplement dan nak memilih pati Olivie Plus 30x atau minyak zaitun Turki, bagaimana MZ atau Olivie dapat membantu kesihatan secara menyeluruh? Pelanggan setakat hari ini tidak mempunyai masalah kesihatan lagi.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Bagi yang tiada masalah kesihatan dan amalan pemakanannya baik, memadailah mengambil pati minyak zaitun biasa(EVOO Turki) sahaja. Namun, bagi yang tidak jaga pemakanan, merokok atau ada apa-apa faktor yang berisiko ke arah penyakit, bolehlah diambil/amalkan pati minyak zaitu Olivie+30(Morocco). Wallahu a'lam


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Tubuh badan manusia mengawal kestabilan keadaan dalaman tubuh badan melalui proses homeostasis. Pendedahan tubuh kepada pencemaran luar (udara, makanan) serta proses perkumuhan menyebabkan tubuh badan terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Secara alaminya, tubuh akan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tersebut tetapi jika bahan tersebut melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh tubuh, ia akan tersimpan di dalam tubuh seterusnya mengganggu fungsi organ. Di sinilah, peranan makanan tambahan terutamanya Quranic Food. Ia membantu tubuh menyingkirkan bahan-bahan toksik/beracun kepada badan melalui kandungan polifenol dan hydroxytyrosol yang bersifat anti-oksida dan anti-inflamasi. Pengambilan secara berterusan pasti akan mengurangkan risiko bagi penyakit kronik serta mengembalikan fungsi normal tubuh badan secara alami.  



Sumber: Olive House Medic & Business.





HOTLINE 013-46196

Monday 18 February 2019

MASALAH PSORIASIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


MASALAH PSORIASIS ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Psoriasis + Semakin Gatal)

Assalammu'alaikum doktor. Boleh tolang bagi pencerahan kerana saya mengalami penyakit kulit Psoriasis dan setelah saya mengambil Olive House Turki dan Olivie Plus 30x Morocco, kulit saya semakin gatal dan kemerahan atau perlukah ditambah pengambilan dengan Sari Cuka Buah Teen atau tidak perlu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Memang seperti yang dijangka, pesakit Psoriasis akan merasakan simptom yang lebih teruk disebabkan proses inflamasi akan bermula. Apabila proses ini berakhir, kesembuhan akan terjadi secara sunnatullah nya. Cuka Teen memang patut diambil bagi membantu mengalkalikan darah dan boleh ambil 3 kali sehari bersama madu atau tanpa madu juga. Wallahu a'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Psorias berasal dari perkataa Greek iaitu ‘psora:gatal dan sis:keadaan’ yang menggambarkan keadaan penyakit kulit tersebut. Ianya terbahagi kepada 5 jenis dan jenis paling utama berbentuk plak iaitu selaput putih pada kulit membentuk sisik. Puncanya dikatakan dari oxidative stress dan biasanya ia berkait rapat dengan penyakit kanser, jantung dan ulser usus. Olive oil sangat baik untuk merawat penyakit ini dari dalam dan luar kerana ia menyingkirkan radikal bebas serta mengurangkan selaput dari kulit dengan melembabkannya secara alami. Keadaan yang bertambah teruk tersebut mungkin bukan berpunca dari olive oil itu sendiri tetapi dari pemakanan harian yang mengandungi pelbagai pencemaran serta radikal bebas. Ubah semua pemakanan kepada jenis organik serta jauhi udara yang tercemar terutamanya di bilik tidur kerana majoriti penyakit kulit dan alergi bertambah akibat tilam yang tercemar. 




Sumber: Olive House Medic & Business.




HOTLINE 013-46196

Sunday 17 February 2019

MATA KEBUTAAN ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


MATA KEBUTAAN ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kebutaan Mata)

Assalammu'alaikum doktor. Doktor, penyakit kebutaan adalah keadaan tentang kekurangan persepsi penglihatan akibat faktor fisiologi atau psikologi. Jadi, saya hendak bertanya, bagaimanakah pemakanan Quranic Food dapat mencegah atau merawat penyakit ini? Apakah puncanya juga ya?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah kebutaan boleh disebabkan pelbagai perkara/penyakit seperti diabetes, glaucoma, kanser dan pelbagai lagi. Quranic Food sememangnya mempunyai antioxidant yang sangat tinggi yang akan mencegah kerosakan sel pada kadar yang cepat. Namun, punca haruslah dihentikan. Bertukarlah kepada pemakanan semulajadi. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Punca kebutaan secara spontan berpunca dari ketumbuhan pada mata, kecederaan pada lapisan retina atau otak yang menekan saraf mata. Sila dapatkan pemeriksaan pakar mata (ophthalmology) bagi masalah kebutaan. MZ dan CT mengandungi antioksida yang tinggi mampu mengelakkan kebutaan akibat keradangan pada lapisan mata dan saraf optik.

MATA KEBUTAAN ?? | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.



HOTLINE 013-46196