Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Buasir):
Assalammu’alaikum doktor. Penyakit buasir perlu minum Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) ke? Bagaimanakah pengamalannya? Buasir telah mula keluar dan sakit hampir dua tahun lebih.
Assalammu’alaikum doktor. Penyakit buasir perlu minum Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) ke? Bagaimanakah pengamalannya? Buasir telah mula keluar dan sakit hampir dua tahun lebih.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Penyakit buasir, amalkan MZ & SCT macam biasa cuma tolong biasakan makan sedikit dan lebihkan serat dalam makanan. Buah Teen banyak serat. Elakkan minum susu, milo, soya, makan ayam bandar, gandum dan minyak habbatus sauda boleh disapu di bahagian dubur setiap kali lepas buang air besar.
Boleh juga amalkan 'sitz bath': ianya adalah untuk mengurangkan sakit pada dubur atau perineum. Ianya adalah dengan berendam dalam keadaan memeluk lutut, bahagian punggung dibiarkan terendam dalam air yang dicampur garam, soda bikarbonat atau cuka. Boleh juga amalkan herba-herba seperti witch hazel dan sebagainya.
Antara petua lain ialah tumbuk seinci halia dan letakkan si dubur selama 5 minit, buat sekali sehari sampai lega. Petua lain lagi: Boleh amalkan minuman cuka teen+madu+serbuk kayu manis, dibancuh dengan air suam dan diminum sebelum makan.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam.
Buasir/Hemorrhoid:
Buasir
ialah pembengkakan salur darah vena di bahagian dubur. Ianya boleh menyebabkan
pendarahan ketika membuang air besar dan salur darah bersama lapisan usus boleh
terkeluar dari dubur menyebabkan kesakitan. Punca bagi buasir ialah sembelit yang
kerap dan obesiti.
Olive oil membantu dengan melembutkan najis dan menghalang
sembelit manakala fig vinegar mampu
mengecutkan tisu yang bengkak. Tekapkan kapas yang direndam di dalam vinegar kepada tisu yang terkeluar
melalui dubur. Ulang sehingga ianya mengecut.
Pastikan pengambilan air dan serat yang mencukupi melalui buah dan
sayur. Elakkan meneran jika sembelit. Amalkan sitz bath iaitu berendam duduk di dalam air suam bergaram selama 15
minit 3 kali sehari.