AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label ‘𝑲𝒐𝒅 𝑩𝒊𝒓𝒖’ |Aafiyat Olive House. Show all posts
Showing posts with label ‘𝑲𝒐𝒅 𝑩𝒊𝒓𝒖’ |Aafiyat Olive House. Show all posts

Thursday 10 December 2020

‘𝑲𝒐𝒅 𝑩𝒊𝒓𝒖’ |Aafiyat Olive House


BAHAGIAN PERTAMA..

 𝑨𝒎𝒃𝒊𝒍 𝑻𝒂𝒉𝒖 ‘𝑲𝒐𝒅 𝑩𝒊𝒓𝒖’

———————————
‘Seorang daripada Lima individu dewasa atau Kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia adalah penghidap Diabetes, menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019’.
(𝐵𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎 𝐻𝑎𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑂𝑛𝑙𝑖𝑛𝑒 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑟𝑖𝑘ℎ 29 𝑀𝑒𝑖 2020)
Angka ini amat membimbangkan kerana pesakit Diabetes yang dulunya adalah sekitar umur 40 tahun ke atas, kini sudah boleh dijumpai di kalangan remaja.
Justeru, semua lapisan umur masyarakat wajar ambil tahu tentang ‘Blue Code’ atau Kod Biru yang sinonim dengan Kesedaran tentang Diabetes, sesuai dengan bulan November ini iaitu lebih tepat lagi pada 14 November di mana disambut seluruh dunia sebagai memberi kesedaran tentang Diabetes.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit Diabetes masih boleh bertahan hidup lebih lama dengan mengamalkan Gaya Hidup yang lebih sihat dan mengurangkan risiko kepada paras kolesterol yang tinggi serta risiko berkaitan jantung.
Pemakanan yang sihat merupakan komponen yang sangat penting dalam pengurusan diabetes (Daibetes Management).
Oleh itu, adalah penting bagi penghidap diabetes untuk mengambil menu makanan yang pelbagai dan seimbang untuk memastikan paras glukosa dalam darah stabil dan secara tidak langsung akan menyokong Sistem Imuniti terutama dalam Suasana Pandemic Fasa ketiga di Malaysia sekarang ini.
Utamakan :
1. Pengambilan Makanan dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah (contohnya sayur-sayuran, Roti dan Mi kategori Wholemeal).
2. Elakkan / Kurangkan pengambilan makanan bergoreng yang berlebihan.
3. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula, karbohidrat dan lemak tepu.
Adalah lebih baik jika mengambil makanan daripada Lemak Sihat seperti Minyak Zaitun.
4. Pilih protein tanpa Lemak Tepu yang tinggi (contohnya ikan, telur, susu, kekacang).
5. Makan sayur-sayuran hijau, berdaun lebih banyak daripada ambil buah-buahan.


BERSAMBUNG.....