Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid &
Tumit Kaki):
Assalamualaikum doktor. Saya ada dua masalah;
Assalamualaikum doktor. Saya ada dua masalah;
1) Minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit
thyroid.
2) Tumit
kaki berasa sakit apabila pijak lebih-lebih lagi waktu pagi. Mengapakah doktor?
Adakah MZ boleh hilangkan kesakitan ini?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam.
1) Penyakit
thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang
berlaku hari ini disebabkan gluten
sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan
MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali.
2) Sakit di
tumit biasanya akibat lebihan tulang yang menumbuh dipanggil bone spur (calcaneus). Ini akibat mineralisasi
tulang yang berlaku secara tidak seimbang dan MZ memang sangat baik untuk
masalah ini, di mana MZ membekalkan khasiat di samping membantu dalam proses
inflamasi. SCT juga harus diambil sebagai bekalan mineral tubuh. Wallahu'alam.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam.
1) Untuk
masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ
merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi
masalah hypo/hyperthyroid (hormon
tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser
tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh
doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.
2) Untuk
masalah sakit tumit mungkin disebabkan oleh radang selaput kaki (plantar fasciitis) atau tulang kalkaneum pada tumit yang mengalami
ketumbuhan berlebihan (bony spur). Rawatan biasa ialah ubat tahan sakit dan
pembedahan bagi membuang tulang yang lebih jika sakit berterusan oleh pakar
ortopedik/tulang. Amalkan MZ bagi mengurangkan pergantungan kepada ubat tahan sakit
dan radang selaput kaki.
Sumber: Olive House
Medic & Business.