AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Buah Teen Separa Segar. Show all posts
Showing posts with label Buah Teen Separa Segar. Show all posts

Friday 12 June 2015

Apakah Khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?



Soalan Dari Pelanggan(Apakah khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?):

Assalamu'alaikum. Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat, buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.

Ia bukan sahaja makanan, malah suatu "ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?  

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Khasiat dan manfaat buah Teen:

1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti). 

3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.

4. Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.

5.  Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.

9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 21 January 2015

BUAH TEEN SEPARA SEGAR/NATURAL DRIED FIGS


BUAH TEEN
Buan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia. Rasa buahnya yang tiada tandingan, buah teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau. Ia tidak lokek untuk mengeluarkan haruman buah yang wangi walaupun di musim kemarau dan tanah gersang.Dari dulu sehingga kini, buah teen dianggap sebagai simbol kekayaan dan kebaikan yang banyak. Pada zaman Peradaban Purba Greek, mahkota yang diperbuat dari daun teen diletakkan di atas kepala sebagai tanda kesuburan. Sejak berkurun, pemberian hadiah dengan daun teen dianggap sebagai cara untuk memberi penghormatan kepada seseorang. Buah teen merupakan buah dari syuraga dan mempunyai kepentingan yang cukup besar kepada manusia sejagat. Fakta ini bersumberkan kitab-kitab suci.

SIDDARTA GUATAMA berkata beliau membina asas ajaran Buddha ketika beliau duduk di bawah pohon teen. Ini sebagai tanda pohon ini memberi inspirasi kepada beliau.
Di dalam BIBLE juga disebutkan buah teen adalah buah yang tumbuh di dalam syurga dan ia dikategorikan sebagai buah yang suci. Oleh sebab itu menjadi makanan penting ketika sambutan tahun baru.
Di sebutkan juga oleh Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Jika aku boleh katakan ada buah yang turun daripada syurga , akan kukatakan ianya buah Teen"


OLIVEHOUSE DRIED FIGS


 Penanaman dan pengeringan buah teen terletak di Buyuk ve Kucuk Sungai Menderes Basins di daerah Aegean Turki

 Berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan buah teen berkualiti sejak tahun 1943
 Buah teen Olive House akan dihantar ke tempat penyimpanan setelah melalui proses diinfeksi oleh pakar menggunakan teknik karbon dioksida
 Buah Teen Olive House akan melalui proses flatoxin sebanyak dua kali di bawah sinaran lampu UV. Melalui proses ini buah teen yang berkulat boleh diasingkan
 Anugerah TS-EN ISO 22000:2005 Sijil Keselamatan dan Kualiti Makanan
 Anugerah TS-EN ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti
 Anugerah Organic oleh Ecosert Control and Certification Company sejak tahun 1992
 BRC & HELAL

BUAH TEEN & KESIHATAN


1. FIBER
Buah Teen mempunyai kandungan serat yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain. Antara kebaikannya ialah kesan positif kepada sistem pencernaan ke atas makanan yang kasar, menanggalkan kolestrol dalam badan tanpa perlu bercampur dengan darah dan menghalang mana-mana jenis kanser menjadi aktif. 5 biji buah teen sudah cukup memberi jumlah serat yang diperlukan oleh badan.

2. ANTIOKSIDA
Berdasarkan kepada kajian, buah teen telah mendahului buah-buahan yang lain dengan mengandungi campuran phenol yang tinggi iaitu merujuk kepada antioksida.

3. ASID LEMAK
Dalam masa yang sama, buah teen juga mengandungi asid lemak Omega-3,Omega-6 dan Fitosterol di mana badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.Asid lemak mempunyai kepentingan yang bukan sebarangan bagi memastikan otak dan sistem saraf berfungsi secara sihat dan Fitosterol pula membantu untuk membuang kolestrol tanpa bercampur dengan darah, di mana ia bahaya kepada kesihatan kardiovaskular.

4. MINERAL DAN VITAMIN PENTING
Buah teen juga buah yang paling kaya dengan kandungan mineral. 40 gram buah teen sudah mencukupi 7% keperluan harian Potasium dan 6% keperluan harian zat besi.Semangkuk buah teen mengandungi kalsium di mana ianya sama dengan kandungan kalsium semangkuk susu. Ia mengandungi protein, karbohidrat, phosporus, kalsium, sodium, potasium, magnesium, dan juga kaya vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, C dan Asid Folic.











DAPATKAN SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI !!!

whatsApp/sms/call untuk tempahan ke 013-4619694/013-4079445