AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label PENYAKIT KULIT | Aafiyat Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT KULIT | Aafiyat Lifestyle. Show all posts

Thursday 18 October 2018

PENYAKIT KULIT | Aafiyat Lifestyle

PENYAKIT KULIT | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit):

Salam. Saya ada kawan yang menghidap penyakit psoriasis dibahagian kepala. Jadi, dari segi pengambilan minyak Zaitun macam mana? Perlukah ditambah dengan sumplimen lain? Mohon pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Penyakit kulit seperti psoriasis,ekzema,bisul akar rambut.

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu. Psoriasis biasanya menyebabkan kulit bersisik (hyperkeratosis) dan radang. Ekzema pula ialah reaksi alergi kepada bahan-bahan luaran yang menyebabkan kegatalan dan bengkak. Bisul akar rambut pula disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi puncq barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak.

Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat - sapu,balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah psoriasis bahagian kepala, amalkan 2 sudu besar MZ pagi dan malam. Sapu MZ ke seluruh bahagian kulit kepala dan badan setiap kali selepas mandi sebelum tidur.

Cuba elakkan gandum, gula putih dan susu tepung. Tukar syampu yang dipakai sama ada boleh guna syampu buatan sendiri atau beli yang organik.

Sumber: Olive House Medic & Business.

PENYAKIT KULIT | Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my