AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Friday 18 January 2019

MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle


MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Herpes Labialis & Tidak Boleh Mengandung)

Assalammu'alaikum doktor. Di sini, saya hendak bertanya atau sekiranya pernah dengar kes seperti berikut;

“Saya ada penyakit bahagian mulut dari usia 12 tahun. Saya dapati ia seperti virus. Doktor berikan ubat herpes sejak saya belasan tahun lagi. Cumanya, sakit mulut saya ini akan timbul kalau saya tidak menjaga kebersihan di kawasan mulut. Hendak dijadikan cerita, saya ke klinik semalam sebab menemani suami saya demam. Sambil itu, saya tanya kepada doctor, kenapa saya tidak pregnant walaupun telah setahun kahwin. Apabila disoal jawab, doktor  kata mungkin sebab saya ada herpes dan sebab itu tidak boleh mengandung. Saya senyum walaupun doktor kata herpes tiada ubat dan saya kekal tidak boleh pregnant.”

Jadi, soalan saya, adakah minyak zaitun dapat membantu masalah saya ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Jangkitan herpes simplex yang tidak dirawat memang boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Rawatan krim yang diberikan nampaknya tidak mencukupi namun ubatan anti-viral memberikan banyak kesan sampingan.
Saya nasihatkan agar pesakit melakukan bekam secara berkala dan amalkan pemakanan yang sihat. Lengkuas adalah herba yang baik untuk masalah ini dan air rebusannya boleh diminum. Ada banyak lagi herba-herba lain tetapi mungkin susah didapati. Quranic Food patut menjadi kemestian setiap hari kerana ia adalah superfood bagi merangsang proses baikpulih semulajadi tubuh. Wallahu a'lam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Herpes ialah jangkitan virus herpes simplex pada bahagian tertentu yang biasanya merebak melalui saraf. Ianya tiada kaitan dengan kemampuan untuk mengandung kecuali jika telah merebak kepada rahim. Rawatan bagi virus ialah pencegahan. Quranic Food membantu meningkatkan pertahanan tubuh serta mengawal aktiviti virus dari terus merosakkan sistem badan.

MASALAH HERPES LABIALIS & TIDAK BOLEH MENGANDUNG | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my