AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Menipu Pengguna. Show all posts
Showing posts with label Menipu Pengguna. Show all posts

Wednesday 13 January 2016

SIRI 1: BAGAIMANA PENGUSAHA MAKANAN PROSES MENGGUNAKAN HELAH UNTUK MENIPU PENGGUNA?




Mitos: Kandungan bahan-bahan dalam produk makanan dibuat untuk memberitahu pengguna senarai bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk.

Hakikatnya: Senarai kandungan bahan-bahan digunakan oleh pengusaha makanan untuk menipu pengguna dan membuatkan pengguna berfikir bahawa produk mereka adalah berkualiti dan sihat dan berkhasiat. 

Artikel ini akan mencungkil penipuan-penipuan yang paling asas yang digunakan pengusaha-pengusaha makanan untuk menipu pengguna terhadap kandungan senarai bahan-bahan yang digunakan.


Menipu Pengguna: Helah Demi Keuntungan

Jikalau bahagian Fakta Nutrisi yang terdapat pada semua bungkusan makanan, bagaimana pula mereka boleh menipu? 

Di sini ada beberapa cara yang sering digunakan: Salah satu dari kaedah yang sering digunakan ialah menggantikan perkataan gula dengan sukros, fruktos sirap jagung, gula perang, dekstros dan lain-lain dan meletakkannya di senarai yang terbawah sekali seolah-olah ia bukan bahan utama yang digunakan. (Ingat!, senarai bahan-bahan diletak mengikut keutamaan dari bahan yang paling banyak digunakan sepatutnya di senarai mula-mula sekali dan bukan terkemudian). 

Pengguna yang diperbodohkan akan berfikir bahawa produk ini tidak mengambil gula sebagai bahan utama dalam makanan tersebut, padahal majoriti bahan yang digunakan adalah pelbagai bentuk gula yang disebut di atas iaitu fruktos, sukros, dekstros dan sebagainya. Ini adalah satu cara untuk memberi informasi yang salah kepada pengguna dengan meletakkan bahan tersebut terkebawah sekali dalam senarai kandungan bahan-bahan yang digunakan. 

Satu lagi cara ialah dengan menyenaraikan maklumat bahan dalam kuantiti saiz yang kecil dan tidak munasabah. Anda boleh lihat kaedah ini dalam produk seperti penjagaan diri seperti syampu, di mana mereka mendakwa menawarkan syampu "herba" yang pada hakikatnya jumlahnya tidak dapat dikesan langsung dalam produk tersebut. Dalam produk makanan "superfood" yang sebenarnya hanya wujud dalam kuantiti yang kecil dan tidak memberi sebarang kesan sebenar yang baik kepada pengguna. Sebagai contoh, suatu produk mengandungi Spirulina di senarai terbawah sekali menunjukkan ia tidak akan membantu memberi apa-apa kesan terhadap kesihatan oleh sebab kuantiti yang terlalu kecil. Ini juga adalah kaedah yang sering digunakan oleh pengusaha makanan yang mengekploitasi kehendak pasaran dan kempen-kempen kesihatan pemakanan dan kesedaran pengguna yang semakin bijak, walaupun kuantiti sebenar bahan-bahan yang menyihatkan terlalu kecil atau tiada langsung. 


Nantikan SIRI 2 pula..


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com