AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 24 February 2019

KANSER VULVA BAHAYA KEPADA WANITA !! | Aafiyat Lifestyle Olive House


KANSER VULVA BAHAYA KEPADA WANITA !! | Aafiyat Lifestyle Olive House

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Vulva)

Assalammu'alaikum doktor. Ada seorang kenalan saya didapati menghidap kanser vulva (hasil pemeriksaan CT Scan). Jadi, bagaimanakah rawatan menggunakan produk Olive House dapat membantu? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kanser vulva biasanya jarang berlaku, namun dalam kehidupan moden hari ini semuanya mungkin boleh berlaku. Rawatan kanser biasanya sama sahaja, pemakanan yang baik, akhlak yang baik, motivasi yang mantap. Elakkan pakai pad biasa semasa haid dan kalau boleh tukar cloth pad.
Jenis seluar dalam juga harus diambil berat dan tukarlah kepada 100% cotton atau bamboo. Minyak zaitun boleh campur dengan habbatussauda, dipanaskan sedikit sehingga suam dan diletak pada vulva.
Amalkan pemakanan sunnah dan organic, insyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Jika hilang keyakinan terhadap fakta ini maka itulah yang boleh menjadi penyebab keterukan penyakit. Wallahua'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kanser vulva berlaku di bahagian kemaluan wanita yang biasanya muncul dalam bentuk ulser ataupun ketumbuhan di bahagian tersebut serta sakit semasa kencing dan hubungan seksual. Risiko untuk penyakit ini ialah usia melebihi 50 tahun, jangkitan virus serta kanser servik. Rawatannya bergantung kepada tahap kanser tersebut di kenalpasti. Bagi peringkat awal, pembedahan membuang kanser tersebut dilakukan diikuti radioterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang tidak kelihatan. Olive oil dikenalpasti mempunyai sifat anti-mitotic yang mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser pada peringkat awal (pre-cancerous lesion) dan mengembalikan sel yang rosak tersebut kepada kitaran sel yang normal namun bagi rawatan kanser, kajian lebih berbentuk kajian makmal yang belum disahkan ke atas pesakit. Cadangkan Quranic Food sebagai rawatan tambahan kepada rawatan yang dicadangkan oleh pakar kanser lebih-lebih lagi jika tiada rawatan yang ditawarkan bagi peringkat kanser yang telah merebak ke organ-organ lain (distant metastasis).  

KANSER VULVA BAHAYA KEPADA WANITA !! | Aafiyat Lifestyle Olive House


Sumber: Olive House Medic & Business.




Hotline 013-4619694

No comments:

Post a Comment