Soalan Dari Pelanggan (Masalah Apendiks)
Assalammu'alaikum doktor. Bagaimana hendak mencegah dan merawat apendiks? Adakah dengan membuang/memotongnya mampu mencegah ia daripada berulang sakit lagi? Adakah juga MZ/SCT dapat membantu? Mohon nasihat dari doktor.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Apendiks ialah salur buntu pada usus yang menjadi tempat pengumpulan bakteria baik bagi usus walaupun fungsi sebenarnya masih tidak diketahui. Radang apendiks menyebabkan sakit di bahagian perut bawah kanan dan jika dibiarkan boleh menjadi nanah atau punca jangkitan darah. Rawatan biasa ialah antibiotic & appendicectomy iaitu pembedahan kecil membuang apendik. MZ dan Fig Vinegar boleh dicuba pada peringkat awal untuk mengurangkan radang tetapi jika sakit perut bertambah disertai demam. Sila rujuk ke hospital kerana dikhuatiri apendik boleh pecah di dalam sesetengah kes dan memerlukan pembedahan kecemasan.
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Penyakit appendicitis adalah radang atau inflamasi pada organ appendix. Appendix adalah organ umpama unjuran mukosa pada usus besar di persimpangan usus besar dan usus kecil. Dahulu, saintis dengan mudah mengatakan appendix adalah organ yang tidak berguna dan dengan itu merasa tidak bersalah membuangnya berbanding mengubatinya. Appendix adalah lubuk bakteria baik dan membantu pencernaan cellulose dari tumbuhan. Seseorang yang terkena appendicitis bermakna telah terlalu banyak mengambil makanan proses atau mungkin mempunyai tabiat makan secara berlebihan. Semua ini menyumbang kepada kerosakan dinding usus dan ketidakseimbangan flora dalam usus. Dan ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan penyakit. Kembalikan keseimbangan usus dengan beramal makan gaya Rasulullah S.A.W. dan makanan dalam al-Quran dan elakkan makanan proses yang syubhah. Wallahu a'lam.
Sumber: Olive House Medic & Business.
Selamat datang ke teratak khidmat pemakanan dalam al-Quran untuk kesihatan kita. Blog ini hanyalah perkongsian ilmu, maklum balas, sahabat, teman dan kawan-kawan yang telah menggunakan dan mengamalkan produk OLIVE HOUSE. In shaa Allah, boleh kita berkongsi bersama juga mengenai gaya hidup Aafiyat Lifestyle, pemakanan sihat, natural, alami dan organik serta petua-petua perubatan yang mampu membantu pencegahan penyakit dan sebagainya. Selamat datang ke laman maya, "HOUSE of AAFIYAT LIFESTYLE"
Friday, 7 August 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment