AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday 27 July 2016

Masalah Pedih Betis & Buah Pinggang



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pedih Betis & Buah Pinggang):

Assalamu’alaikum doktor. Saya Mapuzah M.Wazir dan saya hendak bertanya kepada doctor, mengapakah betis dan pinggang saya selalu terasa pedih? Untuk pengetahuan doktor, saya tidak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh sekiranya berjalan jauh kerana betis saya akan sakit dan saya juga sering sakit pinggang. Apakah nama penyakit saya ini doctor? Saya juga tiada darah tinggi atau kencing manis, buah pinggang pun saya telah cek dan clear.  Apa rawatan dan ubat/makanan yang saya boleh amalkan? Umur saya 45 tahun dan mohon bantuan dari doktor. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ini di namakan Sciatica yang berpunca akibat penyempitan saraf Sciatic yang berasal dari saraf tunjang di tulang belakang yang keluar dari tulang Lumbar yang seterusnya menyebabkan kepada sakit yang merebak apabila berlaku gerakan pada sendi peha. Rawatan bagi keadaan ini adalah melalui fisioterapi, kiropraktik dan juga akupuntur serta injeksi steroid bagi peringkat awal untuk mengurangkan radang pada bahagian saraf yang tersepit. Jika keadaan berterusan, rujukan kepada pakar ortopedik/tulang diperlukan bagi konsultansi dan keperluan pembedahan membuang bahagian yang menyempit pada tulang belakang (discectomy / laminectomy).


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Puan Mapuzah, masalah puan mungkin berkaitan dengan salur darah atau saraf yang keluar dari tulang belakang dan membekali kedua-dua kaki. Adakah sebarang ujian telah dilakukan pada tulang belakang puan? Bagi melegakan gejala, puan boleh cuba berbekam dan amalkan Quranic Food yang mempunyai antioxidant yang tinggi. Buat permulaan, boleh cuba amalkan jus delima dan minyak zaitun extra virgin dahulu. Puan juga dinasihatkan ke klinik menjalani ujian bagi memastikan tiada masalah pada struktur tulang belakang. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan pada puan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

*Soalan ditanya dan dijawab semasa bulan Ramadhan lepas.


"Olive House Rakan Kesihatan Anda" Sumber: Olive House Medic & Business. Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil WhatsApp Hotline 013-461 9694

Tuesday 26 July 2016

STEVIA & MONK FRUIT | OLIVE HOUSE


Sekarang dalam proses untuk Olive House import stevia / monk fruit. Rupanya baru tahu banyak stevia yang ditulis natural dan safe itu rupanya kandungan bahan GMO juga dimasukkan...

Doakan dipermudahkan produk baru seterusnya ini. Yang pasti, paling TERBAIK KUALITI KHASIAT di dunia!

Tuesday 19 July 2016

Klip Video Pengenalan AsySyakirin Olive House

SAKSIKAN SEKARANG!

Video pendek pengenalan dari AsySyakirin Olive House, ejen senior berdaftar kawasan Bukit Mertajam. Dapatkan produk PROMOSI BULANAN dari kami di talian 013-461 9694 atau 013-407 9445. Anda juga boleh layari blog kami, houseofquranicfoods.blogspot.com dan FB Page kami, OLIVE HOUSE Bukit Mertajam.(JEMPUT LIKE!)

Klip Video Pengenalan Kami


Klip Video pengenalan kami kepada anda!

.

HOTLINE: 013-461 9694 @ 013-407 9445
FB Page: OLIVE HOUSE Bukit Mertajam​

Wednesday 13 July 2016

JUS DELIMA DI SYAWAL INI


TETAMU DAH DATANG, TAK SEMPAT BUAT AIR?

.

Jangan risau, hidangkan yang ekslusif !!
JUS DELIMA ORGANIK DARI AZERBAIJAN
Tak Perlu bancuh, hidangkan terus kepada tetamu yang datang beraya

.

Dapatkan segera!!
Hotline AsySyakirin Olive House: 
013-461 9694

Tuesday 12 July 2016

Masalah Pychosis



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pychosis): Assalamu'alaikum doctor. My name Rabidah and my daughter who is 18 years has been diagnosed as having pychosis. She is currently seeing a doctor at Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu once a month, and she's also on medication. I would be happy to have suggestions from you to help my daughter. Thank you. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Puan Rabidah, masalah psikosis bukannya masalah yang biasa, ianya agak rumit dan memerlukan sesi temubual yang panjang bersama pesakit. Namun, apa yang saya boleh nasihatkan, amalkan Quranic Food setiap hari, pastikan makanannya berkhasiat, elakkan makanan ringan dan berpengawet dan berpewarna, minum air yang mengandungi mineral dan banyakkan interaksi dengan alam sekitar dan merenung ciptaan Allah S.W.T. Kalau boleh amalkan gluten-free, white-sugar free dan dairy-free diet. Insya Allah membantu. "Olive House Rakan Kesihatan Anda" Sumber: Olive House Medic & Business. Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil WhatsApp Hotline 013-461 9694

5 KATEGORI PATI MINYAK ZAITUN




Secara umumnya terdapat 5 kategori Pati MINYAK ZAITUN iaitu

(1) MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN
(EVOO)
(2) MINYAK ZAITUN VIRGIN
(3) MINYAK ZAITUN PURE
(4) MINYAK ZAITUN POMACE
(5) MINYAK ZAITUN LITE/ EXTRA LITE


Adapun, kategori yang (1) adalah pilihan UTAMA Olive House untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia. Itulah PATI MINYAK ZAITUN TURKI


HOTLINE ASYSYAKIRIN OLIVE HOUSE :

Monday 11 July 2016

PROMOSI PRODUK OLIVE HOUSE | JULAI 2016


AIDILFITRI SALES !!!

Hanya di AsySyakirin Olive House !!!
.
.

SET A RM119.90
Setiap belian sebotol Olivie Plus 30, Morocco ANDA layak mendapat PERCUMA sekotak KURMA MABROOM, Madinah 200gram. Subhanallah!!!

+++++++++++++


SET B RM67.90
Setiap belian sebotol Pati Delima Narsh, Azerbaijan ANDA layak mendapat 25% DISKAUN sebotol perfume baru Spectra Cesar Madfai, France dengan RM15.00 sahaja.. Subhanallah!!!
*Harga asal perfume France RM19.90/18ml
.
Tempahan dibuka sehingga 30hb Julai 2016.
.
HOTLINE 013-461 9694

Sunday 3 July 2016

MAKANAN SUNNAH = VAKSIN ?



MAKANAN SUNNAH PENGGANTI VAKSIN ?


1. Assalamualaikum Warahmatullah semua.

2. Saya dari pendidikan Syariah dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar, tetapi jujur saya katakan sehingga kini saya tidak jelas apa maksud "makanan sunnah" secara akademiknya. Apa yang jelas dari pengajian Syariah ialah berkenaan makanan yang halal, haram dan syubhat. Jelas dari Al-Quran dan Hadis pecahan tiga ini. Sesuatu makanan itu boleh menjadi haram atau syubhat sama ada atas faktor ketaatan (perintah) kepada Allah atau memberikan kemudaran/penyakit kepada manusia.

3. Adapun selain itu, tidak ditemukan secara khusus berkenaan "makanan sunnah" atau nama seiras dengannya. Apa yang sering saya temukan (pastinya penemuan itu daripada bantuan pensyarah dan profesor-profesor yang saya kenali) adalah dari sudut tulisan-tulisan hebat atau journal-journal antarabangsa serta pembincangan ilmiah berhubung "Quranic Food "iaitu makanan yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Hari ini, Sains moden membuktikan kebaikannya dan sebahagiannya menjadi aspirasi kepada ciptaan ubat-ubat sintetik bagi industri ubat moden dan memberi sumbangan besar kepada dunia perubatan moden.

4. Begitu juga journal yang banyak berkaitan "Prophetic Medicine" penulisan dan kajian berhubung adakah perubatan yang dianjurkan Nabi itu kewajipan diikuti sebagaimana Syariat yang menjadi ibadat yang wajib dituruti atau sekadar saranan semasa mengikut perkembangan perubatan semasa yang berada pada zaman baginda? Panjang lebar perbahasan secara ilmiah dapat ditemukan satu persatu. Quranic Food dan Prophetic Medicine kata kunci penting.

5. Istilah "Quranic Food" dan "Prophetic Medicine" itu wujud bersama penjelasan saintifik. Hasilnya memberikan kebaikan kepada masyarakat seluruhnya. Adapun "makanan sunnah" ini saya agak kurang pasti. Terus menafikan istilah ini saya tidak berani, mungkin ada definasinya yang saya tidak tahu atau sememangnya ia hanya ucapan rawak yang diterima pakai oleh masyarakat. Ini kerana istilah "makanan sunnah" ini hanya berlegar di sempadan tanah air malaysia sahaja, tidak diketahui di negara selainnya. Terbaru saya bertemu Dr Mohamed Faid (hafal 30 juzuk Al-Quran) yang merupakan saintis serta tokoh nutrisi dunia memberikan komentar kurang senang dengan istilah makanan sunnah yang dikombinasikan pelbagai ramuan yang tidak diketahui "chemical reaction" hasil campuran. Juga apa kesannya kepada tubuh dan tidak pernah diuji tetapi langsung dijual. Kemudian disandarkan ia sebagai "makanan sunnah" yang kemungkinan membawa fitnah kepada agama. Itu komen beliau.

6. Saya lebih teruja dan tertarik dengan beberapa Profesor dari Universiti Al-Azhar (jurusan biology, chemistry, food sciense dan selainnya. Al-Azhar tidak sekadar mempunyai jurusan agama, terdapat kampus perubatan dan semua bidang ilmu. Beza kampus mereka dengan universiti yang lain hanya mereka diwajibkan hafal 30 juzuk Al-Quran). Maaf, kembali kepada apa yang ingin dikatakan oleh tokoh Al-Azhar, jika mahukan nama-nama mereka saya kena merujuk semula, tulisan tanpa rujukan sekadar apa terlintas di minda dan nama mereka tak dapat diingati buat masa sekarang.

7. Kata mereka: Di dalam Al-Quran menyebut terdapat 5 pokok yang mempunyai kebaikan nutrisi yang hebat; zaitun, teen, kurma, delima dan anggur. Makanan ini pada Sains moden diiktiraf sebagai "Super Food" @ "Funtional Food". Bermaksud makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi kebaikan kepada tubuh manusia dan mesti diamalkan. Ditanya: Bagaimana pula dengan madu, habbas sauda dan lain-lain kenapa tidak dimasukkan di dalam senarai Quranic Food? Dijawab: Madu, Habbas Sauda dan seumpamanya dikategorikan sebagai ubat. Makanan dan Perubatan adalah dua tajuk yang berbeza. Soal makanan adalah soal diet, penjagaan kesihatan, pencegahan, memberikan nutrien yang cukup pada tubuh, gizi dan lain-lainnya. Adapun madu, habbas sauda, bekam dan selainnya, ini merupakan soal perawatan dan perubatan memerlukan pakar dan ahli yang layak untuk bercakap mengenainya. Bila orang awam mula masuk campur dan bercakap sesuka hati, disiplin ilmu yang tinggi bertukar menjadi sampah.

8. Kesimpulannya: "Quranic Food" (Makanan) dan "Prophetic Medicine" (Perubatan) adalah dua tajuk berlainan! Jangan pelik jika fakta kukuh membuktikan, larangan mengambil habbas sauda bagi pesakit buah pinggang. Bahkan disebabkan kejahilan dalam bidang perubatan, kesan pengambilan habbas sauda merosakkan buah pinggang. Ini sama sekali tidak menafikan hadis Nabi berkaitan kebaikan habbas sauda. Kita akan sedar ianya tidak bertembung apabila memahami prinsip pemakanan dan perubatan yang diajar oleh Syariat. Pemahaman secara lateral pada perkara keagamaan yang melahirkan extremes. Soal perawatan melibatkan banyak isu; kondisi semasa pesakit, metabolisme, dos dan lain-lain isu yang komplikated yang mana perawat dan ahli dalam bidang perubatan sahaja yang pakar dan mahir. Itupun ilmu tersebut masih berkembang bukan sudah sampai ke puncaknya. Bahkan Nabi secara jelas meminta para sahabat untuk urusan konsultasi perubatan kepada yang ahli walaupun bukan Islam seumpama Haris bin Kaladah.

9. Vaksin adalah soal perubatan moden. Kajian, analisa, penemuan, pembuktian dan lain-lain perkara berkaitan memenuhi dunia ilmu perubatan moden yang adakala atau kebanyakannya tidak difahami oleh masyarakat awam bahkan ahli perubatan itu sendiri kecuali yang pakar. Menjadi mengantuk saya kebosanan membaca perdebatan tidak keruan antara beberapa kelompok yang bercakap soal makanan sunnah dan soal vaksin. Tuan cik puan, sebelum "bertumbuk" masuk di dalam tajuk dahulu, terlebih dahulu tetapkan perbincangan agar hasil perbincangan dan konklusi perbincangan jelas. Seorang bercakap soal payung sumber penghalang hujan dari terkena tubuh dan seorang bercakap soal rumah sebagai pelindung, seumpama orang tidak waras perdebatan yang berlaku. Saya hanya analogikan rumah dan payung, hujan sebagai penyakit. Siapa payung siapa rumah, saya juga tak tahu cuma yang saya tahu, soal perubatan dan soal pemakanan adalah dua tajuk yang berlainan serta mempunyai disiplin ilmu yang tidak sama. Dicampur adukkan kedua tajuk, menjadikan lauk itu basi serta tidak boleh dimakan.

10. Menjadikan pemakanan sebagai hospital mutlak umpama ucapan orang sasau, manakala merawat tanpa mengambil berat soal pemakanan ucapan mentah yang tidak masak terzahir kedangkalan amat nyata di situ. Soal makanan yang baik membantu kesihatan yang optimun dalam masa yang sama tidak menjamin tidak diuji dengan penyakit. Sehebat apapun ilmu perubatan moden tidak menafikan pemakanan berperanan penting kepada penyakit yang dideritai, pengamalan makanan yang betul dan berkhasiat menjadikan para perawat dan ahli perubatan fokus kepada penyakit sebenar untuk diubati. Soal pemakanan dan kesihatan berkait rapat antara satu sama lain. Saling melengkapi bukan memusuhi. Ingat!!!!

11. Sekarang viral isu vaksin yang merupakan bidang perubatan. Terlalu banyak "evidence" yang boleh dikongsikan berhubung perkara ini untuk tatapan dan pembacaan bersama sokongan penerangan, bukannya semborono emosi yang tidak membawa konklusi keputusan menenangkan di akhirnya. Pro and cont pasti ada, jelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Ingin bertumbuk atau memberi petunjuk? Sebagaimana juga soal pemakanan terdapat "evidence" yang jelas secara saintifik untuk kita ketahui sama ada sesuatu makanan "sunnah" itu sekadar "bullshit" jeritan menggila penjual produk atau bersama bukti saintifik. Saya yakin dan percaya soal vaksin juga sama. Bahasa ilmiah ini boleh menjadi pedoman kepada yang mencari kebenaran. Kongsikan!!!

12. Adapun masyarakat awam, menjadi tanggungjawab negara/pihak berkuasa untuk meletakkan undang-undang yang sesuai demi kebaikan bersama. Mereka mungkin tidak mempunyai kapasiti memahami perbincangan yang komplikated, mereka hanya perlu undang-undang yang baik untuk memelihara mereka. Semestinya negara/pemimpin telah difikir sehabisnya dan dipilih neraca paling baik untuk dilaksanakan termasuk implikasi undang-undang apabila diwajibkan atau diharuskan sesuatu undang-undang. Ini kaedah terbaik, bukannya perdebatan dengan awam yang sehingga kiamat tidak akan memahami hasil perbincangan hingga ke akhirnya. Sampai ke hari kiamat mereka akan berada dalam keraguan soal vaksin itu apa, kelompok ini perlu pemimpin untuk dipauti. Jadilah pemimpin itu!!!


Ustaz Aidil Azwal Zainudin
CEO Olive House