Soalan Dari Pengguna(Masalah Batu Karang+Hempedu & MZ):
Assalamu’alaikum. Adakah MZ boleh pecahkan batu karang?
Ada customer tanya, untuk kes batu
karang bagaimana kaedah yang betul hendak rawatnya. Mohon penjelasan dan
bagaimana dengan masalah batu karang dalam hempedu pula?
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
Wa'alaikumsalam. Batu karang (batu di saluran kencing): Campurkan
air limau nipis/lemon dengan minyak zaitun dan minum sekali sehari dan
sepanjang hari minum air lemon+cuka teen. Ini antara remedinya.
Batu hempedu: Amalkan MZ macam biasa dan tukar
tabiat pemakanan sihat. Remedi lain ada pelbagai antaranya cuka teen diminum
dengan dos tinggi (4 sudu besar dalam 1 mug air). Kemudian, disusuli
dengan jus buah-buahan.
Jawapan Dari Dr. Salman:
Wa’alaikumsalam. Untuk kes batu karang, pundi
kencing dan hempedu:
Sila rujuk kepada pakar bedah kerana jika saiz batu
tersebut besar, maka pembedahan diperlukan. Jika saiznya kecil menurut pakar
bedah dan juga selepas pembedahan, amalkan MZ bagi batu pundi hempedu (ia
bertindak sebagai cholagogue –
mengecutkan pundi hempedu dan mengelakkan pemendakan jus hempedu) dan SCT bagi
batu pundi kencing (sifat asidnya meneutralkan air kencing dan menghalang
pembentukan batu karang serta melancarkan pengaliran air kencing).
No comments:
Post a Comment