AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label HARI AIDS SEDUNIA 2020 | Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label HARI AIDS SEDUNIA 2020 | Aafiyat Olive House. Show all posts

Tuesday 1 December 2020

HARI AIDS SEDUNIA 2020 | Aafiyat Olive House

 HARI AIDS SEDUNIA 2020



Bertemakan Solidariti Sejagat, Tanggungjawab Bersama pada tahun 2020 ini, Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV.

Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS.

Sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak-wabak pemusnah yang paling dahsyat dalam seluruh catatan sejarah dunia.

Sungguhpun rawatan antiretroviral semakin mudah didapati di merata dunia, namun wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007, yang mana 270,000 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak.

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

#ohbm

#olivehouse

#aafiyatlifestyle

#mudahnyaaafiyat


atau
HOTLINE 013-4619694

#SihatBersamaOLIVE_HOUSE

-WeBeginWithNature

PencetusSenyumanSemulajadi