Soalan Dari Pengguna(Masalah Bayi Bawah Umur-Alergi & MZ):
Assalamu’alaikum. Kes ini adalah bayi yang berumur
bawah 1 tahun;
1- Bayi yang mengalami ekzema yang teruk, muka keluar merah-merah berair.
2- Bayi berumur 4 bulan, alergi susu lembu. Jadi, mak dia fully breastfeed tapi still naik ruam merah, berair dimuka dan badan. Begitu juga jika mak dia salah makan berasaskan susu lembu.
3- Bayi 11 bulan, ada ruam panas pada leher.
Soalannya, bolehkah mereka semua disapu MZ dekat tempat yang merah & ruam atau ada alternatif lain?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa’alaikumsalam. Untuk kes bayi bawah umur 1
tahun;
1- Untuk
bayi: Elakkan menggunakan sebarang sabun atau losyen di pasaran yang dicampur
bahan kimia. Boleh letakkan pada ekzema tersebut dengan minyak zaitun dicampur
dengan minyak habbatussauda. Pastikan nipis sahaja sapuannya.
2- Masalah
utama adalah alergi kepada susu lembu proses. Jadi, elakkan terus susu
terutamanya dan apa jua bahan berasaskannya.
3- Untuk
ruam panas, boleh sapukan MZ yang dicampur dengan air. Buat setiap kali selepas
mandi. Boleh juga menggunakan tepung ubi dicampur air dan dioles macam bedak
sejuk.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Alergi/Ekzema/Resdung:
1- Kandungan oleocanthal di
dalam olive oil mempunyai natural anti inflammatory + antioksidan +
vitamin E yang menstabilkan sistem imun tubuh agar lebih toleran kepada
bahan yang dianggap bendasing tersebut seterusnya mengawal perkembangan alergi.
Dari luaran, ianya berfungsi sebagai pelembap kepada kulit yang terlibat dengan
ekzema.
2- Alergi berlaku sebagai tindakbalas tubuh kepada alergen. Alergen dilihat
oleh tubuh sebagai bendasing yang mesti disingkirkan, maka berlakulah allergic reaction seperti gatal dan
bengkak pada sistem yang terlibat. Tiada rawatan bagi penyakit ini dan doktor
biasanya memberi ubatan antihistamin
bagi mengurangkan tahap histamin yang
membawa kepada simptom di atas.
3- Bagi
bayi, tidak sesuai menyapu secara terus kepada kulit kerana lapisan pelindung yang
tidak terbentuk dengan sempurna. Cairkan dengan air sebelum menyapu kepada
kulit bayi. Pengambilan juga ialah melalui pemakanan ibu yang akan dirembes
melalui susu ibu.
No comments:
Post a Comment