AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label GULA BERLEBIHAN MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label GULA BERLEBIHAN MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT. Show all posts

Monday 15 August 2016

GULA BERLEBIHAN MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT


HIDUP TIDAK SEMANIS GULA
=======================

Apa perasaan anda apabila doktor cakap begini kepada anda semasa mendapatkan rawatan?
.
“Kalau at least Encik jaga pemakanan, kita boleh kawal lagi. Tapi sekarang ini sudah terlambat.”
.
Atau pun anda perlu memakai kasut khas untuk berjalan kerana risau kaki akan terluka secara sedar atau tidak.
.
Anda tahu jika terluka, keadaan boleh jadi semakin teruk gara-gara penyakit yang anda tanggung ini boleh menyebabkan kehilangan anggota badan.
.
Anda juga tahu setiap hari perlu mengambil suntikan agar hidup anda berjalan lancar. Ini adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang mengalaminya.
.
Adakah anda sanggup hidup dalam keadaan begitu?
.
Jika tidak sanggup anda perlu mulakan dengan mengurangkan pengambilan gula. Yes, seriously!
.
Gula tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Tanpa gula, rasa tak manis hidup ini. Tapi gula berlebihan boleh menyebabkan kita bermuram durja.
.
WHO sarankan ambil gula tidak lebih 10% daripada jumlah tenaga harian, iaitu tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g) bagi orang dewasa.
.
Namun begitu, orang Malaysia ambil 51g sehari dalam bentuk minuman sahaja! Bayangkan 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis setiap hari.
.
Mungkin anda sedar itulah yang diambil setiap hari. Atau anda sedar dan pilih untuk buat tidak tahu sahaja.
.
Ini fakta, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari.
.
Jika gula domestik dan gula industri dicampur, pengambilan boleh mencecah sehingga 124 gram atau 25 sudu teh sehari bagi orang dewasa.
.
Fuh! Banyaknya! Sama banyak dengan kesan buruk akibat pengambilan gula secara berlebihan. Huhu.
.
Ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti yang seterusnya boleh menjadikan anda sebahagian daripada statistik pesakit diabetes di Malaysia ini.
.
Ia juga boleh menyebabkan karies gigi terutama di kalangan kanak-kanak.
.
Antara alternatif yang boleh menggantikan gula jika anda tetap mahukan rasa manis dalam kehidupan ini ialah Madu – pemanis gantian semula jadi yang mengandungi pelbagai zat mineral dan vitamin dan kaya dengan antioksida.
.
Selain itu, anda boleh mengamalkan minum jus delima kerana ia dapat membantu mencegah obesiti. Dapatkan jus delima yang tidak ditambah sebarang perasa, gula dan warna tambahan seperti jus delima Olive House.
.
Malah, pengambilan buah tin separa segar secara konsisten sebanyak minima dua kali sehari selama 40 hari juga boleh menjadi ikhtiar penyembuhan sakit anda.
.
Sambil itu, anda disarankan minum air kosong lebih banyak setiap hari dan makan makanan yang rendah kandungan gula.
.
Anda perlu bertindak dari sekarang kerana ia penting bagi mengurangkan risiko penyakit kronik yang akan mengganggu kualiti kehidupan seharian anda.
.
Jangan sampai menyesal kelak hanya kerana gula!


HOTLINE 013-461 9694