OLEOCANTHAL: KOMPONEN MINYAK ZAITUN YANG MEMBUNUH SEL KANSER
Chris Weller | 11-08-2015
Oleocanthal adalah sebatian utama fenolik antioksidan yang terdapat dalam pati minyak zaitun (extra virgin) telah terbukti dapat menghapuskan sel-sel kanser dalam jangka masa kurang daripada satu jam.
Sekumpulan penyelidik dari Rutgers University dan Hunter College telah menerbitkan kajian baru-baru ini di dalam jurnal Molecular & Cellular Oncology. Penemuan tersebut menambahkan lagi hujahan memihak kepada minyak zaitun yang telah ditunjukkan di dalam kajian-kajian lain sebelum ini di mana ia akan bertindak sebagai perlindungan kepada tubuh badan terhadap pencemaran udara, meningkatkan sistem imun badan, melindungi penuaan terhadap tulang, dan juga dapat menghalang penyakit Alzheimer.
Dalam keadaan normal, sel-sel yang tidak penting akan mengalami proses yang dipanggil apoptosi. Ia adalah proses sel membunuh diri sendiri dan proses itu mengambil masa 16 hingga 24 jam. Dalam ujikaji Onica Legendre dan David Foster dari Hunter College, dan Paul Breslin daripada Rutgers, mereka mendapati bahawa setiap sel daripada semua jenis kanser yang mereka pelajari telah dihapuskan dalam tempoh 30 minit hingga satu jam.
"Kami perlu untuk menentukan sama ada oleocanthal telah mensasarkan protein itu dan menyebabkan sel-sel mati," kata Breslin, seorang profesor sains pemakanan, dalam satu kenyataan universiti.
Apa yang mereka temui adalah oleocanthal telah memusnahkan pusat sisa sel kanser yang dikenali sebagai lysosomes. Ia lebih besar daripada sel-sel sihat yang lain dan sangat rapuh. "Sebaik sahaja anda memusnahkan sel tersebut, sel-sel kanser yang lain akan menjadi lemah," kata Breslin. Lysososomes menghasilkan fungsi penstabilan bagi keperluan sel. Jadi, apabila oleocanthal memusnahkan pusat sisa sel kanser itu, fungsi kritikal sel kanser akan menjadi lemah dan lama-kelamaan akan mati. Sel-sel sihat pula tidak akan terjejas dan akan tinggal di dalam tubuh badan. Oleocanthal akan menyebabkan sel-sel sihat menjadi tidak aktif atau "dalam mod tidur’ untuk satu hari, dan pada hari berikutnya sel-sel sihat akan bergerak aktif seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Oleocanthal bukan asing lagi kerana ia telah menjadi pemakanan yang paling sihat di dunia. Selain daripada menjadikan jantung sihat dan antioksidan, minyak zaitun menyediakan sumber yang kaya dengan lemak sihat yang boleh mengekalkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan.
"Kami berpendapat oleocanthal menjadi penjelasan terhadap penurunan kes kanser di dalam diet Mediterranean yang merupakan pengguna tertinggi," Foster memberitahu Medical Daily melalui e-melnya. "Dan berkemungkinan penulenan (dos yang lebih tinggi) mungkin boleh digunakan secara terapeutik."
Sumber: Olive House
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
No comments:
Post a Comment