AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label SHARE THE POWER OF OLIVIE PLUS 30X FROM CASABLANCA. Show all posts
Showing posts with label SHARE THE POWER OF OLIVIE PLUS 30X FROM CASABLANCA. Show all posts

Monday 13 November 2017

SHARE THE POWER OF OLIVIE PLUS 30X FROM CASABLANCA, MOROCCO | Aafiyat Lifestyle


Olivie Plus 30x (Kandungan Mini Olivie Plus 30x - 250ml) #OliviePlus30 #OlivieLover 

Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dihasilkan sejak tahun 1887 oleh Syarikat Atlas Olive Oils yang terletak di El-Borouj, Morocco. 

Berpengalaman selama 125 tahun dalam menghasilkan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi menjadikan syarikat Atlas Olive Oils merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak zaitun terbaik di dunia dan mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Antara pengiktirafan yang diterima adalah Anugerah Mario Solinas yang dianjurkan oleh Intnational Olive Oil Council, ‘Great Taste Award of London’ dan The International Olive Oil Competition of Los Angeles di Amerika Syarikat.

Keadaan ladang buah zaitun milik Atlas Olive Oils yang panas, kering dan berbatu amat sesuai untuk menghasilkan buah zaitun yang bermutu tinggi. Sebanyak tiga juta pokok zaitun di tanam di dalam estet yang berkeluasan sebanyak 600 hektar.

Pemprosesan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus ini dihasilkan di kilang pemprosesan yang terletak di dalam ladang tersebut sejurus buah zaitun segar selesai dipetik dari ladang buah zaitun.
KEISTIMEWAAN OLIVIE PLUS 30x

Satu sudu Olivie Plus 30x lebih antioksidan!

Hasil daripada kajian makmal menunjukkan Olivie Plus 30x mengandungi Kandungan Polifenol iaitu secara spesifiknya adalah Hydroxytyrosol dan Tyrosol LEBIH 30 KALI GANDA BERBANDING Minyak Zaitun Extra Virgin biasa.

Kandungan Polifenol yang dihasilkan amat penting bagi melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi mengelakkan penyakit yang serius seperti kanser, sakit jantung, Parkinson dan sebagainya.

KEISTIMEWAAN OLIVIE PLUS 30X

Mendapat SIJIL ORGANIK DARI USFDA (United States Food and Drug Administration)
100% pati minyak zaitun asli

Tanpa sebarang campuran minyak sayuran yang lain atau bahan kimia

Menggunakan teknik pemprosesan ‘Mechanically Cold Pressed’ iaitu proses mengeluarkan minyak zaitun secara alami iaitu dengan mengisar buah zaitun tanpa melibatkan sebarang bahan kimia atau pemanasan

Tidak ditapis bagi mengekalkan khasiat minyak zaitun di tahap yang maksimum
.
.
NUTRISI UTAMA YANG TERKANDUNG DI DALAM OLIVIE 30 PLUS


Olivie 30 Plus mengandungi khasiat berbanding Minyak Zaitun Extra Virgin biasa seperti :

a)Polifenol (Hydroxytyrosol)

Olivie 30 Plus mengandungi kandungan polifenol iaitu Hydroxytyrosol dan Tyrosol yang amat tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin yang lain.Ini menjadikan Olivie 30 Plus amat berkuasa dan bertindak dengan lebih pantas.Kandungan Polifenol yang dihasilkan amat penting bagi melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan oksidatif bagi manfaat kesihatan dibawah :

Melancarkan peredaran darah
Mengelakkan saluran darah di dalam otak tersumbat yang mengakibatkan penyakit strok
Mengelakkan saluran darah tersumbat di bahagian jantung yang mengakibatkan serangan jantung.

Memberi perlindungan kepada sel otak bagi melawan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

b) Vitamin A, D, K dan E

Meningkatkan sistem imuniti dalam tubuh badan

Membantu sistem pernafasan seperti asma dan sukar untuk bernafas.

Memberi perlindungan untuk anti-penuaan
Kulit akan menjadi lebih cantik dan sihat.

c) Asid Linoleik (Omega 3 & 6)

Menurunkan paras LDL (kolestrol tidak sihat)
Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Melindungi dari penyakit radang seperti arthritis sendi

Menahan penggumpalan platlet darah

d) Antioksidan

Antioksidan akan melindungi sel dalam badan daripada radikal bebas yang menjadi penyebab kepada kanser seperti kanser kulit, payudara dan kolon.

e) Karotene

Minyak Zaitun Extra Virgin mengandungi beta karotene (pro-vitamin A) yang dapat membantu mengalakkan penyakit mata seperti katarak.

f) Lemak Mono Tak Tepu

Minyak Zaitun Extra Virgin mengandungi lemak mono tidak tepu yang bertindak menggantikkan lemak tepu yang tidak sihat dan hasilnya menggalakkan penurunan berat badan.

g) Emollien

Emollien adalah sebatian pelincir di dalam minyak zaitun yang terdiri daripada Asid Oleik, Asid Palmitik dan Squalene. Ia bertindak sebagai perapi dan pelembap yang amat baik untuk kesihatan kulit kepada serta melembutkan dan melebatkan rambut.

Olivie Plus 30x juga membantu mengatasi kulit kering dan melembapkan kulit. Minyak zaitun secara alami seperti minyak yang dibuat khas oleh kulit, sehingga mudah diserap dengan baik ke dalam kulit. Minyak zaitun biasanya tidak menyebabkan alergi,akan tetapi disarankan untuk tidak dioleskan ke kulit yang berjerawat. Dan menurut salah satu penelitian, minyak zaitun bahkan dapat membantu melindungi tubuh dari serangan kanser kulit.

Antioksidan dan antiinflamasi yang ada dalam minyak zaitun diduga dapat membuat kulit menjadi halus dan lebih berseri. Selain dioleskan ke kulit, mengamalkan minyak zaitun juga dapat memberi manfaat antioksidan yang tinggi dan membantu menghalang radikal bebas dan mengurangi keradangan kulit yang mempengaruhi kerutan dan kekencangan kulit.
.
.
TIPS PENGAMBILAN OLIVIE PLUS 30X


Pengambilan dua sudu besar olivie plus 30x pada setiap pagi dan malam sewaktu perut kosong bagi mendapat khasiat menyeluruh
Untuk kulit kering dan eczema, sapukan olivie plus 30x sebagai pelembap. Ianya sangat membantu meredakan keradangan kulit dan meningkatkan kelembapan kulit.


Hotline : 013-4619694