AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Tuesday 30 June 2015

Air Alkali Dengan Hidrogen Aktif (H¯ Water)




Apa itu H¯ Water?

H¯ Water adalah air alkali berhidrogen terbaik ( pH 9.0) yang dihasilkan dengan teknologi pengionan air yang canggih dan dipatenkan di Jepun dan USA. "H" bermaksud (health) - kesihatan, (healing) - penyembuhan, (hydration) - penghidratan, (hexagon) - molekul heksagon, dan (hydrogen) - hidrogen. Ia berfungsi sebagai antioksidan yang hebat, penyahtoksin terbaik yang membantu mengimbangi pH dan meningkatkan kesihatan tubuh badan. Kini, ia didatangkan di dalam botol yang memudahkan anda menikmati faedah H¯ Water dimana juga anda berada dan pada bila-bila masa!



RAHSIA H¯ Water:

1. Kaya dengan ion hidrogen negatif(H¯)dan hidrogen aktif (H); namun (H¯) adalah antioksidan semulajadi yang paling berkesan.

2. Kaya dengan mineral ion air alkali semulajadi seperti Ca2+, Mg2+, K+, Ion mineral ini bersedia meresap ke dalam sel tubuh kita.

3. Kaya dengan oksigen yang terlarut dan membakar kalori dan meningkatkan metabolisma.

4. Kaya dengan elektron (e-) atau ion negatif bersama antioksidan yang kuat.

5. Struktur mikro kluster heksagon asli dalam air berfungsi sebagai penyerap nutrien dan penyahtoksin terbaik.

6. Tahap pH yang selamat dan konsisten membantu keseimbangan pH tubuh badan kita.



KENAPA ANDA PERLU H¯ Water?

Dalam gaya hidup moden pada hari ini, kita terdedah kepada beberapa faktor seperti asap rokok, kafein, bahan tambahan dan pengawet, makanan berminyak dan berkolestrol tinggi. Cuaca yang melampau menjadi penyebab dehidrasi dan meningkatkan radikal bebas di dalam badan kita. Ini mengakibatkan kepada pelbagai isu kesihatan dan turut mempercepatkan proses penuaan anda.



MANFAAT H¯ Water OLIVE HOUSE:

✅ Berfungsi sebagai anti-oksidan paling kuat menentang radikal bebas.

✅ Berfungsi sebagai penyahtoksin paling berkesan.

✅ Membantu penurunan berat badan dengan fungsi minyak atau lemak pengemulsian.

✅ Membantu kesan penyembuhan yang lebih baik dengan mengimbangi pH tubuh badan.

✅ Membantu hidrat semula tubuh badan dengan berkesan dengan ciri air mikro kluster.

✅ Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.

✅ Membantu meningkatkan jangka hayat sel tubuh badan.



AIR ALKALI OLIVEHOUSE @ 500ml (24 botol)
💰Harga runcit: 
- RM4.50/botol
- RM108.00/carton

AIR ALKALI OLIVEHOUSE @ 1.5 liter (12 botol)
💰Harga runcit: 
- RM10.00/botol
- RM120.00/carton

Monday 29 June 2015

Petua Rawatan Gegata / Kelopak Garam / Hives (Urticaria)


RawatanGegata-KelopakGaram-Hives
RawatanGegata-KelopakGaram-Hives


***Rawatan Gegata / Kelopak Garam / Hives (Urticaria)***


Ini adalah artikel tentang petua rawatan Gegata / Kelopak Garam / Hives (Urticaria). Dibahagikan sebagai akut dan kronik. 
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan yang disebabkan oleh histamine yang akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Histamine ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Penyebab penyakit disebabkan alah kepada:

Makanan, sengatan binatang, persekitaran, kesejukan, ubatan, cahaya matahari , imun yang lemah.


Friday 26 June 2015

Masalah Pundi Hempedu-Gallbladder



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pundi Hempedu-Gallbladder):

Assalamu’alaikum. Ada customer dengan history liver resection and buang gallbladder, bolehkah consume minyak zaitun? Doktor advice not to take minyak dan lemak. Minta tolong doktor explain. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sains mendapati jus hempedu diperlukan untuk penghadaman lemak. Jadi, apabila tiada gallbladder (pundi hempedu) maka dikatakanlah tidak boleh makan lemak. Tapi, badan manusia ini belum habis dikaji lagi. Ada tapak jalan alternatif yang banyak Allah bagi dalam tubuh. Amalkanlah minyak zaitun dan tengok kesannya. Saya ada pengalaman seorang pesakit yang telah remove gallbladder dan amalkan MZ, memang tiada masalah cuma dia memerlukan dos yang tinggi. Untuk setiap orang, saya nasihatkan amalkan dengan dos kecil dahulu dan naik sedikit-sedikit. Wallahu’alam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Olive oil bagi pesakit yang tiada kantung hempedu (gall bladder ):
Proses penghadaman lemak memerlukan jus hempedu (bile) yang disimpan & dipekatkan di dalam gall bladder. Ketiadaan gall bladder menyebabkan jus ini dirembes secara terus dari hati tetapi lebih cair.

Pesakit yang mengambil olive oil mungkin mengalami senak di bahagian kanan atas perut kerana sistem ini terpaksa bekerja lebih tanpa simpanan jus ini dengan ketiadaan gall bladder.

Ambillah olive oil dalam kadar 1/3 dari biasa dan tingkatkan sedikit demi sedikit berdasarkan tahap ketahanan. Minum bersama fig vinegar agar lemak dipecahkan lebih efisyen dan diserap lebih baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday 25 June 2015

Quranic Food TIADA TARIKH LUPUT?



MENGAPAKAH MAKANAN DALAM AL-QURAN & AS-SUNNAH TIADA TARIKH LUPUT???

Hakikatnya, minyak Zaitun, buah Teen, buah Kurma, cuka buah, pati Delima, madu dan makanan sunnah yang lain tiada tarikh luput. Ini kerana, tarikh luput adalah salah satu syarat pemasaran mahupun SOP produk yang diletakkan untuk kelulusan kementerian. Oleh sebab itu, penjagaan kualiti produk makanan sunnah yang betul dan baik mampu menjaga khasiatnya yang sebenar walaupun telah lama. Tiada masalah untuk diamalkan selagi tidak mempunyai kesan bau busuk, basi, rosak dan sebagainya.

Expired date adalah penetapan oleh kementerian untuk semua produk makanan.
Untuk makanan basah yang dibungkus, amat perlu dititikberatkan kerana tempoh pengawetan berkaitan dengan tarikh luput. Manakala, untuk makanan kering yang dibungkus telah luput tarikhnya masih boleh diambil jika masih tiada fungus; bau dan rasa berubah. Ia seperti ikan kering, bilis, udang kering dan lain-lain.

JOM MENGAMALKAN QURANIC FOOD DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA!

PERTANYAAN LANJUT KLIK http://aafiyat.wasap.my

JOM SIHAT WALAFIAT BERSAMA KAMI!

Wednesday 24 June 2015

Masalah Darah Tinggi & Kolestrol



Soalan Dari Pengguna (Masalah Darah Tinggi & Kolestrol):

Assalammu’alaikum. Dahulu, saya makan ubat darah tinggi & kolestrol daripada hospital. Sekarang, tidak makan ubat hospital dan amal MZ & SCT sahaja tetapi kepala masih ada sakit-sakit setiap hari. Bagaimanakah cara atasinya?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan MZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sila bekam di bahagian kepala dan elak makanan proses, MSG, gandum. Banyakkan dan lamakan masa sujud dalam solat.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 23 June 2015

Masalah Penyakit Buasir



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Buasir):

Assalammu’alaikum doktor. Penyakit buasir perlu minum Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) ke? Bagaimanakah pengamalannya? Buasir telah mula keluar dan sakit hampir dua tahun lebih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit buasir, amalkan MZ & SCT macam biasa cuma tolong biasakan makan sedikit dan lebihkan serat dalam makanan. Buah Teen banyak serat. Elakkan minum susu, milo, soya, makan ayam bandar, gandum dan minyak habbatus sauda boleh disapu di bahagian dubur setiap kali lepas buang air besar.

Boleh juga amalkan 'sitz bath': ianya adalah untuk mengurangkan sakit pada dubur atau perineum. Ianya adalah dengan berendam dalam keadaan memeluk lutut, bahagian punggung dibiarkan terendam dalam air yang dicampur garam, soda bikarbonat atau cuka. Boleh juga amalkan herba-herba seperti witch hazel dan sebagainya.

Antara petua lain ialah tumbuk seinci halia dan letakkan si dubur selama 5 minit, buat sekali sehari sampai lega. Petua lain lagi: Boleh amalkan minuman cuka teen+madu+serbuk kayu manis, dibancuh dengan air suam dan diminum sebelum makan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Buasir/Hemorrhoid:

Buasir ialah pembengkakan salur darah vena di bahagian dubur. Ianya boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar dan salur darah bersama lapisan usus boleh terkeluar dari dubur menyebabkan kesakitan. Punca bagi buasir ialah sembelit yang kerap dan obesiti.

Olive oil membantu dengan melembutkan najis dan menghalang sembelit manakala fig vinegar mampu mengecutkan tisu yang bengkak. Tekapkan kapas yang direndam di dalam vinegar kepada tisu yang terkeluar melalui dubur. Ulang sehingga ianya mengecut.

Pastikan pengambilan air dan serat yang mencukupi melalui buah dan sayur. Elakkan meneran jika sembelit. Amalkan sitz bath iaitu berendam duduk di dalam air suam bergaram selama 15 minit 3 kali sehari.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Monday 22 June 2015

Maklum Balas Pelanggan: Alahan Kepada Ketam



Maklum Balas Pelanggan: Alahan Kepada Ketam

*Daripada MOHD DIN BIN ISMAIL (0134489867)

"Saya mengamalkan produk 1 sudu Olivie30 pada waktu pagi. Kesan - kesan bengkak di muka dan dibahagian badan surut selepas beberapa jam pengambilan. Tekanan darah juga menjadi normal. Syukur alhamdulillah keadaan kesihatan saya pulih dengan cepat."

Sumber: http://www.olivehouse.my/web/testimonial.php?testid=233

Masalah Otak-Meningitis



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Otak-Meningitis): Assalamualaikum doktor. Boleh cadangkan gabungan makanan sunnah dan rawatan yang sesuai untuk anak saya, berumur 1 tahun dan mengalami kecederaan di otak setelah menghidap meningitis; 1) telinga kanan tidak dapat mendengar, telinga kiri perlu alat bantuan pendengaran, 2) mata tidak pasti status, tidak berkelip bila dihala lampu suluh, 3) growth delay, sudah setahun tapi masih terbaring dan leher pun masih lembik/terkulai. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa'alaikumsalam. Kanak-kanak yang mengalami meningitis/jangkitan kuman ke dalam otak biasanya akan mengalami kerosakan otak yang teruk dan memberi kesan kepada organ-organ penting seperti pendengaran, penglihatan, perkembangan saiz tubuh serta pergerakan otot. Setiap organ perlukan terapi & rehabilitasi yang berbeza dan tiada yang dapat pulih seperti asal tetapi sekurang-kurangnya melalui terapi yang berterusan mengelakkan dari ketidakfungsian organ secara total. Untuk pendengarannya, pastikan dia mendapat stimulasi bunyi melalui pemakaian alat bantu pendengaran dan dapatkan konsultasi pakar ENT. Jika ia tidak respon kepada alat bantu dengar, mungkin dia dapat dibantu dengan pembedahan implan koklea. Begitu juga stimulasi matanya kepada cahaya dan dunia sekeliling. Sentiasalah merangsang deria serta gerakkan sendinya agar tidak mengeras. Pastikan zat dan nutrisi lebih-lebih lagi pemakanan Quranic Food yang membantu perkembangannya secara holistik. Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Pemakanan untuk anak yang mengalami kecederaan otak selepas meningitis. Susu ibu adalah makanan terbaik dan hendaklah ibunya menjaga pemakanan semasa menyusukan bayi. Bagi meningkatkan perkembangan otak, bolehlah diberi minyak zaitun ke dalam makanan hariannya. Minyak kelapa dara juga membantu perkembangan sel-sel otak. Elakkan makanan ringan dan makanan proses kerana walaupun sedikit sahaja yang dimakan ia akan memberikan kesan kepada otak kerana otak dan usus mempunyai hubungan yang kuat. Elakkan juga memakan ayam bandar dan daging proses atau daging import yang diragui. Makanan lain yang membantu adalah kunyit, pegaga dan ginkgo biloba, elok diambil bersama madu. Bekam di kawasan kepala sebulan sekali dengan istiqamah. Lakukan urutan dengan penuh kasih sayang setiap hari di seluruh tubuh. Wujudkan suasana harmoni dan penuh kasih sayang di rumah. Teruskan usaha murni tuan dan sesungguhnya inilah amalan yang akan menjejakkan kaki tuan ke syurga Allah S.W.T. Insya Allah. Sumber: Olive House Medic & Business.


Friday 19 June 2015

Masalah Bayi Bawah Umur Setahun



Soalan Dari Pengguna(Masalah Bayi Bawah Umur-Alergi & MZ):

Assalamu’alaikum. Kes ini adalah bayi yang berumur bawah 1 tahun;

1- Bayi yang mengalami ekzema yang teruk, muka keluar merah-merah berair.
2- Bayi berumur 4 bulan, alergi susu lembu. Jadi, mak dia fully breastfeed tapi still naik ruam merah, berair dimuka dan badan. Begitu juga jika mak dia salah makan berasaskan susu lembu.
3- Bayi 11 bulan, ada ruam panas pada leher.

Soalannya, bolehkah mereka semua disapu MZ dekat tempat yang merah & ruam atau ada alternatif lain?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk kes bayi bawah umur 1 tahun;

1- Untuk bayi: Elakkan menggunakan sebarang sabun atau losyen di pasaran yang dicampur bahan kimia. Boleh letakkan pada ekzema tersebut dengan minyak zaitun dicampur dengan minyak habbatussauda. Pastikan nipis sahaja sapuannya.

2- Masalah utama adalah alergi kepada susu lembu proses. Jadi, elakkan terus susu terutamanya dan apa jua bahan berasaskannya.

3- Untuk ruam panas, boleh sapukan MZ yang dicampur dengan air. Buat setiap kali selepas mandi. Boleh juga menggunakan tepung ubi dicampur air dan dioles macam bedak sejuk.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Alergi/Ekzema/Resdung:

1- Kandungan oleocanthal di dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan + vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi. Dari luaran, ianya berfungsi sebagai pelembap kepada kulit yang terlibat dengan ekzema.

2- Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan bengkak pada sistem yang terlibat. Tiada rawatan bagi penyakit ini dan doktor biasanya memberi ubatan antihistamin bagi mengurangkan tahap histamin yang membawa kepada simptom di atas.

3- Bagi bayi, tidak sesuai menyapu secara terus kepada kulit kerana lapisan pelindung yang tidak terbentuk dengan sempurna. Cairkan dengan air sebelum menyapu kepada kulit bayi. Pengambilan juga ialah melalui pemakanan ibu yang akan dirembes melalui susu ibu.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Masalah Batu Karang+Hempedu



Soalan Dari Pengguna(Masalah Batu Karang+Hempedu & MZ):

Assalamu’alaikum. Adakah MZ boleh pecahkan batu karang? Ada customer tanya, untuk kes batu karang bagaimana kaedah yang betul hendak rawatnya. Mohon penjelasan dan bagaimana dengan masalah batu karang dalam hempedu pula?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Batu karang (batu di saluran kencing): Campurkan air limau nipis/lemon dengan minyak zaitun dan minum sekali sehari dan sepanjang hari minum air lemon+cuka teen. Ini antara remedinya.

Batu hempedu: Amalkan MZ macam biasa dan tukar tabiat pemakanan sihat. Remedi lain ada pelbagai antaranya cuka teen diminum dengan dos tinggi (4  sudu besar dalam 1 mug air). Kemudian, disusuli dengan  jus buah-buahan.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk kes batu karang, pundi kencing dan hempedu:

Sila rujuk kepada pakar bedah kerana jika saiz batu tersebut besar, maka pembedahan diperlukan. Jika saiznya kecil menurut pakar bedah dan juga selepas pembedahan, amalkan MZ bagi batu pundi hempedu (ia bertindak sebagai cholagogue – mengecutkan pundi hempedu dan mengelakkan pemendakan jus hempedu) dan SCT bagi batu pundi kencing (sifat asidnya meneutralkan air kencing dan menghalang pembentukan batu karang serta melancarkan pengaliran air kencing).

Sumber: Olive House Medic & Business.

Masalah Kulit Kering



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kulit Kering+MZ):

Assalamualaikum. Adakah pati minyak zaitun sesuai disapukan ke kulit wajah sensitif sebelum tidor? Bagaimana caranya? Adakah perlu menggunakan campuran bahan lain?

*Nota kecil: Saya ada sapu pada wajah tetapi kulit saya jadi kering dan mengelupas. Sekarang ini saya minum pagi dan malam baru saja amal mula 1 Jun lepas. Puasa ini saya minum cuma minum selepas waktu berbuka hingga sahur sebelum saya juga pernah guna produk kosmatik. Dulu kulit saya mengalami iritasi juga (kering & mengelupas) sebab jenis kulit sensitif. Bila saya gunakan sabun minyak zaitun, beransur baik tapi kulit masih menghadapi masalah kekeringan. Jadi, saya cuba sapukan pati minyak zaitun ke wajah sebelum tidur. Mula2 ok, kulit nampk lembab & segar setiap kali bangun tidur tapi sekarang mula tunjukkan mengelupas dan kering di area tepi mulut dan tepi hidung. InshaAllah, saya akan kekalkan minum minyak zaitun tapi sapu dimuka mungkin terpaksa diberhentikan dulu? Mohon pencerahan dan cadangan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. MZ memang sesuai disapu dimuka terutamanya sebelum tidur. Pastikan muka dicuci terlebih dahulu dengan pencuci tanpa bahan kimia. Elakkan juga memakai alat solek kerana mungkin saki-baki alat solek yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyumbat pori dan ini akan menyebabkan jerawat. Penggunaan MZ seterusnya akan bertindak mengeluarkan sisa-sisa ini. Pemakanan juga hendaklah dijaga dan perlu hentikan tabiat makan makanan proses.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. MZ amat sesuai untuk kulit yang kering dengan mengembalikan kelembapan kepada kulit dari dalam. Untuk luaran, boleh dicuba dengan sapuan nipis dan dilihat respon kulit sebelum diamalkan secara berterusan.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 17 June 2015

Punca Sebenar PENYAKIT JANTUNG!



[MESTI BACA!] PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG (Dr. Dwight Lundell):

Dr. Dwight Lundell merupakan pakar bedah yang berpengalaman selama 25 tahun dan telah melakukan lebih dari 5,000 pembedahan jantung. Fakta yang menyatakan penyakit jantung berpunca daripada kolesterol yang tinggi di dalam darah adalah salah dan tidak benar. Preskripsi ubat yang dapat merendahkan kadar kolesterol dan pengambilan lemak yang terhad di dalam diet harian adalah amalan yang dicadangkan bagi mengurangkan kolesterol dan penyakit jantung. Malangnya, amalan ini sebenarnya tidak berfungsi.

Fakta Sebenar:

1. Walaupun 25% penduduk mengambil ubat statin yang mahal dan mengurangkan pengambilan kandungan lemak dalam pemakanan harian, tetapi lebih ramai rakyat Amerika mati setiap tahun berbanding pada tahun-tahun sebelumnya disebabkan penyakit jantung.

2. Statistik daripada ‘American Heart Association’ menunjukkan 75 juta rakyat Amerika kini mengalami penyakit jantung, 20 juta menghidap diabetes, dan 57 juta mempunyai pra-diabetes.

3. Penemuan sebenar menunjukkan keradangan di dalam dinding arteri adalah punca sebenar penyakit jantung, bukan disebabkan kolesterol yang tinggi.

4. Kolesterol tidak akan berkumpul pada dinding salur darah jika tidak berlaku keradangan terlebih dahulu.

Keradangan:

Merupakan kesan semulajadi yang menunjukkan badan bertindak balas dengan baik terhadap benda asing seperti bakteria, toksin, atau virus. Keradangan akan menjadi lebih kronik jika badan terlalu terdedah kepada toksin dan pengambilan makanan yang tidak dapat diproses oleh badan akhirnya akan menyebabkan inflamasi yang teruk. Pengalaman selama 25 tahun membuat pembedahan melebihi 5,000 pesakit yang mengalami masalah jantung, semuanya mempunyai persamaan iaitu mengalami keradangan di dalam arteri.

Punca-Punca:

1. Radang pada salur darah berpunca daripada diet rendah lemak yang disyorkan pakar perubatan arus perdana sejak betahun lamanya.

2. Pengambilan produk makanan ringkas dan diproses seperti gula putih dan tepung, serta penggunaan minyak sayuran Omega-6 seperti kacang soya, jagung, dan bunga matahari secara berlebihan.

Kesan Buruk:

• Penyakit jantung
• Strok
• Kencing manis
• Obesiti


‘Sweet roll’ Dan Keradangan Salur Darah:

Mempunyai kadar gula yang tinggi malah dibakar dengan Omega-6 yang banyak yang berperanan untuk memanjangkan jangka hayatnya. Apabila paras gula tinggi di dalam darah, sebagai tindak balas, pankreas akan merembeskan insulin bagi membawa gula ke dalam setiap sel dan disimpan sebagai tenaga. Jika sel telah menyimpan tenaga dengan cukup dan tidak lagi memerlukan glukosa, ia akan mengelakkan gula tambahan daripada disimpan serta mengganggu sistem badan.

Gula dikawal dalam keadaan yang sangat sedikit di dalam darah. Lebihan gula lain akan melekat pada protein dan mencederakan dinding saluran darah yang akhirnya membawa kepada masalah keradangan pada dinding salur darah.

Omega-6:

1. Berperanan mengawal apa yang keluar dan masuk di dalam sel-sel badan tetapi perlu diseimbangkan dengan Omega-3.
2. Nisbah optimum bagi Omega-6 dan Omega-3 ialah 3:1.
3. Jika Omega-6 berlebihan, membran sel di dalam badan akan menghasilkan ‘cytokines’ yang secara langsungnya akan menyebabkan keradangan.

Langkah Pencegahan:

1. Mengamalkan karbohidrat yang sangat kompleks seperti buah-buahan dan sayuran.
2. Mencegah pengambilan Omega-6 secara berlebihan atau makanan proses yang diperbuat daripadanya.
3. Amalkan minyak zaitun asli atau mentega hasil dari daging lembu yang hanya diberi rumput sebagai makanan dalam diet harian.

Kesimpulannya, kolesterol bukan penyebab penyakit jantung. Jadi, kebimbangan terhadap lemak tepu adalah tidak masuk akal.

Sumber: http://www.olivehouse.my





Masalah Keguguran Rambut



Soalan Dari Pengguna(Masalah Keguguran Rambut):

Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada tak penyelesaian untuk masalah keguguran rambut yang agak teruk sehingga menampakkan kulit kepala? Adakah MZ dan SCT ada khasiat untuk rambut gugur?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Bisul akar rambut;

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu. Bisul akar rambut terjadi disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya, fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak.

Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat, sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Minyak Zaitun memang terbaik untuk rambut gugur. Minum 2 sudu pagi dan malam (boleh dinaikkan dos ikut kesesuaian). Letakkan MZ dikulit kepala sebelum tidur setiap malam. InsyaAllah, selagi pengharapan pada Allah itu sentiasa ada maka Allah takkan mensia-siakan doa hambaNya.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Tuesday 16 June 2015

Bolehkah Diamal Cuka Buah Teen Untuk Masalah Buah Pinggang & Gastrik?



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Buah Pinggang & Gastrik+Cuka Teen): Assalamu'alaikum. Adakah pesakit buah pinggang dan gastrik tidak boleh mengamalkan cuka buah Teen? Mengapakah? Jawapan Dari Dr. Hafizah: Wa’alaikumsalam. Cuka buatan dibuat hasil tindakbalas metanol (hasil petroleum) dan gas karbon monoksida. Inilah asid asetik yang digunakan sebagai pelarut dalam industri. Ianya jugalah yang dicairkan pada kepekatan tertentu dan dijadikan cuka makan (kononnya tidak memudaratkan). Beza yang paling besar adalah ia berasal bukan dari sumber makanan. Badan kita bukan macam tong kosong. Masuk potasium bukan semua duduk dalam darah. Badan kita ini sistem umpama kilang kimia yang sangat kompleks. Sel kita sangat spesifik dan hanya menerima molekul yang spesifik untuknya sahaja. Sel kita hanya akan utilise makanan dan akan buang non-food material. Buang means ia akan duduk dalam darah dan menunggu untuk dikumuhkan. Bekam will help with it. Untuk dos pengambilan, ikut kesesuaian bermulakan dengan dos rendah dahulu kemudian naikkan berkala. Jawapan Dari Dr. Salman: Wa’alaikumsalam. 

Buah Pinggang:
Fig vinegar bagi pesakit buah pinggang (Chronic kidney disease).
Fungsi buah pinggang ialah untuk menyingkirkan toksin dan garam elektrolit berlebihan. Kerosakan organ ini menyebabkan kadar toksin dan elektrolit akan tinggi di dalam darah dan boleh mengganggu ritma degupan jantung (cardiac arrythmia) yang membawa kematian.
Pastikan kadar potassium/kalium di dalam darah pesakit buah pinggang berada di paras rendah atau normal kerana kadar potasium di dalam fig vinegar adalah tinggi. Perkara yang sama juga perlu diperhatikan sebelum mengambil makanan yang tinggi potasium seperti pisang, bayam, kentang, yogurt dan aprikot.
Gastritis: Gastritis ataupun disebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus. Olive oil membantu membentuk selaput pada lapisan perut yang terlibat seterusnya menghalang hakisan. Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.
Fig vinegar-Acetic acid yang terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan.Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.
Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami, amalkan MZ & SCT bersama segelas susu. Sumber: Olive House Medic & Business.




Friday 12 June 2015

Apakah Khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?



Soalan Dari Pelanggan(Apakah khasiat Buah Teen & Kenapa Kena Amal?):

Assalamu'alaikum. Kenapa buah teen kering perlu jadi amalan harian? Apakah kandungan penting di dalamnya sehingga ia perlu diamalkan setiap hari? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa'alaikumsalam. Buah teen kering dicadangkan agar diambil setiap hari demi tubuh badan ciptaan Allah S.W.T. ini. Kalau dilihat, buah Teen ini sangat unik kerana ia mengandungi khasiat pada buah dan biji kerana buah-buahan dan biji-bijian yang Allah S.W.T. sebutkan dalam al-Quran. Kedua-duanya ada pada buah Teen dan ianya amat mudah dimakan kalau dibandingkan dengan buah delima yang juga dimakan dengan bijinya (bagi yang boleh).

Jadi secara umumnya, dalam kesibukan harian manusia hari ini, di mana makanan bukanlah sesuatu yang utama harus difikirkan. Mengkomsumsi buah Teen adalah cukup untuk keperluan tubuhnya kerana bukan sahaja kaya vitamin dan mineral malah juga asid lemak essential dan pelbagai lagi komponen fitokimia.

Ia bukan sahaja makanan, malah suatu "ubat" yang cukup lengkap dengan efek antioksidan, anti kanser, antibakteria, antifungus, menurunkan gula dalam darah, melindungi hati dari kerosakan, menurunkan paras lemak merbahaya, menurunkan demam dan banyak lagi efek yang sudah pun dikaji. Maka, apakah ini semua menyebabkan anda masih mahu bertanya apakah perlunya mengambil buah teen setiap hari?  

Itu baru khasiat buahnya, belum lagi daunnya yang lebih hebat lagi dan untuk pengetahuan anda, universiti tempatan dan antarabangsa sibuk mengkaji khasiat daun Teen yang mampu digunakan untuk penyakit TB (tuberculosis), membunuh virus herpes, merangsang sistem imun dan membantu sistem pembekuan darah.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Khasiat dan manfaat buah Teen:

1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah Teen membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

2. Buah Teen kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan(Obesiti). 

3. Daun dari tanaman Teen memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon Teen dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah suntikan insulin.

4. Kandungan Coumarin pada buah Teen dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.

5.  Tryptophan, dalam buah Teen menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah Teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah Teen disebut Pektin, dalam buah Teen membantu dalam mengurangkan kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, buah Teen dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti nanah dan bisul.

9. Kadar air yang tinggi di dalam buah Teen bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah Teen kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

11. Buah Teen kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen dan Virus dalam tubuh manusia.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Thursday 11 June 2015

Masalah Thyroid



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid):

Assalamualaikum doktor. Saya ada masalah dan minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit thyroid.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang berlaku hari ini disebabkan gluten sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Wednesday 10 June 2015

TIGA Kemestian Pati Minyak Zaitun Olive House




Extra Virgin Olivie Oil #OLIVEHOUSE ialah pati minyak Zaitun yang mempunyai kualiti terbaik!

1. Extra Virgin

"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin.

2. Tidak Ditapis

Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols". Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin.

3. Tidak Bercampur

Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan dilabel 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.

*Harga Runcit:
RM 39.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 44.90 (Sabah/Sarawak)

Sumber: FB Page ---> Asy-Syakirin Enterprise 

Masalah Bayi Jantung Berlubang



Soalan Dari Pelanggan (Masalah Bayi Jantung Berlubang & MZ):

Assalamu’alaikum. Nak tumpang tanya sikit, kalau bayi usia 1 minggu mengalami masalah jantung berlubang, apakah cara pemakanan minyak zaitun? Bagaimana?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Jantung berlubang kanak-kanak biasanya melibatkan septum (pembahagi jantung) dan ini menyebabkan percampuran darah beroksigen dan berkarbon-dioksida. Sel tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Kesan jangka panjang ialah kelemahan jantung kerana terpaksa mengepam darah 2 kali ganda kerana darah u-turn melalui septum yang bocor. Rawatan doktor, jika kebocorannya kecil, hanya ulang echocardiogram, tunggu dan lihat ia tertutup sendiri bila bertambah usia. Jika besar kebocorannya yang membawa kepada sesak nafas, maka pembedahan diperlukan. Bagi kebocoran kecil, boleh dicadangkan MZ yang bertindak merendahkan tekanan darah seterusnya merehatkan kadar tekanan jantung. Ini mempercepatkan proses penutupan jantung berlubang.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah jantung berlubang biasanya memerlukan pembedahan namun ada juga kes-kes dimana lubang tertutup secara sendiri. Pada saya, yang paling penting adalah penyusuan susu ibu dan ibu harus mengambil superfood (Quranic Food) dalam amaun yang banyak agar khasiat ini dapat disalurkan melalui susu. Kalau ingin mengamalkan MZ, bolehlah dicuba dengan menyapu ke seluruh anggota badan dari hujung rambut ke hujung kaki setiap kali selepas mandi. Selepas seminggu boleh cuba diberikan setitik ke dalam mulut bayi. Boleh dikerapkan kepada 3 kali sehari. Teruskan pemeriksaan dengan doktor untuk melihat progress penyakit.

Sumber: Olive House Medic & Business.