AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)
Showing posts with label Penyakit Saraf Di Muka. Show all posts
Showing posts with label Penyakit Saraf Di Muka. Show all posts

Friday 4 September 2015

Penyakit Saraf Di Muka(Misteri)




Soalan Dari Pengguna(Penyakit Saraf Di Muka):

Assalammu’alaikum. Baru ziarah seorang sahabat yang menghidapi masalah saraf di bahagian muka, jadi ber'akar' & kemudian membengkak. Beliau pernah operation buang mata sebelah kiri & sepatutnya operation untuk buang mata sebelah kanan, hidung & mulut semalam di PPUM, tapi doktor tangguhkan.

Katanya, tidak ada rasa sakit, cuma yang risau apabila telah membengkak, sampai masa akan pecah & berlaku pendarahan yang banyak.

Setakat ini tidak ada ubat yang diberi & dimaklumkan kerana ia kes yang pertama. Juga telah ikhtiar pelbagai cara dan mungkin doktor boleh membantu masalah saya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kanser yang tiada harapan sembuh walaupun melalui pembedahan/kemoterapi/radioterapi. Amalkan Quranic Food dengan keyakinan yang mutlak kepada Allah Taala. Walaupun sunnatullah/ hukum alam yang telah diletakkan oleh Allah menyatakan tiada harapan untuk sembuh tetapi qadaratullah/kekuasaan Allah tidak terbatas dan boleh mencarik adat menurut ilmu tauhid . Dalam ilmu perubatan, pesakit ini hanya dirawat secara paliatif, iaitu hanya mengurangkan symptom yang dialami tanpa tujuan penyembuhan/terapeutik. Jika sakit, diberi ubat sakit, jika tidak boleh makan, dimasukkan tiub pemakanan dan sebagainya.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sebaiknya, jumpa saya dan one to one counselling. Itu yang lebih baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.