AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Minyak Zaitun & Kanser Payudara. Show all posts
Showing posts with label Minyak Zaitun & Kanser Payudara. Show all posts

Wednesday 11 March 2015

Minyak Zaitun & Kanser Payudara

Minyak Zaitun & Kanser Payudara
(Dr. Hafizah Amanulla)


Kanser payudara adalah kanser yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Amalan pemakanan yang baik dan seimbang juga aktiviti menyusukan bayi sehingga 2 tahun merupakan faktor yang dapat melindungi wanita dari kanser ini. Minyak zaitun extra virgin telah dikaji sebagai suatu bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Jurnal BioMed Central yang diketuai oleh Javier A. Menendez, PhD, dari Catalan Institute of Oncology di Girona, Spain mendapati bahawa komponen secoiridoids dan lignans di dalamnya telah dikaji berupaya membunuh sel-sel kanser yang mempunyai reseptor Her-2, iaitu reseptor yang diekspresikan pada sesetengah sel kanser payudara. Apa yang paling penting adalah minyak zaitun tersebut haruslah dari perahan sejuk dan tidak ditapis agar kandungan komponen fitokimianya sentiasa wujud dan tidak dirosakkan oleh pemprosesan haba dan penapisan.


Walaupun kebanyakan doktor ortodoks Amerika meragui penemuan ini kerana bagi mereka untuk sel-sel kanser yang tidak mempunyai reseptor Her-2, ianya tidak akan berkesan, namun bagi saya komponen-komponen lain yang hebat di dalam minyak zaitun seperti polyphenol nya yang bersaiz kecil tetap menguatkan sistem imun dan sistem imun yang kuat akan menggerakkan homeostasis tubuh untuk melawan sel asing(kanser). Lagipun sel kanser bertumbuh di dalam badan seseorang yang berimuniti rendah dan tidak mampu bertindakbalas dengan ancaman sekitaran. Sebuah kajian klinikal yang diketuai oleh seorang pakar onkologi, Dr Tejal Patel, sedang dijalankan di Houston Methodist Cancer Centre, Amerika Syarikat. Dalam kajian ini mereka mengkaji kesan pengambilan hydroxytyrosol terhadap tahap densiti payudara pada rajah mamografi. Selama ini diketahui bahawa tahap densiti payudara yang tinggi memberi risiko yang lebih untuk mendapat kanser payudara. Melalui kajian preliminari yang telah dilakukan, mereka mendapati pengambilan hydroxytyrosol(dalam minyak zaitun) mengurangkan tahap densiti payudara.



Sementara itu di Sepanyol, sebuah universiti di Bercelona sudah selesai menjalankan kajian yang menunjukkan penggunaan minyak zaitun dapat merencat aktiviti oncogene p21Ras yang memainkan peranan dalam kanser payudara, menggalakkan kemusnahan sel tumor dan melindungi DNA sel dari musnah. Penemuan-penemuan ini sudah cukup membuktikan yang pengambilan minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko pembentukan kanser payudara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat.