AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Penuaan. Show all posts
Showing posts with label Penuaan. Show all posts

Tuesday 22 December 2015

DAPATKAH JUS DELIMA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN?




JUS DELIMA & PROSES PENUAAN!

SOPHIE Borland-The Daily Mail | Tarikh:  11-12-2015

Jika kenyataan itu tidak cukup untuk menarik minat anda untuk mencuba jus delima, kini terdapat penemuan di mana jus delima juga boleh membantu melambatkan proses penuaan anda.

Para saintis percaya bahawa makanan berkhasiat yang mempunyai kelebihan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekeliling perut – yang sering disebut sebagai 'tayar ganti' pada lelaki, atau 'muffin top' di kalangan wanita.

Selepas satu bulan, sukarelawan yang minum sebotol jus buah delima setiap hari diperiksa dan didapati kurang cenderung untuk membangunkan sel-sel lemak di sekeliling perut mereka. Mereka juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah dan mengakibatkan pengurangan risiko serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Para penyelidik dari University of Edinburgh percaya bahawa jus delima boleh mengurangkan jumlah asid lemak dalam darah yang dikenali sebagai asid lemak tidak teresterifikasi atau NEFA. Kajian telah dilakukan kepada manusia dan haiwan  dan hasilnya menunjukkan tahap NEFA yang tinggi adalah berkait dengan simpanan lemak di sekeliling perut dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes tahap 2.

Di dalam eksperimen itu, 24 orang lelaki dan wanita diberikan sebotol 500ml jus delima untuk diminum pada setiap hari selama empat minggu. Para penyelidik mendapati bahawa hampir separuh daripada semua sukarelawan mempunyai tahap NEFA lebih rendah pada peringkat akhir eksperimen tersebut. Mereka juga mendapati bahawa terdapat pengurangan penyimpanan lemak di sekeliling perut. Selain daripada itu, 90 peratus daripada lelaki dan perempuan didapati mempunyai tekanan darah yang lebih rendah pada akhir bulan tersebut.


Dr Emad Aldujaili dan Dr Catherine Tsang, penyelidik utama di Edinburgh University’s School of Health Sciences berkata: " Sememangnya tiada keraguan mengenai jus delima yang memberi manfaat dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana keputusan daripada eksperimen menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara dan konsisten.

Dr Aldujaili menambah: 'Terdapat bukti awal bahawa pengambilan jus delima boleh mempengaruhi lemak di bahagian abdomen. 'Kami percaya bahawa penemuan awal ini memerlukan kajian yang lebih terperinci. Subjek dalam kajian terbaru kami mempunyai indeks jisim badan yang sihat dan seterusnya memberi impak kesukaran untuk membuat pemerhatian dengan lebih lanjut’

'Dalam kajian seterusnya, kami akan menyiasat kesan pada subjek yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes yang akan memberikan kesan atau keputusan yang lebih jelas.'

Dr Aldujaili akan membentangkan penemuannya di International Functional Food meeting di Oxford Brookes University pada bulan depan. Ianya sememangnya diketahui umum bahawa jus delima kaya dengan antioksidan iaitu sejenis bahan kimia yang membantu meneutralkan molekul oksigen yang berbahaya yang dikenali sebagai radikal bebas. Jika ianya dibiarkan, molekul ini boleh merosakkan sel-sel dan menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan seterusnya mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Buah delima juga dikatakan boleh meningkatkan kehidupan seks di mana antioksidan akan dapat meningkatkan jumlah darah yang mengalir ke alat sulit manusia.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com