AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday 27 August 2015

Minyak Zaitun & Jantung


DUA SUDU MINYAK ZAITUN BERKUALITI TINGGI SETIAP HARI MEMBANTU MELINDUNGI JANTUNG

  •  24-08-2015
  •  
  •  Elena Paravantes

    Minyak zaitun sememangnya dikenali sebagai salah satu sumber terbaik asid lemak monotaktepu, iaitu sejenis lemak yang telah terbukti dapat meningkatkan tahap kolesterol dalam darah. Ianya telah disahkan bahawa sifat-sifat pelindung minyak zaitun terjadi disebabkan oleh kehadiran asid lemak monotaktepu. Akan tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa kandungan antioksidan juga memainkan peranan yang penting. Menurut data terbaru yang disiarkan dalam Clinical Nutrition, dos harian minyak zaitun yang kaya dengan polifenol (sejenis antioksidan) boleh melindungi daripada aterosklerosis (pengerasan arteri).

    Hasil kajian data terbaru itu adalah berdasarkan EurOlive Study yang melibatkan penyelidik dari universiti-universiti di lima negara-negara Eropah, dimana kajian tersebut adalah bertujuan untuk meneliti faedah minyak zaitun ke atas kesihatan manusia. Para penyelidik merekrut 200 orang lelaki yang sihat tubuh badan dan secara rawak mengkategorikan mereka kepada tiga kumpulan di mana salah satu kumpulan diberikan 25ml minyak zaitun untuk diminum pada setiap hari dengan jumlah yang berbeza polifenol.

    Minyak zaitun tersebut adalah terdiri daripada minyak zaitun yang halus di mana ia mempunyai kandungan polifenol yang rendah. Selain itu juga terdapat minyak zaitun biasa yang mempunyai kandungan polifenol sederhana, masih muda, dan mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan polifenol akan meningkatkan tahap antibodi dan seterusnya mengurangkan tahap kolesterol LDL teroksida (kolesterol tidak sihat), dan dianggap sebagai faktor risiko bagi pengerasan arteri dan penyakit jantung.


    Ini bukan kali pertama polifenol dalam minyak zaitun telah didapati memberi kesan perlindungan terhadap kerosakan oksidatif. Kajian sebelum ini juga telah menunjukkan kesan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada dos sebenar minyak zaitun boleh mencapai kesan tersebut dan sama ada minyak zaitun yang digunakan benar-benar mempunyai kandungan polifenol yang tinggi.

    Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai subjek yang mengambil kira-kira 2 sudu besar minyak zaitun pada setiap hari di mana ia merupakan jumlah yang cukup bagi penduduk di negara-negara bukan Mediterranean. Pengambilan minyak zaitun oleh penduduk di negara-negara Mediterranean sememangnya lebih tinggi. Sebagai contoh orang-orang Yunani merupakan pengguna yang mencapai pengambilan  minyak zaitun tertinggi di dunia dimana setiap orang mengambil kira-kira 70ml sehari, manakala Sepanyol dan Itali adalah kira-kira 35ml sehari.

    Antara isu lain adalah kandungan polifenol. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak zaitun extra virgin mempunyai lebih banyak polifenol daripada minyak zaitun lain yang diproses. Keadaan penyimpanan juga memainkan peranan yang penting. Minyak yang disimpan di dalam tempat gelap, sejuk dan di dalam bekas yang gelap(kotak) akan mengekalkan lebih antioksidan. Masa penyimpanan yang lama akan mengurangkan kandungan antioksidan di mana akan hilang.

    Wednesday 26 August 2015

    Masalah Amalkan Minyak Zaitun + Kopi




    Soalan Dari Pelanggan (Masalah Amalkan Minyak Zaitun + Kopi):

    Assalammu'alaikum doktor. Saya hendak tanya, kebiasaannya jika makan vitamin, adakah tidak boleh minum kopi? Tetapi bagaimana dengan minyak zaitun sebab saya memang suka minum kopi. Minum susu kambing pun campur kopi. Mohon pencerahan doktor.

    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa'alaikumsalam. Tiada masalah untuk amal Minyak Zaitun dan minum kopi.

    Jawapan Dari Dr. Salman:

    Wa'alaikumsalam. Olive oil & fig vinegar serta tindak balas dengan kopi. Tiada interaksi yang berbahaya direkodkan antara kedua-dua bahan ini dengan kopi.
      
    Sumber: Olive House Medic & Business.

    Tuesday 25 August 2015

    OLEOCANTHAL: Komponen Minyak Zaitun Yang Membunuh Sel Kanser




    OLEOCANTHAL: KOMPONEN MINYAK ZAITUN YANG MEMBUNUH SEL KANSER
    Chris Weller | 11-08-2015
    Oleocanthal adalah sebatian utama fenolik antioksidan yang terdapat dalam pati minyak zaitun (extra virgin) telah terbukti dapat menghapuskan sel-sel kanser dalam jangka masa kurang daripada satu jam. Sekumpulan penyelidik dari Rutgers University dan Hunter College telah menerbitkan kajian baru-baru ini di dalam jurnal Molecular & Cellular Oncology. Penemuan tersebut menambahkan lagi hujahan memihak kepada minyak zaitun yang telah ditunjukkan di dalam kajian-kajian lain sebelum ini di mana ia akan bertindak sebagai perlindungan kepada tubuh badan terhadap pencemaran udara, meningkatkan sistem imun badan, melindungi penuaan terhadap tulang, dan juga dapat menghalang penyakit Alzheimer. Dalam keadaan normal, sel-sel yang tidak penting akan mengalami proses yang dipanggil apoptosi. Ia adalah proses sel membunuh diri sendiri dan proses itu mengambil masa 16 hingga 24 jam. Dalam ujikaji Onica Legendre dan David Foster dari Hunter College, dan Paul Breslin daripada Rutgers, mereka mendapati bahawa setiap sel daripada semua jenis kanser yang mereka pelajari telah dihapuskan dalam tempoh 30 minit hingga satu jam. "Kami perlu untuk menentukan sama ada oleocanthal telah mensasarkan protein itu dan menyebabkan sel-sel mati," kata Breslin, seorang profesor sains pemakanan, dalam satu kenyataan universiti.


    Apa yang mereka temui adalah oleocanthal telah memusnahkan pusat sisa sel kanser yang dikenali sebagai lysosomes. Ia lebih besar daripada sel-sel sihat yang lain dan sangat rapuh. "Sebaik sahaja anda memusnahkan sel tersebut, sel-sel kanser yang lain akan menjadi lemah," kata Breslin. Lysososomes menghasilkan fungsi penstabilan bagi keperluan sel. Jadi, apabila oleocanthal memusnahkan pusat sisa sel kanser itu, fungsi kritikal sel kanser akan menjadi lemah dan lama-kelamaan akan mati. Sel-sel sihat pula tidak akan terjejas dan akan tinggal di dalam tubuh badan. Oleocanthal akan menyebabkan sel-sel sihat menjadi tidak aktif atau "dalam mod tidur’ untuk satu hari, dan pada hari berikutnya sel-sel sihat akan bergerak aktif seolah-olah tiada apa yang berlaku. Oleocanthal bukan asing lagi kerana ia telah menjadi pemakanan yang paling sihat di dunia. Selain daripada menjadikan jantung sihat dan antioksidan, minyak zaitun menyediakan sumber yang kaya dengan lemak sihat yang boleh mengekalkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan. "Kami berpendapat oleocanthal menjadi penjelasan terhadap penurunan kes kanser di dalam diet Mediterranean yang merupakan pengguna tertinggi," Foster memberitahu Medical Daily melalui e-melnya. "Dan berkemungkinan penulenan (dos yang lebih tinggi) mungkin boleh digunakan secara terapeutik." Sumber: Olive House Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

    Masalah Ekzema




    Soalan Dari Pelanggan (Masalah Ekzema):

    Assalammu’alaikum. Yusuf ada ekzema sejak bayi. Saya memang ada asthma sampai sekarang, kulit suami pun agak sensitif - jadi keempat-empat anak kami ada ekzema. Anak lelaki 17 tahun dan perempuan 14 tahun nampaknya ada improvement walaupun masih ada lagi. Yang bongsu lelaki 6 tahun masih ditahap terkawal dan tiada sampai berdarah/infected.  Yusuf nampaknya yang paling severe dan sesekali akan dapat asthma attack.  Yang lagi 3 orang amat jarang/tak pernah dapat asthma. Ekzemanya satu badan dari kepala hingga kaki. Memang berulang dari pakar di DEMC Dr. Noraziah dan ada di hospitalised awal tahun ini. Memang hampir tak putus makan Zyrtec, selalu di prescribed prednisoloneatarax dan antibiotic EEC kalau tak silap (warna oren, size agak besar).

    Sekarang mandi rendam dengan pinetarsol bath oil. Memang sentiasa pakai aqueous cream dan selalu sapu fucicort, elomet dan eumovate. Betasone pun ada disapukan. Sekarang ini keadaan Yusuf masih tak memuaskan, tidur malam tak nyenyak dan mengantuk dalam class waktu pagi. Kulit kasar dan ada beberapa tempat yang luka. Mohon pandangan doktor.

    Jawapan Dari Dr. Salman:

    Wa’alaikumsalam. Eczema, allergic rhinitis(resdung) dan asthma(lelah):

    Penyakit di atas merupakan 3 serangkai bagi masalah alergik. Doktor biasanya merawat simptom seperti kegatalan kulit dan hidung bagi resdung serta penyempitan salur pernafasan bagi lelah. Sepertimana yang selalu di sebut, MZ & SCT boleh menstabilkan sistem imun agar tidak terlampau sensitif kepada bendasing yang menyebabkan ketiga2 penyakit di atas. Bagi lelah, jangan berhentikan ubat MDI kerana lelah yang teruk boleh membawa maut.

    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa’alaikumsalam. Maaf, persoalan ini perlukan personal consultation.

    Sumber: Olive House Medic & Business.

    Monday 24 August 2015

    Masalah Kanser Payudara




    Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Payudara)

    Assalamualaikum doktor. Ada pesakit kanser payudara peringkat ke-3 sekarang baru melakukan kemoterapi dan dalam masa yang sama hendak cuba amal MZ & Olivie Plus 30x. Bagaimanakah pandangan doctor-doktor pakar?

    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa’alaikumsalam. Kanser payudara memang antara kanser yang telah dikaji boleh dirawat dengan minyak zaitun extra virgin (EVOO). Teruskan usaha dan hanya kepada Allah S.W.T.diserahkan urusan penyembuhan hambaNya.

    Jawapan Dari Dr. Salman:

    Wa’alaikumsalam. Bagi kes yang telah disahkan barah dan bukan ketulan payudara biasa, rawatannya ialah pembedahan bagi membuang sel yang telah rosak tersebut kemudian baru diikuti dengan pemakanan sunnah lebih-lebih lagi Olivie Plus 30x yang menghalang sel kanser mikro dari berkembang menjadi kanser semula.

    Sumber: Olive House Medic & Business.

    Friday 21 August 2015

    Bagaimana Pengusaha Makanan Proses Menggunakan Helah Untuk Menipu Pengguna?




    Mitos: Kandungan bahan-bahan dalam produk makanan dibuat untuk memberitahu pengguna senarai bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk.

    Hakikatnya: Senarai kandungan bahan-bahan digunakan oleh pengusaha makanan untuk menipu pengguna dan membuatkan pengguna berfikir bahawa produk mereka adalah berkualiti dan sihat dan berkhasiat. 

    Artikel ini akan mencungkil penipuan-penipuan yang paling asas yang digunakan pengusaha-pengusaha makanan untuk menipu pengguna terhadap kandungan senarai bahan-bahan yang digunakan.

    Menipu Pengguna: Helah Demi Keuntungan



    Jikalau bahagian Fakta Nutrisi yang terdapat pada semua bungkusan makanan, bagaimana pula mereka boleh menipu? 

    Di sini ada beberapa cara yang sering digunakan: Salah satu dari kaedah yang sering digunakan ialah menggantikan perkataan gula dengan sukros, fruktos sirap jagung, gula perang, dekstros dan lain-lain dan meletakkannya di senarai yang terbawah sekali seolah-olah ia bukan bahan utama yang digunakan. (Ingat! Senarai bahan-bahan diletak mengikut keutamaan dari bahan yang paling banyak digunakan sepatutnya disenarai mula-mula sekali dan bukan terkemudian)

    Pengguna yang diperbodohkan akan berfikir bahawa produk ini tidak mengambil gula sebagai bahan utama dalam makanan tersebut, padahal majoriti bahan yang digunakan adalah pelbagai bentuk gula yang disebut di atas iaitu fruktos, sukros, dekstros dan sebagainya. Ini adalah satu cara untuk memberi informasi yang salah kepada pengguna dengan meletakkan bahan tersebut terkebawah sekali dalam senarai kandungan bahan-bahan yang digunakan. 



    Satu lagi cara ialah dengan menyenaraikan maklumat bahan dalam kuantiti saiz yang kecil dan tidak munasabah. Anda boleh lihat kaedah ini dalam produk seperti penjagaan diri seperti syampu, di mana mereka mendakwa menawarkan syampu "herba" yang pada hakikatnya jumlahnya tidak dapat dikesan langsung dalam produk tersebut. Dalam produk makanan "superfood" yang sebenarnya hanya wujud dalam kuantiti yang kecil dan tidak memberi sebarang kesan sebenar yang baik kepada pengguna. Sebagai contoh, suatu produk mengandungi Spirulina di senarai terbawah sekali menunjukkan ia tidak akan membantu memberi apa-apa kesan terhadap kesihatan oleh sebab kuantiti yang terlalu kecil. Ini juga adalah kaedah yang sering digunakan oleh pengusaha makanan yang mengekploitasi kehendak pasaran dan kempen-kempen kesihatan pemakanan dan kesedaran pengguna yang semakin bijak, walaupun kuantiti sebenar bahan-bahan yang menyihatkan terlalu kecil atau tiada langsung.


    Sambungan SIRI 2...

    Sumber: The Secret Medicines (TSM)
    Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

    Monday 17 August 2015

    Khasiat Dalaman & Luaran SARI CUKA TEEN



    Apakah Sebenarnya Khasiat Dalaman Dan Luaran Yang Terdapat Di Dalam Sari Cuka Teen OLIVE HOUSE ? Sari Cuka Teen kaya dengan mineral pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Teen yang segar digunakan untuk membuat Sari Cuka Teen yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi. Selain menjadi stimulasi semulajadi untuk ketahanan badan. Sari Cuka Teen juga: * Membersih dan mengisi semula khasiat ke dalam badan agar badan dapat sembuh sendiri. * Membantu mengeluarkan toksik di dalam badan. * Membantu mengembalikan keremajaan badan. * Membantu meningkatkan sistem imun yang sihat. * Membantu mengekalkan kulit yang sihat. * Membantu mengawal berat badan. * Membantu penghadaman dan asimilasi. * Menyembuhkan rasa ketegangan dan sakit di bahagian anggota badan disebabkan senaman. * Menyembuhkan radang kulit.


    Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tesebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya. Harga mampu milik seluruh rakyat Malaysia: RM 18.90/250ml (Peninsular Malaysia) RM 23.90/250ml (Sabah/Sarawak) Sumber: houseofquranicfoods.blogspot.com 💻

    Thursday 13 August 2015

    Masalah Obesiti



    Soalan Daripada Pengguna (Masalah Obesiti):

    Assalamu’alaikum doktor. Ada pelanggan tanya berkaitan masalah obesiti dan apakah cara rawatannya? Untuk obesiti, produk apa yang terbaik untuk diamalkan dan bagaimana cara makan atau minum?


    Jawapan Dari Dr. Salman:

    Wa’alaikumsalam.

    Obesiti:

    Pengumpulan lemak di dalam tisu adipose secara berlebihan.Ianya bukan sekadar isu kosmetik tetapi berkait rapat dengan penyakit jantung, kanser, kencing manis, osteoarthritis dan obstructive sleep apnea.

    Punca:

    Pengambilan makanan yang mengandungi kalori melebihi metabolisma (pembakaran kalori yang menghasilkan tenaga) atau penyakit endokrin yang melembapkan metabolism.

    Rawatan:

    Pemakanan kalori rendah (protein > karbohidrat)/senaman dengan target membakar kalori berlebihan (normal kalori bagi individu dgn berat 60kg - 1800 kcal)/pengambilan serat yang tinggi. Untuk kes obesiti kronik, boleh dicadangkan pembedahan mengecilkan perut seperti gastric stapling@sleeve gastrectomy (bukan pembedahan buang lemak) supaya ruang penyerapan menjadi lebih kecil.

    Olive oil membantu dengan kandungan mono-unsaturated fat yang bergabung dengan lemak tepu seterusnya menghalang penyerapan lemak tepu. Fig vinegar yang  diminum bersama makanan merangsang satiety center di otak memberi isyarat kenyang seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Sifat asidnya juga memecahkan molekul lemak supaya tidak berkumpul di bahagian tengah badan sahaja.


    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa’alaikumsalam.

    Obesiti: 

    Sebelum dikuruskan badannya, amatlah elok jika dikuruskan nafsunya terlebih dahulu. Pengurusan nafsu di mulai dengan memahami hakikat dunia di sisi Allah S.W.T.maka dengan mengetahui jijik dan hinanya dunia, jiwa kita tidak akan terlalu mendambakannya.

    Setiap kali melihat makanan yang sedap, ingatlah bahawa, “makanan ini hanya akan menjadi racun di tubuh saya, sedangkan hakikatnya, saya hanya memerlukan sedikit, wahai si polan(sebut nama sendiri) sabarlah kamu kerana Allah bersama orang-orang yang sabar". Banyak orang mengadu kerap lapar maka dia kerap makan.

    Sebenarnya setiap sel badan mengkehendaki nutrisi untuk terus bekerja. Namun setiap kali kita lapar, sekiranya kita makan makanan yang tidak thoiyyibah lagi buruk maka yang kita dapat hanyalah rasa kenyang sedangkan sel kita kebuluran. Maka mereka akan meminta lagi dan kita akan berasa lapar lagi. Kita akan makan lagi. Begitulah seterusnya.
    Makanan yang mengandungi bahan kimia bukan sahaja mengenyangkan malah juga memusnahkan vilus-vilus pencernaan kita sedikit demi sedikit. Maka apabila vilus-vilus ini musnah, usus kita akan menjadi lemah dan berlakulah ketidakseimbangan penyerapan makanan dan terjadilah kegemukan.     

    Minyak zaitun patut diamalkan 2 sudu besar pagi dan malam demi membaiki usus yang rosak. Sepatutnya, usus yang sihat dapat menghalang seseorang dari menjadi gemuk atau terlalu kurus. Jadi, langkah pertama adalah membaiki usus dengan minyak zaitun dan juga madu.

    Antara tips yang boleh diamalkan adalah menggantikan makan tengahari dengan buah kurma  atau buah teen. Hidangan sarapan dan makan malam (dalam pukul 7-8pm) 
    diambil. 

    Cuba amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di setiap amalan harian kita. Bersugi sebelum setiap lepas solat, makan buah sebelum makan nasi, suapan dengan 3 jari(suapan yang kecil), kunyah lama-lama agar enzim amylase dapat melakukan tugasnya mencerna karbohidrat dengan sempurna  sebelum makanan bergerak ke perut. Sapukan MZ ke seluruh badan sebelum tidur setiap malam.

    InsyaAllah, biasanya akan turun berat badan 1kg seminggu sampailah kepada berat ideal kita. Paling penting banyakkan melakukan kebajikan dan mengharapkan keredhaan Alla S.W.T.

    Sumber: Olive House Medic & Business.

    Wednesday 12 August 2015

    Produk SUGAR-FREE Menjadi TREND Terkini



    Seorang sahabat membuka kotak plastik tertulis "sugar-free" kemudian memasukkan kandungan dari kotak itu ke dalam cawan minumannya. Lalu ia terus minum dengan penuh nikmat.

    Saya bertanya, kenapa perlu gunakan ia di dalam minuman anda? Katanya dia mengalami diabetes. Doktor yang sarankan kepada dia gunakan produk ini sebagai ganti gula putih!

    Nah! Siapa yang sarankan? Doktor!


    Saya terus memberi maklumat yang mendalam tentang apa yang ada dalam produk 'sugar-free' itu. Saya katakan ia mengandungi bahan yang merbahaya iaitu aspartame dan ia dihasilkan oleh syarikat pembuat racun serangga iaitu Monsanto. Beliau tergamam, kelihatan seolah tidak percaya dengan kata-kata saya, seolah menganggap saya cuba bergurau apabila disebut syarikat racun serangga.

    Memanglah kalau syarikat itu membuat racun serangga, tidak semestinya mereka meletakkan racun serangga dalam produk makanan mereka. Tapi teknologi yang diaplikasi dalam menghasilkan racun serangga yang tidak memerlukan mereka membuat kajian terhadap manusia, hanya untuk digunakan terhadap haiwan perosak sahaja. Tiada manusia yang mahu makan racun serangga kecuali mereka yang sudah tidak ingin meneruskan hidup lagi.



    Aspartame mula ditemui secara tidak sengaja semasa kajian farmasitikal pada tahun 1965. Ia bahan kimia yang ditemui mempunyai rasa yang lebih manis dari gula.

    Hari ini, syarikat-syarikat minuman gergasi telah mula menggunakannya sebagai pemanis 'semulajadi' ini sebagai ganti gula putih. Syarikat yang mula-mula mengkomersialkan aspartame ialah Nutra-Sweet. Kini, ia boleh ditemui di dalam produk Equal. Aspartame mengandungi 3 komponen utama iaitu metanol, asid aspartik dan phenylalanine.

    Metanol adalah sejenis alkohol yang dipecahkan kepada beberapa komponen seperti formaldehyde dan asid formika yang boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada tubuh manusia seperti mendapat penyakit kanser. Ia boleh berlaku dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Mengapa ia tidak diharamkan oleh Jakim? Anda boleh tanya sendiri dengan mereka.

    Asid aspartik juga sejenis toksik "excitotoxin" seperti MSG. Phenylalanine pula sejenis asid amino. Memang asid amino baik untuk tubuh kecuali jika ia diasingkan dari tindakbalas protin di dalam tubuh.

    Semua komponen ini akhirnya akan berakhir dengan merosakkan sistem saraf hingga menyebabkan sel-sel mati.

    Saya tidak perlu ulas panjang lagi tentang kandungan ini. Anda boleh dapatkan maklumat tentang aspartame di dalam post-post terdahulu ataupun buat carian Google.

    Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah saranan doktor-doktor kepada penderita diabetes supaya mengambil Equal atau Nutra-Sweet atau apa saja bahan yang mengandungi aspartame sebagai menggantikan gula. Ia bukan memperbaiki keadaan kesihatan mereka, sebaliknya semakin merosakkan. Yang sedia menderita diabetes kini berisiko mendapat kanser, darah tinggi dan penyakit jantung. Ini tindakan yang bodoh. Sebenarnya, doktor tidak peduli tentang kesan sampingan produk-produk seperti ini kerana mereka tidak punya pengetahuan tentang kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dan saintis yang jujur. Pengetahuan mereka bergantung kepada apa yang mereka belajar dari ilmu perubatan moden. Mereka tidak mampu berfikir di luar lingkungan. Para doktor bukan seperti jurutera. Doktor tidak boleh mengubahsuai apa yang telah sedia ada. Para jurutera pula perlu berhempas pulas mencari idea di luar lingkungan.

    Semakin ramai orang sakit, ia memberi pulangan perniagaan kepada doktor-doktor konvensional. Mereka menjana keuntungan dari penderitaan orang lain. Jika semua orang sihat, tiada siapa perlukan ubat. Dan sudah tentu Equal atau Nutra-Sweet tidak disarankan oleh doktor kepada pesakit diabetes. Hari-hari makan sebiji epal, menjauhkan anda dari doktor.

    Jika anda ingin selalu bertemu dengan doktor, ikutilah nasihat para doktor.


    Sumber: The Secret Medicines (TSM)

    Tuesday 11 August 2015

    Jus Delima Az-Granata Olive House


    Jus Delima Az-Granata Olive House:

    1. 1000ml: RM69.90
    2. 200ml: RM23.90

    *GST ditanggung OLIVE HOUSE
    *Caj pos dikenakan

    ✔Jus Delima GRANTE merupakan 100% JUS TULEN semula jadi yang dihasilkan oleh AZNAR iaitu pengeluar jus delima terbesar di Geokchay, Azerbaijan.

    ✔Delima dari daerah ini digelar sebagai "THE REAL AZERBAIJAN POMEGRANATES" dan telah memenangi pengiktirafan dunia.

    ✔Rahsia kehebatan rasa dan kualiti delima Geokchay disebabkan oleh pengaruh iklimnya dan struktur tanah yang unik.


    Manfaat Kepada Kesihatan:

    ✔ Membantu bertindak sebagai anti-kanser dan menghalang pembentukkab sel barah.
    ✔ Membantu meningkatkan kesuburan dan fungsi seksual lelaki dan wanita.
    ✔ Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
    ✔ Membantu menghapuskan maslah cacing pada kanak-kanak.
    ✔ Membantu mencegah obesiti.
    ✔ Membantu mengurangkan batuk dan lelah.
    ✔ Membantu merawat masalah jerawat.
    ✔ Membantu mengelakkan alahan bagi ibu mengandung dan membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan.

    ✔100% TULEN SEMULAJADI
    .
    .
    .
    WhatsApp/SMS: 013-4619694/013-4079445
    .
    .
    .
    #JusDelima
    #AzGranata
    #OliveHouse
    #AsySyakirinEnterprise

    houseofquranicfoods.blogspot.com

    Monday 10 August 2015

    Masalah Resdung & Hidung Tersumbat



    Soalan Daripada Pelanggan(Masalah Resdung+Hidung Tersumbat):

    Assalammu'alaikum doktor. Ada pesakit yang mengalami hidung tersumbat pada waktu pagi dan malam. Semasa terjadi, lendir keluar dari hidung yang dalam dan masuk ke mulut dan pesakit juga kerap berdehem-dehem ketika mengalami masalah ini. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut dan bagaimana makanan sunnah boleh mengubati penyakit tersebut?

    Jawapan Dari Dr. Salman:

    Wa'alaikumsalam. Simptom di atas merupakan simptom resdung/allergic rhinitis.

    Allergic rhinitis:

    Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yang terlibat. Doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yang membawa kepada simptom di atas.Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi.


    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa’alaikumsalam. Ini adalah masalah resdung dan adalah amat baik sekiranya mengamalkan secara istiqamah semua Quranic Food dan juga habbatus sauda 1gram sehari. Elakkan makanan proses terutamanya yang mengandungi gandum, gula dan susu.Amalkan berbekam sebulan sekali terutama pada tarikh-tarikh baik yang ada dalam hadis. Wallahu a'lam. 

    Sumber: Olive House Medic & Business

    Sunday 9 August 2015

    Minyak Zaitun Membantu Cegah Penyakit KRONIK



    MINYAK ZAITUN BANTU CEGAH PENYAKIT KRONIK

    Oleh: Dr Norman Mohd Norawi

    Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pemahaman mengenai makanan sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat.

    Sejak 50 tahun lalu, kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.

    Antara makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun.

    Allah SWT bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin dalam surah at-Tin ayat satu menunjukkan buah zaitun adalah hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi.

    Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

    Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

    Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

    Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.

    Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

    Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.

    Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.

    Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).

    Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.

    Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

    Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.

    Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.

    Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.

    Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

    Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

    Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.

    Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.

    Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi­nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).

    Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, insya-Allah.

    Artikel ini disiarkan akhbar #HarianMetro(www.hmetro.com.my/node/69166#) pada: Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:01 AM

    Sumber: |House of Quranic Foods|™ >houseofquranicfoods.blogspot.com<

    Friday 7 August 2015

    Masalah Apendiks



    Soalan Dari Pelanggan (Masalah Apendiks) Assalammu'alaikum doktor. Bagaimana hendak mencegah dan merawat apendiks? Adakah dengan membuang/memotongnya mampu mencegah ia daripada berulang sakit lagi? Adakah juga MZ/SCT dapat membantu? Mohon nasihat dari doktor. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. Apendiks ialah salur buntu pada usus yang menjadi tempat pengumpulan bakteria baik bagi usus walaupun fungsi sebenarnya masih tidak diketahui. Radang apendiks menyebabkan sakit di bahagian perut bawah kanan dan jika dibiarkan boleh menjadi nanah atau punca jangkitan darah. Rawatan biasa ialah antibiotic & appendicectomy iaitu pembedahan kecil membuang apendik. MZ dan Fig Vinegar boleh dicuba pada peringkat awal untuk mengurangkan radang tetapi jika sakit perut bertambah disertai demam. Sila rujuk ke hospital kerana dikhuatiri apendik boleh pecah di dalam sesetengah kes dan memerlukan pembedahan kecemasan. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Penyakit appendicitis adalah radang atau inflamasi pada organ appendix. Appendix adalah organ umpama unjuran mukosa pada usus besar di persimpangan usus besar dan usus kecil. Dahulu, saintis dengan mudah mengatakan appendix adalah organ yang tidak berguna dan dengan itu merasa tidak bersalah membuangnya berbanding mengubatinya. Appendix adalah lubuk bakteria baik dan membantu pencernaan cellulose dari tumbuhan. Seseorang yang terkena appendicitis bermakna telah terlalu banyak mengambil makanan proses atau mungkin mempunyai tabiat makan secara berlebihan. Semua ini menyumbang kepada kerosakan dinding usus dan ketidakseimbangan flora dalam usus. Dan ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan penyakit. Kembalikan keseimbangan usus dengan beramal makan gaya Rasulullah S.A.W. dan makanan dalam al-Quran dan elakkan makanan proses yang syubhah. Wallahu a'lam. Sumber: Olive House Medic & Business.

    Khasiat & Manfaat 5 Pemakanan Sunnah



    Soalan Dari Pelanggan (Khasiat & Manfaat 5 Pemakanan Sunnah):

    Assalammu'alaikum doktor hafizah. Bolehkah doktor terangkan apakah khasiat mahupun manfaat yang khusus bukan umum dari 5 pemakanan iaitu minyak zaitun, buah teen, cuka buah teen, delima, kurma, dan anggur kepada sistem tubuh badan kita? Contohnya, kurma amalan yang baik khusus memberikan tenaga/kadbohidrat kepada tubuh.

    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa’alaikumsalam. Khasiat khusus Quranic Food susah hendak jawab soalan ini sebab kita membicarakan tentang 'superfood' dan 'superfood' mempunyai sangat banyak komponen yang membantu badan dari pelbagai segi. Ia bukanlah semudah mengatakan nasi sebagai sumber karbohidrat. Cuma apa yang boleh digeneralisasikan:

    - Kurma🌰: Glukosa segera.
    - Teen🍑: Fiber, mineral dan elektrolit.
    - Delima🍒: Antioxidant, punicalagin, food for blood and blood vessels.
    - Minyak Zaitun🍶: Lemak baik dan polyphenols.
    - Anggur🍇: Resveratrol dan vitamins.

    Khasiat mereka berlima ini terlampau banyak. Amalkanlah selalu.

    Sumber: Olive House Medic & Business.

    Tuesday 4 August 2015

    Masalah Uric Acid Tinggi Dalam Air Kencing



    Soalan Dari Pelanggan (Masalah Uric Acid Tinggi Dalam Air Kencing):

    Assalammu'alaikum doktor. Seorang pengguna MZ amal 3 botol MZ dengan konsisten seperti yang disarankan. Apabila membuat pemeriksaan air kencing, didapati protein keluar dan urine asid dalam badan pesakit tinggi. Bolehkah doktor perjelaskan masalah ini? Baik atau tidak baik?


    Jawapan Dari Dr. Salman:

    Wa’alaikumsalam. Protein yang melalui buah pinggang tidak akan ditapis keluar kerana molekulnya yang besar. Kerana itu, jika protein terdapat di dalam air kencing, ia bermakna terdapat kebocoran pada penapis buah pinggang. Ianya petanda berlaku proses radang pada buah pinggang seperti glomerulonephritis atau komplikasi dari darah tinggi dan kencing manis. Rawatan biasa ialah merawat puncanya seperti darah tinggi menggunakan angiotensin receptor blocker (ARB) atau angiotensin converting enzyme (ACE) dan bagi sesetengah kes menggunakan steroid bagi menghentikan proses radang.

    Bagi rawatan alami, kurangkan makanan berprotein serta garam yang tinggi. Makan sayuran dan buahan yang mengandungi anti-oksida yang tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan radang bagi buah pinggang.


    Jawapan Dari Dr. Hafizah:

    Wa’alaikumsalam. Uric acid dalam darah yang tinggi menunjukkan terlalu banyak inflamasi sedang berlaku. Proses inflamasi akan memusnahkan sel yang rosak dan kemudian membaiki dengan syarat cukup segala khasiat yang diperlukan  olehnya. Apa yang boleh saya nyatakan ini adalah keadaan yang baik. Teruskan amalan ini di samping sangat perlu menjaga pemakanan. Janganlah kita mengambil makanan al-Quran (amar maaruf) dan meneruskan amalan pemakanan yang buruk (meninggalkan nahi mungkar) dan lakukanlah bekam sebulan sekali. Wallahu a'lam.

    Sumber: Olive House Medic & Business.